Bab 11

Thriller Completed 15858

Bab 11

"Sudin, aku mesti dapatkan Suriati. Dialah wanita paling cantik pernah aku jumpa. Aku tidak kira. Dia mesti jadi milik aku! kau tunggulah nanti," kata Rahmat kepada kawannya selepas pelawaannya untuk menghantar Suriati pulang menaiki skuternya ditolak dengan kasar.

"Apa yang kau nak buat?" balas Sudin.

Rahmat hanya tersenyum sumbing. Dalam fikirannya dia hanya mahu memiliki Suriati tidak kira dengan cara apa sekali pun.

*****

"Jangan buat begini pada Su, abang. Kasihankanlah Su," rayu Suriati kepada Rahmat yang sudah hilang pertimbangan. Baru sebentar tadi Rahmat mengoyakkan kebaya yang dipakainya.

"Sebelum ini kau jual mahal. Kau tolak aku bagaikan anjing jalanan. sekarang aku akan buktikan kepada kau. Kau hanya untuk aku seorang sahaja. Tak guna kau menjerit," kata Rahmat sambl ketawa dengan niat jahat yang ingin dilakukannya.

"Kasihankanlah Su, abang," Suriati masih menangis menutup dadanya.

Malam itu, Suriati dipukul dan dirogol tanpa belas kasihan. Setelah melihat Suriati tidak bergerak, Rahmat jadi cemas. Tanpa berfikir panjang, Suriati diseret ke dalam semak yang berdekatan dan ditanam. Jika boleh, Rahmat tidak mahu apa yang terjadi ketahui ramai.

*****

"Datuk kau tidak pernah kasihankan aku. Saat ini sudah lama aku tunggu untuk membalas dendam. Kedatangan kau tempoh hari membangkitkan kemarahan dan aku pasti akan membunuh kau!" kata wanita itu kepada Razlan yang masih tercengang selepas mendengar cerita kejahatan datuknya.

"Aku tak percaya pada kau!" balas Razlan.

Wanita rambut mengurai itu hanya ketawa nyaring. Wajahnya bertukar hodoh dan daging di mukanya berjatuhan.

Razlan menjerit dan cuba mencari jalan keluar. Sayangnya tiada jalan keluar lagi dari tepat itu.

Selepas tiga minggu, mayat Razlan dan Johari ditemui dibawah runtuhan tangga dalam rumah banglo usang itu.

Kematian mereka menjadi tanda tanya dan tiada siapa pun yang mengetahui bagaimana kedua-dua sahabat ini boleh berada dalam rumah banglo usang yang dikunci pintunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience