BAB 7

Romance Completed 9765

Tengku Andrean tak senang duduk jadinya. Betul ke yang dia nampak tadi ? Ke matanya yang tak betul. Tapi… perempuan tu… macam Seri Diana. Betul, memang dia tak salah pandang. Perempuan tu…

Pintu biliknya telah diketuk beberapa kali oleh tetamu itu.

“Masuk. ” arah Tengku Andrean sambil matanya tertumpu pada komputer. Kerjanya banyak tertunggak selepas 2 tahun dia meninggalkan syarikatnya.

“Ermm… terima kasih, Tengku. ”

Suara tu… ya, dia kenal suara tu. Suara yang dia rindu setiap saat, setiap hari. Diana…dia ke tu ? Pantas dia berpaling ke arah tetamu tersebut.

“Diana… awak ke ? ” Tengku Andrean tanya was-was. Suara tu dia kenal tetapi muka… berbeza tak macam Seri Diana yang dia kenal selama ni.

“Ya… saya. Macam mana awak tahu nama saya ? Pelik dia macam mana dia boleh kenal nama aku sebelum aku beritahu lagi. Wahh, bahaya ni… maknanya lelaki ni boleh baca identiti orang lain. Bahaya ni !

“Awak tak kenal saya ke ? Saya Tengku Andrean, suami awak. Awak tak kenal. Lama saya cari awak Diana… lama saya menanti awak kembali Diana… lama… saya rindukan awak sangat-sangat. Mana awak pergi selama ni Diana ? Walaupun muka awak lain tetapi suara awak tak berubah. Saya kenal awak. ” Tanpa sedar dia telah megalirkan air mata lelaki di hadapan wanita ini.

“Maaf, Tengku. Saya tak kenal pun Tengku, dan macam mana saya boleh jadi isteri Tengku ? Maaf, sekali lagi. Saya wakil dari Trijaya Holding datang ke sini untuk mengucapkan tanda penghargaan kerana syarikat Tengku sudi memberi kerjasama bersama kami. ” Tanpa dipinta Diana alang-alang minta maaf sekaligus memberitahu tujuan awal sebab dia datang ke sini.

Hmmm, ini merupakan kali pertama dia melangkah ke alam baru menjadi seorang wakil yang bekerjasama dengan syarikat lain. Selama ini dia cuma duduk kat office je, alih-alih tetiba dia kena handle projek ni disebabkan Kak Husna cuti bersalin pula. Memang gerun. Dah lah orang yang dia kena berganding ni macam spy. Boleh tahu nama dia pula tu.

“Awak, memang tak kenal saya langsung ? ”

“Maaf, sekali lagi saya cakap saya tak kenal pun Tengku dan ini kali pertama saya berjumpa dengan Tengku” jawab Seri Diana.

“Baiklah. Saya minta maaf sebab silap orang ” Hampa. Ya, dia hampa…wanita itu bukan Seri Diananya. Mungkin nama dan suara sama, muka…tak. Tapi kenapa naluri hatinya kuat mengatakan yang wanita itu Diana, isterinya.

“Rean…kamu okey ke ? ” Hajah Mariam memanggil anaknya. Risau dibuatnya. Balik-balik terus masuk ke bilik sambil menangis ?

“Rean okey, ma. Mama pergilah… ” Rean mengesat air matanya yang mengalir lagi.

“Betul ?”

“Ya, ma. Rean ok. ” Dia silap pandang ke ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience