Bab 2

Thriller Completed 15858

Bab 2

Kriuk... kriuk...

Tanpa disedari sebuah basikal mainan buruk bergerak sendiri. Bagaikan dikayuh, basikal mainan itu menggelongsar laju menghala ke arah belakang Johari.

Buk! Roda hadapan basikal mainan dipenuhi habuk tebal melanggar bahagian betis kakinya yang sakit. Johari terperanjat.

Akibatnya, kaki yang sedia sakit itu tersentak dan menambahkan lagi rasa sakit yang dialaminya. Sekali lagi dia memaki hamun.

"Apa lagi sial yang datang ni! Celaka punya basikal. Dari mana pulak datang basikal ni sampai langgar aku.

"Aduh... bertambah sakit kaki aku. Sial! Semak betul benda ni," kata Johari dengan nada keras.

Panas hati dibuatnya kerana dikejutkan sebegitu rupa. Sudahlah baru terjatuh di tangga yang hampir runtuh itu, kali ini dia dikejutkan pula.

Kehadiran basikal mainan yang entah muncul dari mana hingga menyebabkan kakinya bertambah sakit.

Tiba-tiba, Johari terhenti dari maki hamun yang dihamburkan. Jantungnya berdegup laju dan terasa bagaikan darahnya bergerak pantas melalui pembuluh darah.

Fikirannya menerawang memikirkan bagaimana basikal mainan itu boleh berada di situ dan bergerak sendiri. Untuk beberapa ketika otaknya ligat memikir kemungkinan yang terjadi.

Walaupun berkali-kali Johari cuba memikirkan perkara yang baik namun fikiran negatif tentang asikal yang bergerak sendiri ke arahnya tidak dapat dielakkan. Fikiranya tetap terhala pada kemungkinan diganggu makhluk ghaib.

Baginya ini mngkin salah dirinya juga kerana tidak menjaga tutur katanya tadi. apatah lagi kerap menggelar rumah itu celaka dan sial!

Bulu tengguknya meremang. Matanya ke kiri dan ke kanan namun tidak cukup berani untuk menoleh ke belakang bagi mencari tahu punca basikal mainan itu boleh meluncur ke arahnya.

Lantas, digerakkan kakinya yang sakit ke luar rumah secepat mungkin. Tangannya juga terus mengambil telefon bimbit dan mencari nombor Razlan yang baru didailnya sebentar tadi.

"Jawablah Lan. Ke mana pulak kau dah pergi ni," kata Johari dalam nada penuh bimbang.

Berkali-kali jarinya menekan nombor Razlan namun tetap tiada jawapan. Hatinya betambah risau kerana dia kini berseorangan di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience