BAB 6

Family Completed 3573

Hari ni hari kedua sesi persekolahan pada minggu ini. Aqil datang ke sekolah seperti tiada apa-apa yang berlaku padanya pada hari semalam.

Cikgu Hana yang menasihat Aqil melalui whatsapp untuk datang ke sekolah pada hari ini. Dalam ramai-ramai guru di sekolah itu Cikgu Hana sahaja yang prihatin lebih dekat si budak Aqil ni.

Aqil pun dah menganggap Cikgu Hana sebagai salah seorang ahli keluarganya. Walaupun guru itu baru berusia awal 20an, tetapi sikap rasionalnya membuat Aqil hormat dengannya.

“Qil apa cerita. Aku whatsapp kau kau tak balas pun”sapa Zack member Aqil.

“Bla lah korang. Aku suruh datang gerai taknak”balas Aqil.

“Lah.. Bukan taknak datang. Kalau datang pun kau sibuk je masak burger. Kalau bagi kitorang sikit tak apa jugak. Ha ha”sindir Wan.

Mereka bertiga memang rapat. Sejak tingkatan 4 Aqil masuk sekolah ni, diorang lah yang banyak tolong Aqil. Tapi tulah senakal diorang, diorang tak berapa ikut kegiatan Aqil kat luar.

Aqil pun tau yang member-member dia tak terdesak macam dia nak cari duit. Sebab semua dari keluarga yang senang. Jadi Aqil tak paksa diorang ikut dia menjual barang terlarang.

“Kau semalam kenapa? ”sambung Wan lagi.

“Ala lupakan je lah. Aku malas nak kecoh”balas Aqil.

“Okay okay. Macam mana bisnes kau”Zack cuba menukar topik.

Dia tau yang Aqil tak suka kongsi masalah dia. Jadi apa yang Aqil lalui diorang hanya tau seperenggan je dari sekarangan. Tak lebih.

“Bisnes aku low sikit sekarang. Ada kedai burger baru bukak kat hujung blok aku”jawab Aqil.

“Bukan yang tu. Tu bukan kedai kau pun. Kau kerja je kan dengan dia”

“Maksud aku jualan barang kau tu. Apa namaya. Erm.. Ha.. Kokain ke ap”Zack membetulkan.

“Ish.. Mana datang kokain. Aku kalau jual kokain dah kaya dah sekarang ni. Aku tolak syabu ja”

“Ni pun slow. Brother yang supply aku barang kata, kat area aku dah tak ramai dah orang nak angkat”Aqil memperlahankan suaranya.

“Ha ha.. Aku gurau je lah. Oh.. Ingat masyuk baru nak suruh kau belanja kitorang hari ni. Hi hi.. ”sakat Zack.

“Ha ha betol jugak tu”Wan membenarkan.

“Banyak lah kau. Dah lah jom pergi kantin. Aku dah lapar dah ni. Pasal belanja tu tak yah nak mengada”kata Aqil.

Itulah tiga sahabat yang selalu mendapat perhatian di mata guru-guru. Dalam seminggu mesti ada masalah yang diorang buat.

Tetapi dalam hal ni Aqil yang selalu dipersalahkan. Sebab dia dianggap sebagai kepala secara tak langsung. Dan disebabkan simpati guru-guru kepada Aqil lah diorang ni masih terlepas dari hukuman berat.

*******************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience