Chapter 25

Romance Completed 3172

Di hospital....

“erghhhh..”

Leo yang mendengar suara Rissa terus bangun dari sofa dan menghampiri Rissa yang baru sahaja sadar...Rissa memerhati sekeliling dan melihat Leo ada disebelahnya dengan wajah yang cukup kacau membuatkan Rissa agak menjauh darinya...

“Sayang sudah sadar..”tanya Leo
“pe...pergi...”jawab Rissa
“Sayang..maafkan Hubby sebab buat Sayang bergitu...”ucap Leo cuba untuk sentuh Rissa
“pergi...jangan sentuh...pergi..”balas Rissa dengan takut
“baiklah..Hubby pergi tapi selepas dokter datang periksa Sayang...”jawab Leo

Dokter Aliya datang memeriksa keadaan Rissa yang kini sudah kembali seprti normal cuma masih ada trauma dalam diri Rissa terhadap Leo..Dokter Aliya mendapat laporan dari Dokter Tina dengan beberapa pemeriksaan yang dibuat tadi...

“bagaimana dokter..”tanya Leo
“keadaan Nyonya kembali stabil cuma Nyonya mengalami trauma pada gelap sehingga membuat dia ketakutan...”jawab Dokter Aliya
“trauma..apa ini berbahaya..”soal Leo
“tidak bahaya tetapi jangan pernah tinggalkan Nyonya dalam keadaan gelap kerana itu akan membuat Nyonya terkena serangan panic attack...ditambah dalam keadaan hamil bergini..”jawab Dokter Aliya
“hamil...”ujar Leo
“iya...Nyonya Rissa hamil dan usia kandungannya kini masuk 3 minggu...semua dalam keadaan normal..”jawab Dokter Aliya
“terima kasih dokter..”ucap Leo
“sama-sama Tuan..”balas Dokter Aliya

Rissa mendengar semuanya dan dia sangat bersyukur kerana dia kembali hamil...tak terasa air mata Rissa mengalir membasahi pipi kerana dia terlalu gembira dengan berita itu tetapi dia takut akan terjadi sesuatu pada kandungannya nanti...

“terima kasih Sayang...”ucap Leo lalu mencium kening Rissa
“Hubby bersyukur kerana Sayang kembali hamil dan kita akan dikurniakan anak lagi selepas ini...Hubby minta maaf sebab buat Sayang seperti itu dan Hubby terima sahaja hukuman dari Sayang...”tambah Leo

Rissa diam dan tidak menjawab apa yang Leo katakan padanya..Rissa memejamkan mata seolah-olah dia ingin tidur tetapi nyatanya dia tidak tidur...Leo keluar dari ruang rawat Rissa kerana dia tahu Rissa tidak mahu melihatnya disana...Rissa kembali menangis dan sebenarnya Rissa mahu Leo menemaninya disana tetapi dia menghalau Leo agar keluar dari ruang rawat...

Di tempat lain...

“bagaimana..”tanya Aeron
“masih dalam pencarian dan kini kita akan mendapat bahan yang dipesan dalam minggu depan...”jawab Rico
“pastikan semuanya berjalan lancar dan tidak ada satupun yang tahu tentang ini kerana itu akan menjadi kejutan untuk semua orang...”ujar Aeron
“baik Tuan..”jawab Rico

Elvina sudah tahu Rissa masuk hospital dan kini dia menemani Rissa disana bersama Nincy serta Dewi atas arahan Leo...dia tidak mahu Rissa ketakutan dan stress jika dia berada disana...Elvina sedang memujuk Rissa untuk makan tetapi Rissa menolak apa yang diberikan oleh Elvina...

“tak perlu El...kakak tak lapar...”ucap Rissa
“kakak perlu makan...bagaimana mahu sihat..”balas Elvina
“tidak usah risau...”jawab Rissa

Leo kini dalam perjalanan ke London kerana ada urusan di syarikat yang terpaksa dia urus sehingga meninggalkan Rissa bersama pengawal dan adiknya...Leo tidak memberitahu Rissa yang dia akan ke London kerana dia tidak mahu Rissa menangis atau takut melihatnya datang...Leo pergi bersama Rendy dan beberapa pengawal...

“Tuan tidak mahu beritahu Nyonya dulu..”tanya Rendy
“tidak..dia masih dalam fasa pemulihan akibat perbuatanku sendiri...biarpun aku sebenarnya rindu untuk memeluknya tetapi aku perlu menahan sehingga dia menerima aku kembali..”jawab Leo
“baik Tuan..”balas Rendy

3 hari kemudian...

Di hospital...

Ashly dan Naya datang melawat Rissa tetapi dia hanya diam sahaja dan tidak seperti biasa...Ashly dan Naya merasa bimbang dengan Rissa yang murung seperti ada sesuatu yang dia pendam...Ashly datang menghampiri Rissa lalu memegang tangannya...

“hey...kau rindukan Leo kan..”tanya Ashly
“iya..hiksss...hiksss...”jawab Rissa sambil menangis
“nanti dia akan datang...mungkin sekarang dia sibuk dengan kerja..”ucap Ashly
“hemmm..”balas Rissa

Elvina mendengar yang Rissa merindukan Leo terus menghubungi Rendy untuk meminta Leo pulang dengan segera...panggilan itu tidak dijawab yang membuat Elvina merasa marah dengan sikap Rendy yang tidak menjawab panggilannya...keadaan Rissa kini semakin lemah walaupun di berada di hospital kerana dia tidak makan apa-apa sejak Leo meninggalkanya pada malam itu..

Di Luis.co....

“bagaimana dengan persepakatan yang kita sudah katakan saat itu...”tanya Zafran
“ouh..Tuan Zafran jangan risau kerana pihak kami akan melakukan yang terbaik seperti yang Tuan minta..”jawab Malik
“bagus...tapi kenapa aku tidak pernah melihat CEO syarikat ini selama aku datang ke sini..”soal Zafran
“maaf Tuan kerana Tuan Leo sedang ada urusan di luar negara..”jawab Malik
“baiklah..aku senang bekerjasama dengan syarikat ini..”ucap Zafran
“terima kasih Tuan..”jawab Malik

Syarikat Zafran baru membuat permohonan kerjasama dengan syarikat Leo yang dimana Zafran ingin meminta Leo membuat invest pada syarikatnya agar lebih maju seperti Luis.co...Leo tidak tahu tentang itu kerana dia tidak ada di sana dan kemungkinan Leo akan kembali dalam beberapa hari lagi...

Di London...

“kenapa sejak tadi aku lihat telefon itu selalu bergetar...”tanya Leo
“Nona Elvina hubungi saya Tuan..”jawab Rendy
“jawab sahaja,mungkin ada perkara penting yang ingin dia sampaikan..”ucap Leo
“baik Tuan..”balas Rendy

Rendy menjawab panggilan dari Elvina atas arahan Leo...

“hello Nona..”ucap Rendy
“kenapa baru sekarang angkat call...kau tahu tidak aku ini sedang susah hati...”marah Elvina
“maaf Nona..saya sedang ada urusan tadi..”jawab Rendy
“bila kak Leo akan pulang..”tanya Elvina
“Tuan akan pulang dalam minggu depan Nona..”jawab Rendy
“berikan telefon itu pada kak Leo,ada hal penting aku ingin sampaikan...”ucap Elvina
“baik Nona..”jawab Rendy

Rendy kembali ke hadapan Leo dan memberitahu bahawa Elvina ingin berbicara..Leo menjawab panggilan tersebut...

“ada apa..”tanya Leo
“kak Leo...pulang lah...kak Rissa tidak mahu makan dan sedang merindukan kak Leo..”jawab Elvina
“kau jangan main-main...sejak bila Rissa bergitu..”soal Leo
“sejak kak Rissa masuk hospital dan sehingga sekarang...keadaan kak Rissa sangat lemah saat ini dan mungkin kandungan kak Rissa terjejas kerana kak Rissa tidak mahu makan apa-apa...hanya tidur dan menyebut nama kak Leo..”jelas Elvina
“baiklah..aku pulang..”jawab Leo
“El tunggu kak Leo kat hospital..”ucap Elvina

Panggilan itu tamat dan Leo memberitahu pada Rendy yang mereka akan kembali hari itu juga dan tidak akan stay sampai minggu depan...dia sangat risau akan keadan isterinya yang dikatakan semakin lemah dan tidak mahu makan...kini Leo sudah tiba di lapangan terbang miliknya dan akan tiba dalam beberapa jam...

Di mansion....

“Nona kenapa..”tanya Nincy
“risau akan kesihatan kak Rissa yang semakin menurun dan aku rasa kak Rissa rindukan kak Leo...”jawab Elvina
“Nona jangan risau...kan tadi sudah hubungi Tuan Leo untuk pulang...mesti Tuan Leo dalam perjalanan pulang sekarang ini..”ucap Nincy
“semoga bergitu..”ujar Elvina

Keesokan harinya...

Leo baru sahaja tiba dan kini menuju ke hospital dimana tempat Rissa dirawat selama 1 minggu ini...pengawal yang melihat kedatangan Leo merasa sangat lega kerana mungkin selepas ini Nyonya mereka tidak akan seperti itu lagi...

“Tuan..”sapa pengawal
“bagaimana keadaan Rissa..”tanya Leo
“menurut dokter yang memeriksa Nyonya,keadaan Nyonya semakin lemah kerana tidak makan...”jawab pengawal
“baiklah..sambung kerja kalian semua..”ucap Leo
“baik Tuan..”balas pengawal

Clekkkkkk...

Leo masuk ke dalam dan melihat Rissa masih memejamkan matanya dan wajahnya yang pucat itu sangat terlihat di mata Leo...dia menghampiri Rissa lalu duduk di samping katil sambil melihat wajah isterinya yang nakal itu...Leo mencium tangan Rissa yang terasa dingin...perlakuan Leo itu membuat Rissa terbangun dan melihat kearahnya...

“tak mungkin Leo disini..dia masih marahkan aku..tak perlu berharap lebih...mungkin mimpi..”gumam Rissa perlahan

Leo tersenyum apabila Rissa mengatakan dia mimpi bertemu dengannya...Leo sangat merindukan suara merdu Rissa yang manja memanggilnya apabila menginginkan sesuatu...Leo terus mencium kening Rissa bergitu lama sehingga membuat Rissa membuka mata kembali dan menatap ke arah Leo...

“ini bukan mimpi Sayang..”ucap Leo
“le..Leo..”panggil Rissa
“iya Sayang..”jawab Leo
“hikss...hiksss...hiksss...”tangis Rissa dalam pelukkan Leo

Leo membiarkan Rissa menangis dalam pelukkannya sehingga tenang walaupun sebenarnya dia tidak sanggup melihat Rissa menangis...hampir 10 minit Rissa menangis dan kini sudah kembali tenang apabila berada dalam pelukkan Leo yang sejak tadi menenangkannya...

“sudah...mata sudah sembab itu..”ucap Leo
“sa..sa..Sayang...Sayang..”ujar Rissa gugup
“Hubby rindukan Sayang...rindu sangat...”balas Leo
“Sayang rindukan Hubby jugak..”ucap Rissa
“Sayang makan okey..Hubby tak mahu Sayang tak makan seperti sebelum ini sehingga menjejaskan kesihatan Sayang...”kata Leo
“suapkan..”pinta Rissa
“manjanya kesayangan Hubby ini..”goda Leo
“kalau tak mahu tak apa..”balas Rissa sambil baring kembali
“hey....jangan bergitu...Hubby akan suap Sayang..”ucap Leo

Akhirnya setelah beberapa hari,Rissa kini kembali makan apabila disuap oleh Leo dan kembali tersenyum seperti semula...Rissa kini sedang berada dalam pelukkan Leo untuk tidur kerana dia sangat merindukan suaminya itu...saat itu,Dokter Aliya masuk untuk memeriksa keadaan Rissa yang membuat Leo terpaksa bangun dari sebelah Rissa...

“bagaimana dokter..”tanya Leo
“untuk saat ini keadaan Nyonya kembali membaik setelah beberapa hari mogok makan...mungkin kerana ada Tuan disisinya..”jawab Dokter Aliya
“apa lagi rawatan yang akan dilakukan oleh isteriku..”soal Leo
“Nyonya akan menjalani beberapa terapi untuk mengawal serta memeriksa keadaan kandunganya...”jelas Dokter Aliya

Sedang berbincang,Rissa tiba-tiba menangis dalam tidurnya sambil menyebut nama Leo...

“hiksss...hiksss...Leo...hiksss...hikss...Leoo...”racau Rissa
“Sayang...hey...Hubby kat sini..”ucap Leo sambil mencium kening Rissa

Leo menenangkan Rissa dan dalam sekejap Rissa kembali tidur dengan lena kerana Leo memegang tangan Rissa..semua itu jelas dimata Dokter Aliya yang Rissa tidak mahu jauh-jauh dari suaminya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience