Bab 3

Thriller Completed 15858

Bab 3

"Joe... Joe... Joe..." Razlan menjerit nama Johari.

"Kata tadi nak balik sangat. Sekarang dia pulak hilang entah ke mana. Kalau aku tahu kau nak pergi jalan-jalan lagi, baik aku teruskan mengambil gambar dan video rumah lama ni," kata Razlan yang mengeluh kerana tidaka ada kelibat rakannya, Johari di situ.

Kali ini, Razlan pula yang mengomel apabila dia mendapati Johari tiada di luar rumah banglo lama itu. Razlan terus memanggil nama Johari sambil mencarinya di sekitar rumah. Dari bahagian halaman yang luas itu, Razlan beralih ke belakang rumah. Namun masih tiada kelibat Johari di mana-mana.

"Ke mana pula Joe ni pergi agaknya," bisik Razlan dalam hati.

Dek terlalu penat meninjau sekeliling rumah, Razlan melabuhkan punggungnya di atas tanah yang hampir mati rumputnya. Mungkin kerana telah lama ditingggalkan, rumput di halaan rumah terseut bagaikan hidup segan mati tak mahu. Begitu juga pokok-pokok hiasan yang ditanam dalam pasau dan di sekeliling rumah banglo tersebut.

Matanya masih ligat memerhatikan sebelah kiri dan kanannya. Mencari jika kelibat Johari kelihatan. Razlan cuba bernafas dengan teratur kerana masih merasa penat dan termengah-mengah kerana berlari-lari anak sebentar tadi.

"Kau kat mana ni Joe? Aku dah penat jerit nama kau.

"Kalau aku tak jumpa juga, aku balik je. Hari pun nak gelap dah ni. Tak kuasa aku nak tunggu kau lagi," kata Razlan perlahan. Tangannya mengipas-kipas mukanya yang sudah merona merah menahan panas.

*****

Setiba di rumah tumpangan yang ditempahnya sebulan lalu, Razlan mendapati lampu bilik yang dikongsi bersama Johari sudah terpasang.

Sangka Razlan mungkin Johari sudah balik meninggalkan dirinya di rumah banglo usang itu kerana tidak mahu lebih lama menunggu. Razlan menjadi geram.

"Joe, kau dah balik rupanya! Kenapa tak bagi tahu aku? Aku cari kau bagai nak gila kat sana tadi. Alih-alih kau dah balik ke rumah. Ikut sedap kau je!" bebel Razlan kepada Joe selepas tombol pintu bilik dipusingkan.

"Joe! Mana kau? Dengar tak apa aku cakap tadi?

"Kenapa kau balik senyap-senyap je tadi? Joe!" pekik Razlan menahan marah kerana tiada respon dari Johari sejak awal dia masuk ke bilik itu.

Razlan terus ke bilik air dan terdengar curahan air. Dek kerana itu agaknya Johari tidak memberi respon kerana tidak mendengar dari dalam bilik air.

Razlan beredar ke katilnya dan terus merebahkan diri. Akhirnya dia terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience