BAB 8

Romance Completed 9765

“Ana, ada orang nak jumpa kau. ” Ita memanggil Ana. Ana mengaru-garukan kepalanya yang tak gatal. Orang nak jumpa aku ? Pelik. Tak pernah pula orang nak jumpa dia masa dia tengah kerja ni.

“Cakap aku tak ada. ”

“Mana boleh lah, dia nak jumpa kau juga. ” Gila minah ni. Dah ada orang nak jumpa nak buat cam mana.

“Issh… malas lah aku.” Nak tak nak dia bangun juga nak jumpa orang tu. Ketika Ana nak bangun tetiba…

What going to happen now ? Macam mana mamat ni boleh ada kat sini. Terpacak kat depan dia pula tu.

“Apa Tengku buat kat sini. ” tanya Ana nak tak nak. Soalan budak tadika 5 tahun pun boleh jawab. Dah sah-sah mamat ni nak beli bunga, again ! Kesian semua perempuan yang termakan dengan playboy macam ni.

“Nak jumpa awak lah, Ana Ryana.” Dia memberi senyuman paling manis sekali buat Ana.

“Huh ! ” Baik aku pi jumpa orang yang nak jumpa aku tu daripada jumpa kau.

“Ana…awak nak pergi mana ? ”

“Ita… mana orang yang nak jumpa aku tu. ” tanya Ana tanpa mempendulikan pertanyaan mamat tak semenggah tu.

“Oitt… Ana. Orang tu kat depan kau lah. ” Ita menjawab. Orang tu ada kat depan mata tanya kita pula kat mana orang tu.

“Mana tak ada pun. ” Hesy, kau Ana Ryana dah sah-sah mamat tu je yang ada kat depan kau buat tak nampak pula mata kau ni.

“Ana, awak tak nampak saya ke ? Alamak, saya dah jadi roh ke sampai awak tak nampak saya. ” usikan TEngku Khairil langsung tak kelakar. Kalau masuk pertandingan Maharaja Lawak confirm belum masuk uji bakat lagi dah kena out ! Tapi si Ita tu boleh pula terbahak-bahak dia gelak. Kelakar ke mamat tu cakap.

“Aissh, awak nak apa Tengku Khairil. Kan saya tengah kerja sekarang ni. Nak order bukan saya ambil.”

Ana buat-buat sibuk menyusun bunga padahal dari sampai datang kerja tadi sampai petang ni satu kerja pun dia tak buat. Melopong je memanjang.

“Saya nak tengok awak la” Tengku Khairil tersengih.

“Buat apa ? Tak ada kerja lain ke. ”

“Ada. Saya nak pandang awak ”

“Huh… gila ”

“Saya gilakan awak, Ana. Dah lama saya cari awak, baru sekarang saya jumpa. Jom kita makan. ” ajak Tengku Khairil yang masih berdiri tegak macam patung cendana masa sampai tadi.

“Tak ada kerja saya nak keluar makan dengan Tengku. Buat apa awak sibuk-sibuk cari saya.” Memang tak masuk akal kalau aku keluar makan dengan dia ni selain otak aku je yang tak betul. Dan memang dia pelik kenapa mamat ini nak cari dia pula.

“Kalau macam tu… ” sahaja Khairil melambatkan ayatnya itu. Dia nak tengok reaksi perempuan tu. Comel je muka dia bila terkejut nanti. ” Kita kahwin, nak ? ”

“Hah ! ” jerit Ana. Sah, otak dia tak betul. Mamat ni boleh buat aku sakit jantung sebelum masanya. Kahwin. Dengan dia ? Aku salah dengar ke apa yang dia cakap tadi… ke dia salah cakap.

“Jom kahwin dengan saya. ” jawab dia dengan muka selamba badak dia. Dia ni memang tak ada rasa serba malu langsung. Boleh pula dia ulang balik apa yang dia nak cakap.

“Kahwin dengan Tengku ? Hahaha… Tengku memang pandai buat lawak. Macam kelakar je saya dengar. ” Memang kelakar. Tak ada angin taufan tak ada tsunami tetiba ajak aku kahwin. Apahal ?

“Saya tak buat kelakar Ana. Saya serius. Saya nak ajak awak kahwin dengan saya bulan depan. ” serius sungguh muka Khairil, kalah Encik Adam. Terkejut Ana dengar. Biar betul mamat ni. Suka-suka hati je tentukan masa depan aku. Kalau nak tolong carikan calon untuk aku, carilah yang sesuai dengan aku bukan macam hang ni. Pi lah… tak nak aku bersuamikan kau.

Sepanjang perbualan aku dengan dia… Kak Ita yang jadi saksi. Lepas Tengku Khairil melangkah keluar dari kedai tu terus Kak Ita cakap mamat tu memang serius ajak aku kahwin. Kak Ita kata dia boleh tengok keikhlasan Tengku Khairil dari anak matanya. Huh, boleh baca keiklasan orang konon. Ikhlas mana boleh orang nampak lah, Kak Ita oii !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience