Chapter 27

Romance Completed 3172

Kring....kring....

“hello..”ucap Rissa
“kau free tak petang nanti..”tanya Ashly
“free je..kenapa..”soal Rissa
“nak jumpa kau kejap..”jawab Ashly
“baiklah...nanti send tempat,aku datang..”ucap Rissa
“baiklah..”balas Ashly

Rissa pelik dengan suara Ashly yang terdengar sedikit serak...Rissa bersiap untuk bertemu dengan Ashly semestinya ditemani oleh Dewi serta beberapa pengawal yang diasediakan oleh Leo untuk Rissa..dia tak membenarkan Rissa keluar seorang diri kerana dia takut jika Rissa diculik kembali dan mungkin musuh yang berdendam dengan Leo...

“Nyonya...kita mahu ke mana..”tanya Dewi
“kita akan ke Hotel Mutiara yang berhampiran dengan pejabat Leo...”jawab Rissa
“Tuan tahu Nyonya keluar..”soal Dewi
“tak..biar sahaja..aku ingin bertemu dengan Ashly sahaja disana..”balas Rissa

Mereka tiba di Hotel Mutiara dan disana sudah ada Ashly yang sedang menunggu dengan menggunakan cermin mata hitam...Rissa duduk sambil tersenyum lalu dia melihat ke arah Ashly yang sejak tadi menunduk...

“kenapa..”tanya Rissa

Ashly membuka cermin mata hitam yang menutupi matanya dan disaat itu Rissa terkejut dengan apa yang dia lihat pada wajah Ashly...Rissa terdiam tetapi air matanya mengalir dengan apa yang dia lihat...Rissa menggenggam tangan Ashly yang membuat Ashly menangis pada akhirnya...

“kenapa...siapa yang lakukan...”tanya Rissa
“dia datang kembali untuk mengambil aku kembali..”jawab Ashly
“maksud kau Zein..”soal Rissa
“iya..dia datang apartment dan terus serang aku...”jawab Ashly

Rissa terus memeluk Ashly kerana dia tahu Ashly takut dengan apa yang terjadi..dia menenangkan Ashly dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk membawa Ashly ke hospital untuk memeriksa kesihatan sebelum membawa Ashly ke mansion...semasa hendak masuk ke dalam kereta,Rissa melihat Leo berganding tangan dengan seorang wanita yang membuat dia bertambah sedih dengan apa yang terjadi...

“kenapa Leo berganding dengan wanita itu...sangat terlihat mesra dan serasi..apakah itu akan menjadi isteri Leo nanti dan mungkin aku akan dimadukan olehnya...”gumam Rissa dalam hati

Di hospital..

Ashly di periksa oleh Farel dan telah memberi beberapa ubat serta rawatan untuk luka yang didapati oleh Ashly...mereka keluar dari hospital dan menghantar Ashly ke sebuah apartment milik Ashly yang sudah lama ditinggalkan..

“kau yakin mahu tinggal di sini..”tanya Rissa
“yakin..Zein tak tahu aku ada apartment ini..”ucap Ashly
“okey..tapi kalau ada apa-apa,kau call aku terus..”ujar Rissa
“iya Rissa...kau tenang..kan sudah ada yang jaga di depan..”balas Ashly
“baiklah kalau bergitu..aku pulang dulu,takut Leo cari..”ucap Rissa
“baiklah..”balas Ashly

Dalam perjalanan pulang,Rissa banyak diam yang membuat Dewi merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Rissa sehingga Dewi memberanikan diri untuk bertanya pada Rissa..

“Nyonya okey ke..”tanya Dewi hati-hati
“saya okey...cuma terfikir tentang Ashly sahaja..”jawab Rissa
“saya yakin Nona Ashly akan baik-baik sahaja kerana sudah ada pengawal yang berjaga disana..”ujar Dewi
“kau benar...terima kasih untuk semuanya..”ucap Rissa
“sama-sama Nyonya..”jawab Dewi

Mereka tiba di mansion dan disana sudah terlihat kereta milik Leo sudah berada di parking...Rissa menarik nafas dan menghembus perlahan agar dia tetap tenang dengan apa yang dia lihat tadi...Rissa berjalan bersama Dewi masuk ke dalam mansion dan melihat ada seorang wanita sedang bergurau dengan Leo bergitu mesra sekali...wanita itu duduk di samping Leo lalu memeluk Leo dengan erat...

“hahahahaha...kau memang lucu Leo...”ucap wanita itu
“tidak..itu memang benar adanya..”jawab Leo

Rissa berjalan masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri sekali dia agar dia tetap tenang dan tidak menangis melihat Leo mabuk bersama wanita di ruang keluarga...Rissa terus tidur tanpa menghiraukan Leo yang sedang masuk di ruang keluarga...

“KAK LEO...”jerit Elvina
“syuttt....pergi sana...”ucap Leo
“kak Rendy,bawak kak Leo ke bilik dan halau wanita jalang ini keluar dari sini..”arah Elvina
“baik Nona Elvina..”jawab Rendy dan pengawal

Rendy membawa Leo ke bilik tetapi pintu bilik itu dikunci oleh Rissa dari dalam dan membuat Rendy terpaksa membawa Leo ke bilik tetamu..Elvina tahu yang Rissa tahu tentang semua itu dan menutup pintu bilik agar Leo tidak bisa masuk...Rendy berjaga di bilik Leo dan mendengar racauan Leo yang semuanya tentang Rissa...

“dalam keadaan mabuk Tuan masih sempat memikirkan tentang Nyonya...memang benar,Nyonya seorang wanita yang unik serta berani ditambah dengan kecantikan yang tidak ada siapa yang mampu tandingi..”ucap Rendy sambil melihat Leo

Keesokan harinya...

Seluruh mansion digemparkan dengan kehilangan Rissa yang sejak tadi dicari oleh semua pengawal..beberapa pengawal dipukul oleh Rissa di bahagian kepala sehingga pingsan dan disaat itu mereka sudah mencari di seluruh kawasan yang berdekatan mansion termasuk di tempat Ashly tetapi tetap tidak ada...Leo baru sahaja bangun dan merasakan kepalanya yang bergitu sakit dan dia merasakan pelik apabila bangun di bilik tetamu..

“apa yang terjadi...kenapa aku ada disini..”gumam Leo

Leo berjalan ke arah bilik dan melihat Rissa tidak ada disana sehingga dia memutuskan untuk membersihkan badan setealh itu pergi mencari keberadaan sang isteri tercinta..baju milik Leo sudah disiapkan dia atas katil seperti biasa oleh Rissa tetapi dia tidak ada disana membantu Leo seperti biasa...Leo keluar untuk mencari Rissa dan melihat semua orang sibuk seperti mencari sesuatu...

“apa yang terjadi..”tanya Leo
“tu..tu..Tuan...”terkejut Dewi
“kenapa...apa yang terjadi..”soal Leo
“se..sebenarnya...sebenarnya...”jawab Dewi gugup
“apa yang terjadi..”soal Leo dingin
“Nyonya Rissa menghilang sejak tadi Tuan..”jawab Dewi
“APA..bagaimana bisa terjadi...apa kalian semua lakukan sehingga isteriku bisa hilang...”tanya Leo dalam keadaan marah

Semua pelayan serta pengawal hanya bisa diam dan tidak berani menjawab kerana mereka takut dengan Leo..setelah mengetahui kehilangan isterinya,Leo mengarahkan seluruh anak buahnya mencari dimana keberadaan sang isteri dan dia sangat risau akan keselamatnya...

“maaf Tuan..keberadaan Nyonya tidak ditemukan dan kami sudah mencari ditempat Nona Ashly tetapi tetap tidak ada...di daftar penerbangan juga tidak ada nama Nyonya disana..”ucap Rendy
“aku tidak mahu mendengar alasan yang aku tahu,isteriku harus ditemukan sebelum menjelang malam jika tidak,kalian semua akan menerima hukuman dariku...”balas Leo
“baik Tuan..”jawab Rendy

Kini menjelang malam,mereka masih tidak mendengar berita tentang Rissa dan Rendy serta pengawal yang mencari Rissa kita sedang menjalani hukuman dari Leo kerana mereka gagal membawa Rissa pulang....Leo merasa lelah sehingga berehat sebentar di bilik yang penuh kenangan bersama Rissa...Elvina dapat melihat bertapa lemahnya Leo setelah kehilangan Rissa dan dia tidak mahu menganggu Leo saat ini..

3 hari kemudian...

“maaf Tuan..kami masih tidak menemui dimana lokasi Nyonya saat ini..”ucap pengawal
“bodoh...cari sehingga dapat tanpa alasan..”balas Leo
“baik Tuan..”jawab pengawal

Banyak musuh Leo mengetahui bahawa wanita kesayangan Leo kini telah pergi dan itu adalah masa mereka untuk mengalahkan Leo...beberapa serangan terjadi di markas dan juga beberapa kawasan milik Leo oleh musuh...Leo sendiri turun tangan dalam menangani semua itu dan walaupun dalam keadaan bergitu,Leo masih unggul untuk memenangi peperangan itu...dia melepaskan rasa marah dan juga kesal terhadap musuh yang menyerang kawasannya...

“jangan pernah datang jika tidak mahu kehilangan nyawa kalian semua..”ucap Leo

Screkkk..screkkkk...

Kepala pihak musuh di penggal oleh Leo tanpa perasaan dan peperangan itu tamat apabila musuh telah berundur kerana kekalahan yang mereka dapatkan...Shaka dapat tahu tentang kehilangan Rissa turut membantu Leo mencari isterinya tetapi tetap tidak mendaptkan hasil yang mereka inginkan...

“aku pelik..kenapa isteri kau hilang seperti ditelan bumi tanpa jejak langsung...dan apa yang terjadi sebenarnya sehingga dia boleh hilang..”ucap Shaka
“salah aku sebab aku mabuk dengan pelacur dekat club yang aku pergi tu dan bawak wanita tu balik rumah...aku tak sedar semua itu dan Rissa nampak aku dengan wanita tu...itu yang aku tahu dari Rendy..”jawab Leo
“kau pun satu hal..kalau banyak masalah bukan kau ada club sendiri untuk kau pergi minum ker,kenapa kau pergi club luar yang banyak musuh mengintai..”ujar Shaka
“aku serabut saat itu sehingga aku tak fikir panjang...”balas Leo
“nie bagaimana dengan Rissa..apa masih meneruskan untuk mencari keberadaanya atau tidak..”soal Shaka
“masih kerana aku ingin isteri dan anak aku selamat..”jawab Leo

Waktu berjalan bergitu cepat dan tak terasa kini sudah lama Rissa meninggalkan Leo sendirian..banyak orang Leo serta Shaka mencari keberadaan Rissa tetapi mereka tidak menjumpai kerana Rissa tidak meninggalkan sedikit pun jejak disana..Leo menjalani kehidupanya seperti biasa dan berharap agar Rissa kembali ke pangkuannya semula...

“kak Leo kemana..”tanya Elvina
“Tuan Leo ada meeting dengan client dari jepun..”jawab Rendy
“ouh bergitu...ini berikan pada kak Leo kerana sangat penting..”ucap Elvina
“baiklah Nona..nanti saya akan berikan pada Tuan Leo..”ujar Rendy
“okey..jangan lupa..”balas Elvina

Elvina pergi dari hadapan Rendy kerana dia tidak mahu dekat-dekat dengan Rendy kerana dia malu..Elvina kini kembali bekerja seperti biasa di syarikat milik Leo dari asas kerana itu adalah permintaan dari Leo dan disetujui oleh Elvina..dia ingin belajar dari bawah dan berjaya seperti Leo,suatu hari nanti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience