BIBIR ini mengumtum muncung sekali lagi. Termenung memandang arahan yang perlu dilakukan, memang tak ada kerja. Alih-alih mesti muka dia juga yang diorang nampak bila kena hantar semua order bunga dari lelaki yang paling menyakitkan. Lelaki ni pun satu, tak ada tempat lain ke nak order bunga… tempat ni juga yang hang nak. Tahu tak tahap menyampah aku ni dah terlebih infiniti bila tengok kau. Hari-hari mamat ini ada sahaja ayat yang menikam kalbu;
“Ana, awak hari-hari nampak sama tak pernah berubah”
“Ana, muka awak itu ada macam coklat, meh saya lapkan..nanti Ana saya nampak buruk”
“Awak… jom kahwin..”
“Terima kasih, Ana sebab tolong hantar bunga ini. Nah, ini bunga untuk awak…saya bagi balik ! Simpanlah bunga ni dari saya.”
Dan hari ini…
“Thanks Ana. Awak comel la hari ini.” serius suara dia memang tak boleh blah langsung. Dasar buaya berdarat-darat punya manusia.
“Sama-sama… saya minta diri dulu” Ana ingin terus berlalu dari situ. Memang dia tak boleh tahan duduk kat situ lama-lama.
“Ana, tunggu sekejap… Khai nak cakap sekejap dengan Ana”
“Nak cakap apa Tengku Khairil, saya tengah kerja sekarang…”
“Sekejap je… kalau tak saya bagitau…” Issh, mamat ni tak habis dengan kuasa main ugut-ugut orang ni, menyampah ! Sikit- sikit nak bagitau Encik Adam yang mengalahkan singa yang mengamuk mengajar anaknya makan. Sumpah, garang !
“Hmmm, apa yang Tengku Khairil nak cakap. Saya sibuk ni nak kena hantar order orang lagi…” kalaulah dia boleh jadi macam Superman, nak je dia tinggalkan mamat ni sekarang juga.
“Jom, kita pergi makan. ”
“Makan ? Tengku Khairil memang tak faham bahasa ke apa ? ”
“Saya faham bahasa yang awak cakap. Awak cakap ‘saya ni memang handsome, saya dah mula suka kat awak laa..Tengku Khairil’ kan?” Aisshh…. lain yang aku fahamkan, lain yang dia translatekan… gila
“Dah la Tengku… malas saya nak layan. Susah nak cakap dengan orang yang terlebih bijak pandai ni” stress aku bila duduk dengan kau. Susah ke, kau nak faham, hah !
Terus ditinggalnya Tengku Khairil yang tersenyum-senyum macam kambing hitam je. Eh, kambing hitam senyum macam tu ke, tak pernah nampak pun kambing hitam kat rumah nenek aku senyum… dasar mamat terlebih sodium carbonate sebab tu otak tak betul…
Tengku Khairil tergelak memandang gelagat Ana.
Ana…Ana…asal lah dalam banyak-banyak perempuan kat dunia ni kau juga yang aku nak. Aku sendiri pun pelik. Tengku Khairil berlalu ke bilik. Huh, lepas ni kena lah dia menghadap one by one teman wanita selepas semuannya dapat surat ‘pemberitahuan’nya… susah juga ada ramai girlfriend ni.
Share this novel