BAB 12

Romance Completed 9765

“Tengku Khairil, boleh tak jangan main-main macam ni. ” Ana marah Tengku Khairil. Suka hati mak bapak dia je main rembat-rembat aku. Paksa-paksa orang. Datang-datang kedai, main tarik-tarik tangan aku paksa dia masuk kereta dia. Suka hati main pegang-pegang orang, tak belajar agama ke ? Kak Ita, Encik Adam, Kak Ros dengan pelangan yang ada masa tu pandang kiteorang pelik je. Aku pulak marah-marah.

“Saya tak main-main lah. Sekarang awak nampak saya main dengan anak patung ke ? ” jawab Khairil sambil mata tetap fokus ke hadapan menumpukan pemanduannya.

“Tengku nak bawa saya kat mana ni ? Tengku jangan buat hal pula, nanti saya tak teragak-agak nak report kat polis. ” Ana Ryana dah fikirkan yang bukan-bukan. Mana tahu lelaki nak culik dia, atau… huhuhu, minta lah dijauhkan…. dasar jembalang tanah punya makhluk bumi.

“Saya nak bawa awak jumpa my mama…. tunjukkan menantu dia ni. Comel ! ” Dia tergelak. Apa yang kelakar, tak kelakar lah wahai encik Tengku Khairil.

“Gila ah awak ni… dah lah turunkan saya. Sekarang juga, ” Tak kira dia nak turun juga. Memang mamat ni terputus wayar. Ingat aku ni perempuan murahan ke, suka-suka bawa aku jumpa mama dia. Siapa dia kat aku ?

“Dah turun lah. Awak memang tak sabar-sabar nak jumpa mama saya kan? Jom.” Hampeh, punya mamat. Dah sampai rumah dia baru suruh aku turun. Ni dah mendatangkan kemarahan aku ni.

“Awak ni memang cari pasal dengan ….. woooaaaaah…. ” Tanpa aku sedar ada orang yang sambut aku. Siapa lagi kalau bukan mamat tu. Wah, hensem jugak mamat ni kalau pandang dekat-dekat macam ni. Mana taknya memang rapat gila, lagi seinci hidung diorang boleh berlaga. Mata dia yang macam Asyraf Singleir, bibirnya yang merah merekah tu memang boleh buat aku cair kot. Tetapi ada sesuatu perasaa halus mengalir dalam urat-uarat darah dia.

Eh, Ana kau sedar tak sekarang ni ? Depan kau tu buaya playboy tau tak ! Come on, Ana. Hati dia berkata-kata supaya suruh dia sedar.

“Issh, apa pegang-pegang ni… Dah lepas. ” arah Ana. Muka dia tak usah cakap macam mana warna dia. Agaknya macam rainbow dah. Malu…

“Huh… maaf, saya tak sengaja. Tadi awak nak terjatuh…saya sambut lah tak akan nak tengok awak jatuh tergolek-golek. ” Dia cepat-cepat lepaskan aku. Pastu pandang aku pelik Propa je lebih mamat ni cakap aku jatuh tergolek-golek konon. Ni semua pasal-pasal kasut aku yang tak betul ni… Tu laa kau Ana, tak reti nak pakai high heel tak payah lah pakai.

“Eh, kamu berdua tak nak masuk ke, asyik duk kat luar tu kenapa ? Kan panas ni hah ! ” Datin Hajah Mariam memanggil anaknya dan bakal menatunya tu masuk. Bangga dia bila anaknya yang satu lagi kata nak bawa menatu untuk dia. Dia sendiri perasan, sejak akhir-akhir ni, Khairil banyak berubah. Dah tak keluar malam dengan perempuan-perempuan… Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Alhamdulillah… gadis ni memang jodoh buat Khairil.

“Ya, ma… Jom Ana… kita masuk, mama ada masak sedap-sedap. ” ajak Tengku Khairil. Dia sendiri terpegun melihat kecantikan perempuan ni tadi. Macam nak pandang lama-lama je. Cantik sangat. Berwajah putih kemerah-merahan. Kalah semua girlfriend yang standard model-model tu. Ana Ryana ada kecantikan semulajadi sebab muka dia tak ada mekap langsung. Dagu dan bibir terebelahnya memang memikat.

“Issh, kenapa pula saya kena masuk. Ni semua tak ada kaitan dengan saya. ” Ana Ryana tegak terpacak berdiri kat depan pintu kereta, Aissh, memang tak masuk akal.

“Laa… awak kena lah masuk sebab awak akan jadi sebahagian dari keluarga ni. ” susah lah cakap dengan perempuan tak ada perasaan macam dia ni. Tak akan tak faham-faham lagi.

“Kenapa lak tetiba saya jadi sebahagian daripada keluarga awak ? ” Ana tanya lagi. Dia memang tak faham atau dia buat-buat tak faham sendiri… Hahaha..

“Sebab nanti awak akan jadi bakal isteri saya. ”

“Isteri awak ? ”

“Yup ”

“Tapi… saya tak suka awak. Macam mana nak jadi isteri awak ? poyo lah kau ni Ana… dah sah-sah kau berbunga-bunga kembang sekarang ni. Tak payah lah nak menidakkan benda yang betul, wahai Ana Ryana. Suara hati dia tetiba menyibuk cakap tuan. Huh.

“Saya tahu awak suka saya. ” Tengku Khairil main teka-teka.

“Macam mana pula awak nak tahu kalau saya tak bagitau. ”

“Hati awak, Ana. Dari mata awak saya dapat tahu awak memang sukakan saya. Awak tak pandai enipu Ana. ”

“Huh… memandai je..” jawab Ana. Pandai-pandai je mamat ni main baca-baca bahasa mata aku.

“Ana, saya nak buat pengakuan… ” dia tak habiskan ayat dia.

“Pengakuan apa ?” Aku tanya dia balik.

“Ana Ryana binti Amir Firdaus, saya Tengku Khairil bin Dato’ Hassan ingin membuat pengakuan bahawasanya saya telah jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali kita berjumpa. Ana, saya cintakan awak. Sudikah awak jadi teman dan pendamping di sisi saya sepanjang hayat saya ? ” Usai sahaja dia membuat pengakuan, terus dikeluarkan sebentuk cincin kat aku. Mukanya manis.

Menitis air mata dari tubir mata aku. Serius aku tak sangka dia buat macam ni. “Saya… aaaa…” Ana Ryana jadi gagap beb !Dia tak dapat tahan terus dia menangis kuat-kuat… dia tak tahu samada dia gembira, terharu, sedih, bangga.. dia tak tahu perasaan dia sekarang. Yang penting dia terasa nak nagis je,

“Ana, awak kenapa ? Kenapa nangis ? ” Khairil jadi serba salah. Muka dia risau kot, berkerut seribu.

“Tak… saya tak tahu…kenapa awak buat macam ni kat saya ? ” Aku tanya dia sebab kenapa dia pilih aku yang tak ada apa-apa ni. Khairil kan playboy, ramai perempuan berderet-deret ni boleh pilih.

“Sebab saya sayang awak Ana. Awak lah wanita yang pertama berjaya buat saya jatuh cinta. Awak kunci hati saya hanya untuk awak. Saya ikhlas ingin mengambil awak sebagai tanggungjawab saya, Ana. Awak sudi ?” Dia menghukurkan cicin tu kat aku.

Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tahu angguk je… Ya, aku setuju menjadikan Tengku Khairil sebagai pelindung untuk dirinya, sahabatnya, lelaki dalam hidupnya… dan Khairil…dia layak menjadi syurga buat aku.

Aku dengar dia cakap, “Alhamdulillah, Kau makbulkan doaku selama 5 tahun aku mencarinya kembali. ”

5 tahun ? Ana menjadi sangsi. Pelik ! Kiteorang pernah jumpa ke sebelum ni bukan kat kedai bunga je ke? Tetapi satu benda juga yang dia musykil… mamat tadi berjiwang proposed aku, senang sahaja aku terima… aku tak rasa alergik… ajaib ! Mesti mamat ini guna-gunakan aku ini, bukan boleh percaya lelaki zaman sekarng.

Issh, Ana… kau berfikiran sungguh jauh. Nauzubillah min zalik. Menfitnah itu !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience