Chapter 11

Romance Completed 3172

1 minggu kemudian...

Sejak kejadian itu,Rissa semakin berubah dan membuat Leo semakin sakit kerana Rissa meminta untuk pisah bilik...Rissa tidak mahu duduk satu bilik dengan Leo dan berbicara dengan Leo juga dia tidak mahu...Leo pergi ke pejabat dan kini Dean menjadi mangsa amukkan Leo yang sememangnya sedang dalam tekanan....

“APA YANG KAU LAKUKAN....” marah Leo
“maaf Tuan tapi ini yang Tuan minta tadi..”ucap Dean
“kau akan aku hukum...”balas Leo
“tapi apa salah saya Tuan..”tanya Dean
“diam kau...”ucap Leo

Di mansion Leo...

Rissa sedang duduk sambil memeluk baju Leo kerana dia sangat merindukan Leo...beberapa pelayan datang membawa makanan untuk Rissa tetapi Rissa minta untuk dibawa kembali ke dapur kerana dia tidak mahu makan...Rissa menangis kerana dia merindukan Leo sedangkan mereka setiap hari bertemu cuma tidur berasingan sahaja..

“Tuan...”panggil Dean
“apa...”tanya Leo
“pelayan beritahu yang Nyonya tidak mahu makan...”jawab Dean
“kenapa..”soal Leo
“sejak tadi Nyonya asyik menangis sahaja...”jawab Dean
“pulang.”ucap Leo
“baik Tuan..”balas Dean

Sementara itu,di mansion Leo sedang terjadinya keributan yang berpunca dari Rissa yang sejak tadi menangis kerana mencari Leo sambil membawa baju Leo...semua pelayan dan pengawal menjadi resah dan gelisah apabila melihat Rissa menangis sambil memanggil Leo...Dewi menghubungi Dean dan beritahu yang Rissa menangis mencari Leo...

“kenapa..”tanya Leo
“Nyonya sedang menangis dan mencari Tuan..”jawab Dean
“cepat sedikit..”ucap Leo
“baik Tuan..”balas Dean

Tidak sampai 10 minit,kini Leo sudah tiba di mansion dan mendengar tangisan Rissa yang bergitu kuat dengan menyebut namanya...

“huwaaaaaaaaa....Leooo...hikssss....hiksss....Leoo....”tangis Rissa

Dengan cepat Leo masuk ke dalam mansion untuk melihat apa yang berlaku...dia melihat Rissa sedang menangis sambil memeluk bajunya...Leo datang ke ruang keluarga dan menghampiri Rissa yang sedang menangis...

“Sayang...”panggil Leo
“hiksss...huwaaaaa....Leooo...”tangis Rissa sambil memeluk Leo
“kenapa menangis nie...”tanya Leo

Rissa menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu menjawab soalan Leo dan mengeratkkan pelukkannya kerana dia takut akan kehilangan Leo...Rissa masih dalam dakapan Leo dan kini mereka menuju bilik...Leo meletakkan Rissa di atas katil lalu duduk di sebelahnya sambil mengusap wajah Rissa yang penuh dengan air mata...

“makan dulu..”ucap Leo
“Leo..”panggil Rissa
“kenapa..”soal Leo
“jangan pergi..”rengek Rissa
“hey..bila Hubby kata yang Hubby akan pergi..”ucap Leo
“i miss you Leo..”ujar Rissa
“i miss you too Sayang..”balas Leo

Kini Rissa sudah kembali tenang dan sedang tidur dengan memeluk Leo dengan erat...Leo tersenyum dengan sikap Rissa yang berubah-rubah tetapi dia senang dengan itu Rissa tidak akan menjauh lagi darinya..cukup selama 1 minggu dia tidur berpisah dengan Rissa itu sahaja sudah membuatnya tersiksa..

Di tempat lain...

“kau jangan datang lagi untuk bertemu dengan aku kerana aku tidak sudi melihat wajah kau itu..”ucap Naya
“kita akan tetap bersama dan tak mungkin berpisah...keluarga kita sudah setuju untuk jodohkan kita..”jawab Erlan
“tapi aku tidak suka dan tidak akan pernah setuju dengan itu semua..”balas Naya
“kau akan tetap jadi milik aku Anaya..”ujar Erlan

Erlan Artika seorang anak pengusaha textile dan restaurant yang bergitu hebat dalam dunia business yang semakin megah..lelaki yang sudah obses terhadap Anaya sejak zaman persekolahan lagi dan kini dia meminta keluarganya untuk menyatukan mereka berdua..Anaya tidak suka kepada Erlan kerana dia sangat kasar dan juga dia juga tidak setia walaupun dia terlalu obses dengan Naya sehingga membuat Naya menjadi takut...

“jawapan aku tetap tidak dan aku sudah punya kekasih...berhenti ganggu aku lagi...”ucap Naya
“tidak akan pernah terjadi..”balas Erlan

Naya pergi dari hadapan Erlan kerana dia tidak mahu dekat dengan Erlan yang membuatnya merasa takut..sepanjang jalan Naya asyik memikirkan bagaimana dia ingin terlepas dari perjodohan yang dilakukan oleh keluarganya..Naya berjalan tidak melihat ke hadapan dan terlanggar seseorang...

Brakkk..

“aduh...”ringis Naya
“maaf..tidak ada yang luka kan..”
“tidak..”jawab Naya
“baguslah bergitu..”
“Dean..”ucap Naya

Iya yang berlanggar dengan Naya tadi adalah Dean yang sedang membeli beberapa barang..dia tidak sadar yang dia langgar adalah sahabat Rissa...dia hanya tersenyum apabila Naya memanggil namanya...mata Naya sudah berembun lalu menitis membasahi pipi...Dean terkejut dengan apa yang dia lihat dan lagi terkejut apabila......

Plukkkkk.....

“hikssss....hiksssss...hikssss....”tangis Naya
“hey..kenapa..”tanya Dean

Naya tidak menjawab membuatkan Dean menjadi bingung...

Di markas Black Dragon...

“arhhhh..kenapa kau tak mahu kembali pada aku sedangkan kita sudah lama bersama...”geram Zafran

Brakkkk...brakkk...

Seluruh barang bersepah akibat Zafran mengamuk kerana Rissa tidak mahu kembali padanya...

“Tuan..”panggil Lucas
“ada apa..”tanya Zafran
“Tuan perlu tengok ini..”jawab Lucas sembari memberi sebuah sampul

Zafran melihat sampul itu dan terkejut apabila mengetahui bahawa yang Rissa sudah menikah dengan seseorang yang masih lagi menjadi rahsia..semua itu membuat Zafran menjadi lagi marah kerana apa yang dia inginkan selama ini menjadi musnah akibat Rissa telah menikah dengan lelaki lain...

“cari tahu siapa suaminya dan apa status mereka yang sebenarnya..”ucap Zafran
“baik Tuan..”balas lucas

Di sebuah taman...

Keheningan malam yang menyelubungi suasana yang bergitu indah dengan angin yang menyapa tubuh terasa dingin...kini Naya dan Dean sedang duduk tetapi dalam keadaan Naya memeluk Dean kerana dia masih nyaman dengan keadaan bergitu..sejak tadi Naya tidak menceritakan apa-apa pada Dean yang membuat dena menjadi bingung...

“jangan menangis terus...nanti bengkak mata itu..”ucap Dean
“ma..maaf..”ujar Naya
“tak mengapa..cuba cerita apa yang berlaku..”tanya Dean
“papa menjodohkan saya dengan seorang lelaki yang tidak saya cintai dan sekarang dia sangat obses dengan saya sehingga akan memusnahkan sesiapa yang menganggu hubungan yang akan dibina..”jawab Naya
“jadi awak tak setuju dengan papa awak..”soal Dean
“tak sebab lelaki itu tidak baik hanya selalu berlakon di hadapan keluarga sahaja..”jawab Naya..
“sudah..nanti kita fikir bagaimana yer..”ucap Dean
“iya..tapi bagaimana kalau awak jadi kekasih saya...”ujar Naya
“bukan sudah jadi ke..”soal Dean
“maksudnya..”tanya Naya
“ini..awak masih nyaman dalam pelukkan saya..”jawab Dean tersenyum
“hish...saya tak main-main lah..”ucap Naya
“saya pun tak main-main..awak memang kekasih saya sejak pertama kali kita jumpa,saya dah claim awak kekasih saya..”jawab Dean santai

Wajah Naya sudah merah kerana malu dengan ucapan yang Dean katakan tadi...Naya menyembunyikan wajahnya di bidang dada Dean yang membuat Dean tersenyum dengan sikap Naya yang malu...Dean memeluk Naya dengan erat lalu mengusap rambut Naya dengan perlahan...tanpa mereka sedari ada mata yang memerhati sejak tadi dan terbakar api amarah...

“itu tak akan mungkin terjadi...”

Keesokan harinya...

“selamat pagi Nyonya..”ucap Lily
“pagi Lily..Dewi mana yer..”tanya Rissa
“Dewi sedang menyiapkan sarapan untuk Nyonya..”jawan Lily
“baiklah...”balas Rissa

Rissa duduk di ruang keluarga sambil melihat beberapa perkara di media sosial dan semua itu membuat dirinya tertarik...sementara itu,Dewi membawakan makanan untuk Rissa sarapan sebelum ke kampus dan dia akan dihantar oleh Fero atas arahan Leo...jangan ditanya kemana Leo,dia sudah pergi ke kerja kerana ada yang harus dia lakukan...

“Nyonya...sarapan sudah sedia..”ucap Dewi
“boleh minta Fero untuk ke sini sebentar..”balas Rissa
“boleh Nyonya..akan saya katakan padanya..”ujar Dewi

Rissa pergi ke ruang makan dan ditemani oleh Lily yang sedang melayaninya sementara Dewi memanggil Fero atas arahan Nyonya Rissa...

“Tuan Fero..Nyonya panggil untuk bertemunya di ruang makan..”ucap Dewi
“kenapa..”soal Fero
“saya kurang tahu...”jawab Dewi
“baiklah..”balas Fero

Di ruang makan..

“selamat pagi...Nyonya panggil saya..”ucap Fero
“nanti hantar saya ke kampus yer dan kamu tunggu kerana saya dikampus tidak lama..”balas Rissa
“baik Nyonya..”ujar Fero
“kita pergi sekarang..”ucap Rissa
“baik Nyonya..”balas Fero

Di kampus...

“hey...lihat siapa yang datang...”ucap Alice
“si perempuan murah...”balas Betty
“korang nak apa..”tanya Rissa
“tak ada apa..cuma nak tahu sesuatu lah..”jawab Alice
“kau tak habis-habis cari masalah dengan aku..aku malas nak layan kau..”balas Rissa
“tak akan sebab kau memang patut kita orang kacau sebab perempuan murah macam kau tak patut ada dekat sini...”ujar Alice
“betul..kau hanya mencemarkan nama kampus sahaja...kau sepatutnya duduk sahaja dekat club tu dan layan para lelaki hidung belang...”tambah Betty

Tiba-tiba....

“kau ulang balik apa yang kau cakap..”ucap Ashly marah
“dah sampai dah...”ucap Betty
“kau jangan nak cakap yang bukan-bukan yer pasal Rissa...”marah Ashly
“sepatutnya kau yang sedar diri,kau yang perempuan murah sebenarnya..”ucap Naya
“hey..kau...kau siapa nak cakap aku perempuan murah ha...”marah Alice
“kenapa..kau sakit hati bila aku cakap macam itu...sama juga macam Rissa...”balas Ashly
“kau yang j*lang sebenarnya..”ujar Naya

Alice dan Betty sangat geram dengan sahabat Rissa yang selalu membela serta melawan mereka...mereka pergi dari sana dengan perasaan kesal yang terlalu kerana dia tidak pernah menang apabila melawan sahabat Rissa...saat itu Rissa sudah menangis kerana dia terasa dengan apa yang Alice dan Betty katakan...

“dah tak perlu layan apa yang nenek sihir tu cakap..”ucap Ashly
“betul tu..”ujar Naya
“maaf..aku selalu susahkan korang..”balas Rissa
“tak perlu bergitu...kita kan sahabat..”ucap Ashly

Akhirnya mereka kembali menuju ke dalam kelas...Fero masih menunggu Rissa seperti yang diarahan olehnya..dia tidak pegi kemana-mana kerana takut jika terjadi sesuatu pada Rissa yang membuat Leo mengamuk dan dari laporan terbaru Charlie masih mencari cara untuk mendapatkan Rissa...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience