BAB 4

Romance Completed 9769

TENGKU Adrean termenung memandang gambar-gambar dihadapannya. Dia tak suka apabila jodohnya ditentukan orang. Takkan lah perempuan dalam gambar ni jadi isteri dia, jauh langit dari bumi antara dia dengan perempuan ni. Mama ini tak akan tak faham… tiada sesiapa boleh gantikan tempat Diana.

“Rean, meh sini sekejap. Mama nak cakap sesuatu. ” ajak Datin Hajah Mariam. Tersenyum Hajah Mariam melihat perubahan anaknya itu.

“Ada apa mama…” malas-malas Tengku Adrean pergi ke arah mamanya. Sah-sah nak cakap bila nak cari menantu mama…umur kamu tu makin tua… mama, teringin nak ada cucu. Hmmm, dia dah hafal apa yang mama dia nak cakap kan nanti.

“Bila nak cari menantu untuk mama, Rean. Dah lama mama bagi peluang kat kamu cari bakal isteri sendiri. Umur kamu bukannya makin muda tapi makin tua, Rean…” pelik dia dengan sikap anak sulungnya yang selalu mengelak bila cakap pasal kahwin, pasal perempuan lah, … Hissh, macam-macam.

“Ermm…nanti-nanti lah.. kalau ada jodoh, adalah. ” Part ni lah yang dia paling tak suka. Mama ni pun satu, asyik dia je yang kena… adik dia tak pula heboh… just tinggal pilih je mana satu yang mama dia nak buat menantu.

“Issh.. kamu ni… nah, ni gambar anak Tan Sri Johan. Dia ni lepasan ijazah kat Universiti Manchaster taw ! Kamu pergi lah… buka hati kamu tu, heh ! ” Hajah Mariam menghulurkan gambar tersebut kepada Tengku Andrean. Disambut malas olehnya. Rean, Rean bilalah kamu nak buka bali hati kamu tu ?

“Hmmm… ”

“Rean, mama nak kamu fikir betul-betul… tolong terima dia…lupakan kisah lama ye.”

Terus dia berlalu dari ruang tamu itu selepas menyalami mamanya itu. Huh, perlu ke perempuan ni… memang tak layak nak gantikan Seri Diana. Lamborghini Gallardo miliknya meluncur laju meninggalkan pekarangan villa milik keluarganya itu.

“Tengku… ada tetamu. ” lamunan Tengku Andrean sebentar tadi lenyap terus apabila setiausaha datang. Gambar tersebut terus dimasukkan ke dalam tong sampah. Kau layak duduk kat dalam tu ! Walaupun kau tidak tahu apa-apa… tapi aku tetap tak suka kalau ada orang lain cuba hendak rampas tempat Diana.

“Hmm… suruh dia masuk. ”

“Cik, boleh masuk sekarang.” setiausahanya memanggil tetamu tersebut setelah mendapat kebenaran tuan punya badan.

“Terima kasih. ” jawab tetamu tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience