BAB 13

Romance Completed 9765

Tengku Adrean tersenyum memandang gadis dihadapannya. Allah telah mengembalikan isterinya kembali ke pangkuannya. Walaupun berbeza tapi dia tetap bersyukur kerana doanya telah didengar.

Selama ini isterinya berada kat depan matanya je. Satu pejabat, selalu keluar bersama, sering berbual-bual, gelak-tawa bersama… Ya, Allah… hebatnya kuasaMu…

“Sayang, abang minta maaf… abang cuai, abang tak dengar nasihat sayang… maafkan abang, Allah dah hukum abang selama 2 tahun… abang tak tenteram tanpa sayang, abang minta maaf… ” luah Tengku Andrean dengan kekesalan yang berbuku-buku terhadap isterinyya itu.

“Tak, benda dah lepas… bang. Abang tak salah apa-apa pun kat Diana cuma sekarang ni…” Diana tak mampu nak teruskan ayatnya sebab sekarang ni dia bukannya sempurna macam perempuan lain. Dia kehilangan mahkota yang sangat bernilai.

“Sayang…. walaupun sayang tak dapat melahirkan zuriat abang…. abang bersyukur sayang sebab Allah dah campakkan kita dalam cintaNya. Perkahwinan bukan tentang zuriat sahaja…. tapi perkahwinan itu adalah tentang perjalanan dalam mencari cintaNya. Cinta perlulah berdasarkan cinta Allah sebelum mendapat cinta manusia kerana Allah yang memegang hati hamba-hambaNya….

dan…sayang..,melalui sayang abang berubah… abang memerlukan cinta Diana yang mencintai Allah sehingga abang dapat mencintai Diana kerana Allah. Dalam hal ini, abang yang salah. Abang yang perlu menanggung kifarah Allah ini atas dosa-dosa abang tapi sayangnya sayang juga terkena tempiasnya… lagipun pasal anak, kita boleh ambil anak-anak angkat… ” Seri Diana terharu. Terasa sangat bahagia.

Saat itu, bagaikan masa terhenti untuk mereka… memandang ciptaan terindah didepan mata ini. Tiada apa-apa yang perlu diubah.

“Rindunnya… sayang abang..” bisik Tengku Andrean ke telinga isterinya. Walaupun isterinya membuat pembedahan plastik disebabkan mukanya habis melecur tetapi bagi dirinya isterinya tetap sama di matanya. Terima kasih Ya Allah.

“Sayang pun rindu kan abang… ” balas Seri Diana. Tersenyum memandang suaminya yang tidak lepas-lepas memandang dirinya.

Tetiba…

“Rean… cepat tolong Khai… ” jerit Datin Hajah Mariam.

“Kenapa dengan Khai ma. ” terkejut juga dia mendengar mamanya menjerit kuat. Memang kacau daun betul.

“Tuu … hah ! Dia menangis kat bilik dia… tak tahu nak buat apa. ” Datin Hajah Mariam menunjukkan bilik Tengku Khairil.

“Abang, cepatlah.. baby macam nak keluar ni… ” arggh, tension dai dengan suaminya ini. Aku tengah sakit dia boleh pula menangis. Hampeh ! Sekarang ini giliran aku pula yang abil giliran pergi wad bersalin, masa tu Balqis yang melahirkan anaknya yang kedua. Hmm…bahagia juga kawan aku itu dengan daniel Hakeem, mamat romantik itu.Alhamdulillah.

“Khai, cepatlah bawak Ana pergi hospital.. abang tunggu kat kereta, Diana… tolong Ana… Cepat Khai !” arah Tengku Andrean. Khairil tak pernah berubah mesti dia menangis apabila tengok orang dia sayang sakit.

“Kejap Ana… tahan, jangan tingalkan abang…baby jangan buat ummi sakit ye. ” Tengku Khairil mendukung Ana Ryana membawanya ke kereta. Air mata seorang lelaki jatuh berjuraian macam air paip.

Betul ke ini suami aku… ?” Ana pelik memandang suaminya. Dasar kanak-kanak Ribena, sepatutnya aku yang menangis.

Ketika ini keadaan kecoh di villa milik Dato’ Hassan. Macam-macam kerenah boleh dilihat. Ana Ryana yang menjerit sakit. Tengku Khairil yang dari tadai asyik menangis. Datin Hajah Mariam dengan membebelnya. Tengku Andrean yang cerdik dengan kereta sudah lupa cara nak hidupkan kereta. Ni semua kelam-kabut punya pasal ! Seri Diana tersenyum melihat gelagat keluarganya. Huru-hara jadinya namun ini adalah kemanisan yang diimpikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience