“nanti aku call balik...”ucap Rissa
“baiklah...”balas Ashly
Rissa mematikan panggilan itu apabila mendengar suara Leo dan melihat Leo sudah ada di sana sambil menatap dingin ke arahnya...Rissa hanya diam dan menundukkan kepalanya kerana takut...Leo terus pergi dari hadapan Rissa yang membuat Rissa terkejut dengan sikap Leo...
“kenapa dengan Hubby...selalu marah dan sekarang tak marah pun..”gumam Rissa
Leo pergi ke markas untuk meluapkan segala rasa yang ada di hatinya...dia bergitu geram apabila mendengar ucapan Rissa dalam panggilan...entah apa yang berlaku sehingga Leo marah bergitu sekali...Dean yang berada di markas melihat Leo marah menjadi ngeri....
“apa yang terjadi sehingga Tuan bisa marah bergitu sekali...”ucap Dean
“entahlah..sejak datang sehingga sekarang tak berhenti marah...”balas Fio
Mereka hanya bisa melihat tetapi tidak ada rasa untuk memberhentikan apa yang Leo lakukan...setelah rasa puas meluapkan apa yang dia rasa,Leo keluar dari bilik itu lalu ke ruangan untuk membersihkan diri dan membalut tangannya yang luka...
Sementara itu di mansion...
Rissa risau akan keadaan Leo yang keluar dalam keadaan marah...dia takut kalau Leo akan terluka...sedang Rissa menunggu,Leo membuka pintu dan masuk ke dalam bilik...Rissa melihat tangan Leo berbalut lalu menghampiri Leo yang duduk di sofa....
“Hubby...kenapa dengan tangan nie..”tanya Rissa sambil memegang tangan Leo
“tak ada apa...”jawab Leo sambil menepis tangan Rissa
“Hubby ada masalah ker...”soal Rissa
“tak ada...”balas Leo dingin
Leo bangun dan terus ke ruangan kerja kerana dia masih sakit hati dengan Rissa...Leo duduk di kerusi sambil memejamkan mata...Rissa datang dan duduk di atas peha Leo lalu menyandarkan kepalanya di dada Leo....Leo menolak Rissa sehingga jatuh yang mengakibatkan Rissa merasa sakit pada bahagian perut...
“arkhhh..”ringis Rissa
Leo hanya diam sahaja tanpa melihat ke arah Rissa yang sulit untuk bangun....Rissa bangun lalu masuk ke dalam bilik untuk berbaring....dia merasa sakit tetapi dia tidak mahu menganggu Leo yang masih berdiam sahaja...Rissa menahan sakit sehingga berpeluh...Rissa memanggil Dewi untuk membawanya ke hospital tanpa pengetahuan Leo..
“kak Dean...kita ke hospital sekarang tetapi jangan beritahu Leo...dia masih banyak urusan...”ucap Rissa
“baiklah..”balas Dean
Mereka menuju hospital dan saat itu Rissa masih berpeluh dengan memegang perutnya yang terasa sakit...mereka tiba di hospital dan Rissa dibawa ke bahagian kecemasan....mereka menunggu dokter yang memeriksa keadaan Rissa yang masih tiada berita....mereka risau kalau Leo tahu dan mereka akan jadi mangsa kemarahan Leo...akhirnya Dean menghubungi Leo...
“hello Tuan..”ucap Dean
“ada apa kau hubungi aku...”tanya Leo
“maaf Tuan...Nyonya Rissa berada di hospital kerana perutnya sakit...”jawab Dean
“WHAT...kenapa tiada yang beritahu tentang ini...”soal Leo
“maaf Tuan..tadi Nyonya tidak benarkan ganggu Tuan kerana Tuan masih sibuk...”balas Dean
“hospital mana...”tanya Leo
“hospital biasa Nyonya cheak up Tuan...”balas Dean
Leo berjalan menuju kereta dan terus melajukan kereta menuju hospital..dia merasa bersalah kerana menolak Rissa sehingga jatuh dan dia takut jika Rissa akan marahkannya kalau ada yang berlaku pada kandungannya...
“maafkan Hubby sebab terlalu emosi sehingga tidak fikir perasaan Sayang dan keadaan Sayang...maafkan Hubby..”gumam Leo
Di hospital...
“dimana Rissa...”tanya Leo
“Nyonya masih diperiksa Tuan..”jawab Dewi
1 jam kemudian...
Dokter Tina keluar dari ruangan kecemasan dan bertemu dengan Leo....saat itu Dewi dan Dean masih berada disana...
“bagaimana dengan keadaan Rissa..”tanya Leo
“maaf jika saya bertanya pada Tuan...”ucap Dokter Tina
“apa yang dokter ingin tanya...”jawab Leo
“apa Nyonya Rissa jatuh kerana Nyonya Rissa banyak kehilangan darah...”soal Dokter Tina
“iya...”jawab Leo gugup
“kandungan Nyonya tidak apa-apa cuma lain kali saya harap agar Tuan bisa berhati-hati dan menjaga Nyonya Rissa dengan baik...”balas Dokter Tina
“baik dokter...”ucap Leo
Rissa dipindahkan ke ruang rawat VVIP seperti yang diminta oleh Leo...Leo masuk dan melihat Rissa masih tidak sadar kerana efek ubat yang diberikan....Leo memegang tangan Rissa dan dia mencium kerana merasa sangat bersalah...disebabkan cemburu,dia sanggup menolak Rissa lalu tidak menolongnya...
“erghhh...”keluh Rissa
“sa...Sayang...”panggil Leo
Leo menekan butang untuk memanggil dokter kerana Rissa sudah sadar...Dokter Tina memeriksa keadaan Rissa dan memberitahu Leo semuanya...setelah itu,Dokter Tina kembali ke ruangannya....Leo menghampiri Rissa dan memeluknya...Rissa hanya diam dan tidak membalas pelukkan Leo yang membuat Leo melihat ke arah Rissa...
“maaf..”ucap Leo
Rissa hanya diam dan menutup mata kembali....dia tidak mahu melihat Leo atau bercakap dengan Leo...Leo duduk di kerusi sambil menatap Rissa yang kembali tidur dan dia tahu yang Rissa masih marahkannya kerana kejadian itu....malam semakin larut dan akhirnya Leo tidur di kerusi menunggu....
Keesokan paginya....
Leo bangun dan mendapati Rissa sudah tiada...dia bangun dan mencari di seluruh ruangan tetapi tetap tiada sehingga dia keluar untuk mencari Rissa...anak buah Leo yang menjaga di depan pintu pun kena marah kerana lalai menjaga Rissa...sedang Leo sibuk mencari Rissa,Dean datang bersama Dewi ke sana untuk memberi baju ganti buat mereka...
“kalian kemana...”tanya Leo
“kami pulang semalam untuk mengambil baju ganti untuk Tuan dan Nyonya...”jawab Dean
“cari Rissa sekarang...dia tiada di ruangannya..”ucap Leo
“baik Tuan..”balas Dean
Mereka mencari di seluruh hospital,sehingga mata Leo melihat sosok yang dia cari berada di taman hospital sedang duduk...Leo menghampiri Rissa dan duduk di sebelahnya...Rissa tahu yang duduk itu adalah Leo tetapi dia tetap tidak mahu membuka mata kerana dia merasa tenang berada di sana...
“Sayang...”panggil Leo
Rissa hanya diam dan tetap tutup mata....
“Sayang...kenapa keluar tak bagi tahu...”tanya Leo
Rissa bangun dan terus pergi dari sana...Leo meraih tangan Rissa agar Rissa tidak jatuh tetapi ditepis oleh Rissa...dia berjalan sendiri tanpa banTuan Leo untuk kembali ke ruangannya...sampai disana,Dewi membantu Rissa untuk baring...tidak lama kemudian,Dokter Tina datang untuk memeriksa keadaan Rissa....
“dokter...saya ingin pulang..”ucap Rissa
“baiklah...lagipun keadaan Nyonya sudah kembali sihat tetapi ingat jangan lupa pesan saya...”ujar Dokter Tina
“baik dokter..”balas Rissa
Leo sebenarnya kurang setuju untuk Rissa kembali ke mansion tetapi dia tidak mahu Rissa semakin marah...setelah itu,mereka kembali ke mansion dan dalam kereta Rissa hanya diam dan melihat ke luar sahaja...Leo ingin memegang tangan Rissa tetapi ditepis oleh Rissa...Leo hanya diam dan tidak melakukan apa-apa..
“selamat kembali Nyonya..”ucap pelayan
“terima kasih...”balas Rissa dengan senyuman
Dia terus ke bilik untuk berehat dan diikuti oleh Leo yang sudah merindukan isterinya itu...Rissa terus tidur kerana tidak mahu berbicara dengan Leo dan Leo memeluk Rissa dari belakang lalu mengusap perut Rissa itu...
“maafkan Hubby sebab berkasar dengan Sayang...Hubby tak sengaja buat semua itu pada Sayang kerana Hubby cemburu dengan bekas kekasih Sayang...Hubby tak mahu ada orang lain yang ambil Sayang dari Hubby...maafkan Hubby...”ucap Leo sebelum menutup mata untuk tidur
Rissa sebenarnya mendengar apa yang Leo ucapkan tetapi dia tetap diam...air mata yang dia tahan kini mengalir membasahi pipi tanpa dipaksa....Leo bisa merasakan getaran badan Rissa lalu mengeratkan pelukkan itu,lalu membalikkan Rissa agar menghadap kearahnya...
“maafkan Hubby sebab berkasar dengan Sayang...”ucap Leo
Tiada jawapan yang Leo dapatkan dari Rissa dan dia tahu Rissa sangat sakit apabila ditolak bergitu...Leo sangat Sayangkan Rissa sehingga takut kehilangan Rissa...Leo tidur sambil memeluk Rissa kerana tidak mahu berjauhan dan tidak mahu diabaikan oleh Rissa...
Di tempat lain...
“bagaimana keadaan yang aku suruh kau lihat..”tanya Charlie
“maaf Tuan...keadaan kini semakin ketat dan panas kerana Leo menjaga wanitanya 24 jam dengan pengawal khusus...beberapa anak buah kita telah tewas ditangan Leo baru-baru ini...”jelas Eric
“sial...maknanya dia tahu aku sedang ingin mendapatkan wanitanya itu...tapi itu bukan berarti aku akan mengalah dengan dia...”balas Charlie
“apa yang akan Tuan lakukan selepas ini..”tanya Eric
“aku akan buat wanita itu meninggalkan Leo kerana ada perasaan benci yang mendalam...”jawab Charlie tersenyum
Malam kini sudah kembali siang...Leo baru sahaja bangun dan menyadari Rissa tidak ada disampingnya yang membuatkan dirinya terus mencari keberadaan Rissa...Leo mencari di seluruh ruang bilik tetapi tidak jumpa Rissa yang membuat Leo turun ke ruang keluarga....
“di mana Rissa..”soal Leo
“saya kurang pasti Tuan..”jawab pelayan yang bernama Lily
Plakkkk...
“tak berguna...DEWI....”ucap Leo dan menjerit memanggil Dewi
Tidak lama dari itu,Dewi datang menghampiri Leo yang sedang menahan amarahnya yang hampir meletus...Dewi tahu apa yang Leo cari sehingga dia terus menjawab tanpa perlu ditanya....
“Nyonya Rissa sudah ke kampus Tuan dihantar oleh pengawal khusus yang Tuan sediakan...”jawab Dewi
“jam berapa Rissa pergi..”soal Leo
“jam 8 pagi Tuan selepas sarapan..”jawab Dewi
“baiklah...lanjut kerja..”balas Leo
“baik Tuan..”ucap Dewi
Dewi membawa Lily ke belakang untuk mengubati lebam pada bahagian pipinya yang ditampar oleh Leo tadi...mereka semua sudah pernah merasa ditampar oleh Leo tetapi itu kali pertama untuk Lily yang menyebabkannya menangis....
“Tuan memang bergitu jika sedang marah...”ucap Dewi
“tapi kenapa dengan kekerasan..”soal Lily
“jangan ingat hanya kau yang pernah ditampar,bahkan kami semua sudah merasainya dulu...selepas ini jika Tuan sedang marah,elak dari bertemu dengan Tuan jika kau tidak mahu kejadian ini berulang..”jelas Dewi
“baiklah..”balas Lily
Di kampus...
Rissa rimas dengan pengawal yang sejak tadi mengikutinya dan membuat banyak mata yang memandang kearahnya...Rissa tiba di kelas dan menyuruh pengawal itu untuk menunggu diluar kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam...
“arghhh...rimas aku dengan keadaan bergini...”ucap Rissa
“nak buat macam mana kalau suami kau dah suruh bergitu...”ujar Ashly
“aku tak suka lah...rimas tahu tak...rasa nak lari jer tinggalkan semua orang...”balas Rissa
“kau kenapa sampaikan nak lari bagai nie..dia layan kau baik kan apa lagi...”tanya Naya
“dia memang layan aku dengan baik selama ini..tetapi kerana Zafran yang membuat dia cemburu sehingga tanpa sadar menolak aku sehingga jatuh lalu mengakibatkan pendarahan semalam...”jawab Rissa sambil menahan air mata
“WHAT...dia tahu tentang Zafran...”ucap Ashly
“iya...dia selalu takut jika aku diambil oleh orang sehingga dia bersikap bergini...”ujar Rissa
“sudah...kau jangan sedih mungkin dia takut kau akan kembali pada Zafran...”ucap Naya
“benar..aku sering merasa takut apabila dia marah..”ujar Rissa
Leo sedang menunggu Rissa di kantin kampus untuk makan bersama dan anak buah Leo memberitahu yang Rissa tidak ke kantin melainkan ke perpustakaan untuk memulangkan beberapa buku yang dia pinjam sebelumnya...mendengar itu yang membuat Leo menjadi marah dan kini berjalan menemui Rissa ke perpustakaan...
“kenapa tidak ke kantin..”tanya Leo
“mahu pulang buku selepas itu baru ke kantin...kenapa ada di sini..”ucap Rissa
“mahu makan bersama kerana waktu sarapan tadi tidak makan bersama..”ujar Leo
“tunggu sebentar..”balas Rissa
Rissa mengangkat beberapa buku yang tebal ke atas meja pemulangan dan satu buku itu terjatuh terkena kaki Rissa yang membuatkan Rissa mengerang kesakitan....Leo melihat itu menjadi marah dan kesal dengan pembantu pustakaan itu yang tidak mambantu Rissa untuk mengangkat buku itu....
“are you okey Sayang...”tanya Leo
“okey..”balas Rissa
“kenapa tak bantu isteriku sehingga buku itu jatuh terkena kakinya...”tanya Leo
“maaf Tuan...”ucap pembantu itu
Share this novel