BAB 9

Romance Completed 9765

Hampir sebulan Seri Diana bekerjasama dengan Tengku Andrean di bawah syarikat Berjaya Holding miliknya. Jujur dia katakan yang dia memang tak sanggup nak berdepan dengan Andrean. Setiap kali lepas mereka membuat perbincangan bersama… pasti air mata yang jadi penemannnya di bilik air. Dia rindukan Andrean. Dia rindukan suaminya. Ingin sahaja dia memeluk suaminya yang berada di hadapannya. Dia nak mengatakan yang dia masih hidup. Dia selamat. Tapi dia tak mampu… sebab dia tak sempurna lagi. Dia bukan lagi Seri Diana yang dulu… wajahmya…

Dalam tempoh Diana bekerja bersama dengan Tengku Andrean, suaminya sering bertanyakan tentang dirinya. Hampir sahaja rahsia dia terbongkar masa tu.

“Diana, boleh saya tahu apa siapa keluarga awak ? ” tanya Tengku Andrean kepada Diana. Dia nak tahu samadaa Diana yang ini ada keluarga sendiri atau tak kerana isterinya merupakan anak yatim sejak kecil.

“Aaa… keluarga saya dah lama tinggalkan saya. Saya anak yatim. ” jawab Diana sambil melihat pelan-pelan kerja yang berselerakan di atas meja.

“Dah kahwin”

“Dah ”

“Siapa ?”

“Awak lah… ”

“Saya ? ” Andrean tanya balik.

Oshhh… lepas cakap. Dia terlepas cakap. Mati aku. Dia sedar tak, dia perasan ke … “Maaf, saya ingat… suami saya ada kat depan saya. Saya tak perasan lak awak. Saya minta maaf.”

Tengku Andrean memandang Seri Diana pelik. Something weird here. “Tak apa, saya faham. Saya pun macam awak juga. Saya selalu ingat awak isteri saya tapi saya silap. Mungkin nasib kita sama je kot Diana.” Andrean memang tak syak lagi tu memang Diana sebab dia terpandangkan gelang kat tangan Diana. Sama macam isterinya punya. Gelang tu ditempah khas olehnya mana mungkin ada yang sama macam orang lain.

Tapi… satu je yang dia sangsi kenapa mukanya tak sama… kenapa Diana ? Apa yang terjadi sebenarnya. Kemalangan tu ke yang menjadi puncanya ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience