BAB 11

Family Completed 3573

Dah tiga hari Aqil tidak hadir ke sekolah. Dia menjaga mak nya di hospital. Semua pelajar kelas 5 Optimis maklum hal itu.

Cikgu Hana minta semua ahli kelas untuk mendoakan yang terbaik buat Aqil. Aisyah antara orang yang paling terkesan dengan hal itu. Iya lah dia dah dengar satu persatu dari Aqil sendiri.

“Okay class, dah masuk hari kelima ibu Aqil di hospital. Harap semua doakan yang terbaiklah. Yelah.. senakal-nakal dia, dia tetap kawan awak semua”pesan Cikgu Hana.

*******************************************

“Aqil, kamu kena kuat tau bila mak dah tak ada nanti”kata Puan Rohayu ibu Aqil.

“Ish.. Apa mak ni cakap macam tu”Aqil menemplak.

“Erm.. Kamu kena urus diri kamu baik. Amalkan Quran yang kamu hafal dulu”

“Baca, perhatikan maksud-maksudnya”nasihat Puan Rohayu.

“Erm.. ”Aqil mengeluh.

“Dengar mak cakap ni. Jangan tinggal solat. Mak dah lama tak nampak kamu solat. Kamu tau kan..dosa solat tu besar. Hina lagi orang yang..meninggalkan solat..daripada orang berzina..andai dia taknak ganti solat-solat dia”pesan Puan Rohayu sedikit tergagap.

Kata-kata itu menjadi pesanan terakhir buat Aqil. Kerana dia mengucapkan ketika nafas dia sudah mula menghilang sedikit demi sedikit.

Jantungnya mula rasa kebas. Seakan nyawa sudah hampir dengan saluran penafasannya. Mungkin itu yang dikatakan di ambang sakaratul maut.

“Mak.. Mak.. Mak okay tak”Aqil mula menggelabah.

Pernafasan Puan Rohayu dah tak stabil. Nafasnya tercungap-cungap. Jantungnya seakan-akan nak berhenti.

“Nurse.. Doktor.. Tolong mak saya ni”jerit Aqil.

“Astaghfirullah al-Adzim”ucap Puan Rohayu perlahan.

“Mak.. Mengucap mak. Asyhadualla ilaha illallah. Waasyhadu Anna muhammadar Rasulullah”Aqil membisik ke telinga maknya.

“Asyhadualla.. Ilaha illallah.. Waasyhadu Anna.. Muhammadar Rasulullah.. ”Puan Rohayu menghabiskan nafas terakhirnya dengan kalimah tayyibah ni.

“Inna lillah wa inna ilaihi raji'un”lafaz Aqil sebak.

Semua berlaku dalam sekelip mata. Kehadiran nurse hanya dapat mengesahkan kepergiaan Puan Rohayu.

Sebenarnya sejak mula Puan Rohayu masuk ke wad ICU, dia sudah mengalami penyusutan fungsi jantung seperti orang normal. Sel-sel darah tak dapat dipam untuk disalurkan ke anggota tubuh yang lain.

Maka tinggallah Aqil sebtang kara. Sah lah dia menjadi anak yatim piatu.

*******************************************

Ring ring.. Telefon Cikgu Hana berbunyi.

“Sekejap ye class, cikgu angkat telefon sekejap”

“Hello.. Aqil kenapa ye? ”tanya Cikgu Hana

“Cikgu, mak saya dah meninggal”jelas Aqil dengan suara yang serak.

“Inna lillah wa inna ilaihi raji'un”

“Bila tu Aqil”Cikgu Hana terkejut.

“Baru je cikgu, sepuluh minit yang lepas”balas Aqil.

Cikgu Hana kemudiannya memaklumkan kepada semua ahli kelas dan tuan pengetua. Dan semua warga sekolah diminta untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu Aqil.

*******************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience