Prolog

Thriller Completed 15858

Prolog

Suriati seorang gadis yang cantik. Rambutnya panjang dan ikal. Matanya indah, hidungnya mancung dan ulas bibirnya merah bagaikan delima. Sekali menguntum senyum, ramai yang tertawan.

Tinggal bersama ibu dan ayahnya di dalam rumah banglo yang besar dan mewah tetapi dia sendiri tidaklah sombong.

Para wanita di kampung senang dengan senyumannya yang manis itu kerana mengetahui dirinya memang seorang gadis yang baik dan rajin. Tidak kurang juga mata-mata lelaki kampung yang memandang dengan fikiran dan niat yang bukan-bukan. Maka tidak hairan setiap kali keluar dari rumah pasti ada yang cuba mengintai dan mengekori dari belakang.

Namun tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melayan berlebihan. Cukup sekadar melemparkan senyuman manisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience