BAB 1

Romance Completed 9765

Setelah hampir tiga tahun berhempas-pulas, bermandi keringat dan berperang dengan ujian, maka tibalah hari yang dinantikan, iaitu hari graduasi, penamat dan titik permulaan untuk para graduan melangkah ke alam pekerjaan, InshaAllah. Dan sebagai momen apresiasi sekaligus momen untuk dikenang oleh para pelajar, maka sebuah majlis tari-menari atau prom night akan diadakan malam ini. Jadi tak hairanlah ramai pelajar senior baik lelaki dan perempuan kalut melaram, semua nak nampak bergaya dan cun di malam terakhir bergelar pelajar universiti.

Di satu sudut, asing dan sunyi dari keramaian, Ana Ryana memandang rakan-rakannya sedang khusyuk menari bersama-sama pasangan masing-masing,

“Huhuh…semua orang ada pasangan. Aku ? Elek… ” sedihnya dia. Keseorangan ditinggalkan kawan.

“Needs somebody.. ” suara smart datang menyerpa gegendang telinga Ana. Pantas dia berpaling.

Punyalah terkejut tengok lelaki yang tegur dia. Jembalang mana pula yang ini ? Muka punyalah handsome tapi dia ni silap pilih planet. Pelik sungguh ! Kat telinga ada subang. Kat leher ada rantai. Rambut lagilah… macam serbuk rempah tertumpah satu tan. Colour oren karat. Tak senonoh langsung!

“Its okay… ” Tak hingin aku nak menari dengan hang. Seram aku.

“Jom… ” Pantas lelaki itu menarik Ana ke dalam dakapannya… Menari bersama secara paksa…

“Issh, gila ! Lepaslah… suka-suka hati main pegang-pegang orang. ” Ana Ryana menjadi berang. Ini sudah lebih.

” Saya memang suka. Saya sukakan awak, Ana. Saya Tengku Khairil. Awak ?”

“Buat apa saya beritahu nama saya kat awak. ”

“Sebab awak bakal isteri saya” Eh, mamat suka-suka nak jadikan aku isteri dia.

“Tak payah… susah sahaja… Dah lepas lah… ” Kasar Ana menolak lelaki itu. Nasib baik tidak jatuh. Kalau jatuh, ok juga boleh aku tolong kau, tolong gelakkan… Ada lagi manusia macam ini kat dunia. Nasib baik dah habis belajar. Tak payah hendak jumpa-jumpa lagi.

“Ana Ryana…. saya sayangkan awak, saya cintakan awak sampai bila-bila walaupun awak tak nak kenal saya…Saya janji saya akan dapatkan awak dan jadikan awak sebagai tanggungjawab saya. Itu janji saya Ana. Awak dengar tak ?” jerit lelaki itu. Kuat. Satu dewan itu bergema dengan suara dia. Gila punya manusia. Macam mana kau nak jumpa aku ?

Ada masanya, kita sendiri tidak sedar apakah yang kita rasa waktu ini? Siapakah yang kita cinta dan sayang ? Kerana takdir cinta bukan milik kita. Segalanya milikNya dan bila Dia titipkan rasa cinta dihati kita, biar bagaimanapun kita cuba mengelak… takkan kemana kita boleh lari….

sebab cinta manusia saling melengkapai antara satu sama lain, menutup kekurangan pasangan dan menjadi sempurna bak bintang-bintang yang berkerlipan…hahaha..main cedok sahaja ayat tu. ‘its only “handso” without you, and its only “beatifl” without me, but its just “gergeo” without us !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience