Bab 6

Thriller Completed 15858

Bab 6

"Adik, ada nampak tak kawan saya kembali semula ke bilik petang semalam?" kata Razlan kepada Adli, penyambut tetamu rumah tumpangan yang mereka diami.

"Ada. Saya nampak balik dia seorang diri semalam dalam keadaan yang comot. Mukanya serius sahaja dan banyak diam.

"Sedangkan ketika abang berdua datang semalam, saya lihat dialah yang paling banyak cakap. Melihatkan dia seperti itu, saya tidaklah pula menegur. Sedangkan dia lalu betul-betul dihadapan saya.

"Saya fikir mungkin dia sedang marah atau ada masalah. Baik saya diam. Kalau tidak, tak fasal-fasal pula saya yang kena nanti.

"Lagi satu, kalau kawan abang tu mengadu dengan bos saya, pasti saya akan kena nanti. Silap hari bulan boleh kena buang kerja,"jelas Adli panjang lebar sambil tersengih seperti kerang busuk.

Razlan hanya menganggukkan kepala tanda faham.

"Lepas itu, ada tak adik lihat dia keluar dari bilik lepas saya balik ke bilik senja semalam?" tanya Razlan lebih lanjut.

"Selepas itu, saya tak perasan pula. Kalau nak ikutkan saya ada di kaunter ini hingga lebih kurang jam 2 pagi tadi. Tapi saya tak nampak pulak dia keluar.

"Kemudian saya tidur di bilik belakang dan kembali semula ke kaunter ini jam 7 pagi. Tapi memang saya tak nampak pula dia ada lalu di hadapan ini untuk keluar.

"Kalau dia keluar ketika saya tidur, saya tak pastilah pula. Cuma kalau dia keluar waktu begitu, memang tak ada apa pun di kampung ini yang beroperasi, baik kedai biasa mahu pun gerai makanan. Jadi, ke mana je dia boleh pergi," jawab Adli.

"Hmmm... tak mengapa kalau begitu. Terima kasih ya," balas Razlan.

"Maaf, kalau saya nak bertanya. Kawan abang tak ada di bilik ke?" tanya Adli.

"Saya pun tak pasti. Rasanya saya ada nampak dia malam tadi namun sudah tidak kelihatan pagi ini. Jika dia keluar ke mana-mana, selalunya dia akan beritahu. Ini tidak pula. Beg bajunya pun belum berusik. Macam dia tak balikk ke bilik semalam. Musykil saya dibuatnya.

"Tak apalah adik. Terima kasih kerana membantu. Jika adik ada melihat dia, pesan minta dia call saya," jawab Razlan cuba menerangkan keadaan yang sedang dialaminya.

"Baiklah bang," balas Adli sambil mengangguk faham seraya melemparkan senyuman kepada pelanggan di hadapannya seperti mana biasa yang dilakukannya kepada pelanggan yang datang mendiami rumah tumpangan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience