Completed
15858
Bab 7
Setelah puas mengambil gambar di pekan yang terletak tidak jauh dari Kampung Sutera, Razlan memutuskan untuk kembali sahaja ke bilik. Lagi pun, Johari belum memberi apa-apa panggilan mahu pun mesej menyatakan di mana dia berada. Bahkan, panggilan telefonnya juga masuk dalam peti suara sahaja. Hal itu membuatkan Razlan semakin tidak sedap hati.
"Ada nampak kawan abang tu hari ini tak adik?" tanya Razlan sejurus tiba di muka pintu masuk rumah tumpangan.
Adli hanya menggeleng.
Razlan bergegas ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Namun laporannya ditolak kerana belum pun cukup 24 jam.
"Tapi tuan, saya memang dah tak jumpa dia sejak petang semalam. Saya dah berkali-kali cuba menghubungi nombor telefon Johari tapi masuk peti suara. Saya bimbang jika terjadi apa-apa pada kawan saya itu," kata Razlan bersungguh-sungguh.
"Saya benar-benar minta maaf encik Razlan. Cuba cari di bilik terlebih dahulu dan di mana-mana kamu berada bersama dengan dia. Mungkin dia hanya merajuk," balas anggota polis itu.
"Ini bukan hal main-main tuan. Saya boleh rasakan ada sesuatu yang tidak kena!" jawab Razlan dengan nada kasar seraya menghentak meja di hadapannya.
Tidak tahan dengan layanan yang diterima, Razlan berlalu keluar dari balai polis itu. Dia menumbuk-numbuk tapak tangan kirinya menahan amarah.
"Ke mana sebenarnya kau pergi Joe?" kata Razlan dengan cemas.
****
Sekembali ke bilik, Razlan lihat belum ada anda-tanda Johari kembali ke bilik mereka. Penat menghadapi apa yang terjadi, Razlan berbaring dan terus terlena di katilnya setelah mandi. Telefon bimbitnya masih di genggaman tangan.
Dia masih berharap Johari akan menghubungi secepat mungkin memberitahu tentang keadaannya.
Share this novel