BAB 10

Romance Completed 9765

“Abang tolonglah jangan bawa laju-laju. ” marah Seri Diana dengan suaminya. Sungguh, bahaya ! Jalan sana-sini ada gaung… bahaya boleh mengancam nyawa. Penat je kerajaan buat iklan tentang keselamatan jalan raya tapi hampeh. Tak langsung digunapakai oleh suaminya ini.

“Sayang jangan lah risau. Abang dah biasa lah macam ni. ” jawab Tengku Andrean. Memang dia dah biasa bawa high speed macamni kat jalan-jalan macam ni.

Sebelum dia kahwin dengan Diana, setiap minggu dia akan drift kat sini bersama dengan adiknya, Tengku Khairil. Perangai diorang memang sebijik ! Kaki perempuan, suka bazirkan masa.. macam orang tak ada masa depan sampai papa dan mamanya pening dengan mereka. Tapi semenjak dia kenal dengan Seri Diana semuanya berubah. Dia dah rajin solat yang mana selama ini dia tinggalkan. Dia dah tinggalkan semua perempuan yang menjadi penemannya sepanjang hari. Air memabukkan juga tidak pernah lagi dia sentuh. Ya Allah, ketika itu betapa banyaknya dosanya waktu tu.

“Abang !!! ” jerit Diana kuat.

Segala-galanya berubah. Dia menjadi seperti orang tidak siuman. Setiap hari dia menangis memanggil isterinya pulang. Menyesal dengan sikapnya… benci dengan dirinya sendiri. Dia dah kehilangan isterinya. Pasukan penyelamat langsung tidak dapat menemui isterinya. Hanya menemuinya yang hampir kehilangan jangka hayat. Keretanya habis terbakar… rentung ! Tak ada apa yang boleh diselamatkan. Dia tak tahu dimana nak cari isterinya.

Hampir 2 tahun dia cuba menerima hakikat bahawa isterinya tak akan kembali padanya. Masa tu juga Andrean menerima satu lagi dugaan dalan hidupnya. Papanya pula meninggal dunia akibat serangan jantung. Sekarang ni hanya mamanya dan adiknya sahaja yang menjadi kekuatannya sepanjang ketiadaan papa dan Diana.

Tengku Andrean mengeluh. Adakah semuannya ini balasan aku atas semua dosa-dosa aku. Usai sahaja dia berjumpa dengan Seri Diana di cafe membincangkan hal kerja, terus dia pulang ke rumah menuju ke bilik. Tak mampu dia menahan rasa sedih di hati apabila berdepan dengan Seri Diana yang mengatakan tidak mengenalinya selama ini.

Ya Allah, aku tahu aku banyak melakukan dosa, Ya Allah. Ku akui kelemahan diri, ku kesali kejahilan ku ini. Aku lelah dalam meniti rona kehidupan ini kerana jiwa aku kering tanpa pentunjukmu, aku cacat tanpa hidayahmu… Ya Allah, telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan kerana diri ini hilang arah menuju redhaMu… Aku meminta terimalah taubatku ini…Aku mohon Ya Allah….

Hampir setiap malam, Tengku Andrean menangis bersungguh-sungguh. Cuba meleraikan tali penyesalan yang tidak berkesudahan. Hatinya hiba apabila mengenangkan segala dosa-dosa yang telah dia lakukan…

“Diana… isteri abang, abang minta maaf. Abang menyesal sebab tak dengar cakap sayang. Abang minta maaf, Semua yang berlaku salah abang… salah abang Diana… Diana, abang tak kuat, abang perlukan Diana. Abang tak mampu…. hari-hari abang doa kat Allah supaya suruh Dia pulangkan isteri abang balik…. abang nak isteri abang balik..” sungguh hatinya tak mampu nak menampung rindu yang menggunung… dia rindukan isterinya. Seri Diana…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience