BAB 19

Family Completed 3573

Dah sebulan berlalu. Selepas kejadian Natasha cuba membunuh diri, Aqil banyak menghabiskan masa dengan Ustaz Firdaus.

Lagipun dia berniat nak menebus kesalahan dia terhadap Natasha. Dia dengar Natasha dah berhenti sekolah. Dia menghadapi kemurungan yang berpanjangan.

Berkali-kali dia cuba untuk jumpa dengan Natasha tapi tidak diizinkan oleh Cik Mat. Cik Mat masih mempersalahkan Aqil atas semua yang terjadi.

Sarah pula sudah masuk ke sekolah asrama. Jadi sejak dari tu diorang dah tak berjumpa. Aqil fokus pada penghijrahan dirinya.

Zack dan Wan tak menyokong usaha Aqil. Bagi diorang Aqil lah antara punca mereka turut menjadi nakal. Tapi Aqil pula pilih jalan untuk berubah.

Maka sejak tu hubungan mereka mula renggang. Aqil hanya bersendiri. Cikgu Hana pula selalu memberi semangat. Cikgu Hana dah dengar semuanya dari mulut Aisyah.

Diorang bersama-sama nekad untuk membantu Aqil. Sampai pengetua sendiri memuji sikap Aqil yang dah tak seperti dulu.

*******************************************

Di bilik guru.

“Aqil, cikgu bersyukur kamu macam ni”Cikgu Hana.

“Saya pun cikgu. Terima kasihlah sebab cikgu sudi nasihat saya selama ni”balas Aqil.

“Cikgu hanya nasihat. Selebihnya kamu yang usahakan”

“Kamu rapat ke dengan Aisyah?”tanya Cikgu Hana.

“Erm.. Tak pun cikgu. Tapi dia lah yang kenalkan saya dengan sorang ustaz ni cikgu. Kat situ saya mula muhasabah diri dari hari ke hari”jawab Aqil.

“Oh.. Patutlah. Cikgu hanya dengar pasal awak dari dia lah”

“Tak sangka dia berani cakap dengan sesiapa. Sebab cikgu tengok dia macam pendiam”jelas Cikgu Hana.

“Dia memang pendiam cikgu. Saya borak dengan dia pun dekat whatsapp je. Tapi benda-benda penting je. Dia tak suka kalau orang borak benda-benda lagha ni”terang Aqil.

“Oh.. Baguslah kalau macam tu. Untung siapa dapat dia nanti kan?”kaya Cikgu Hana.

“Maksud Cikgu”Aqil keliru.

“Hi hi.. Tak ada apa lah”Cikgu Hana tergelak kecil.

Cikgu Hana sedar tentang perasaan Aisyah. Cukup lihat pada cara Aisyah bercerita tentang Aqil.

Tapi dia malas bertanya. Takut dikira menyokong pula nanti. Dia sangat faham dengan kehidupan fasa remaja ni.

Biasa lah, remaja ialah fasa di mana seseorang itu mula nak mengenali dirinya. Jadi Aisyah mungkin baru nak mengenal apa itu cinta. Selama ni dia hanya ditekankan bercinta hanya dengan Allah dan rasulnya.

Dan fasa inilah yang mengajar seseorang mengenal sedikit demi sedikit tentang masalah dan ujian yag sebenarnya. Termasuklah ujian untuk menjaga hati daripada perkara yang melalaikan.

*******************************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience