Bab 5

Thriller Completed 15858

Bab 5

Astaghfirullah...

Razlan bangun terduduk. Tangannya menekup muka. Dadanya turun naik. Malah peluhnya merenik di dahinya dan boleh dilihat bajunya basah dengan peluh. Bagaikan disimbah air.

Loceng penggera di telefon bimbitnya berbunyi. Tepat menunjukkan jam 6.30 pagi.

Rupanya apa yang dilihatnya itu hanya mimpi. Mimpi buruk itu hanya mainan tidur. Namun Razlan terasa seperti apa yang dialaminya itu benar-benar terjadi.

Dicarinya Johari namun masih tiada di katil. Razlan semakin pelik. Hatinya masih berdebar dan belum reda. Mahu memanggil nama Johari pun terasa seperti suaranya tersekat di kerongkong. Tak terlafazkan.

Razlan bangun menuju ke bilik air. Barang-barang dalam bilik air masih sama tersusun seperti mereka meninggalkan bilik tumpangan itu semalam setelah mendaftar masuk.

Satu pun tidak terusik. Seingatnya semalam, ketika pulang ke bilik tersebut, Johari sedang mandi di dalam bilik air. Melihatkan keadaan itu, Razlan musykil.

Tiba-tiba, hatinya bimbang. Apa yang terjadi sebenarnya semalam singgah dalam fikirannya. Adakah benar JOhari pulang ke bilik semalam dan mandi ketika dia tiba di bilik senja semalam?

****

Selesai mandi, Razlan mencari beg yang dibawanya. Baju kemeja hitam dengan cetakan Rolling Stone di hadapan, diambil dan disarung ke tubuh.

Sedang Razlan memunggah bajunya keluar dari beg, baru dirinya perasan, beg baju Johari sedikit pun tidak terusik. Razlan tidak sedap hati.

"Ke mana kau pergi Johari? Bukan kau ke yang mandi semalam? Kenapa aku rasa seperti bermimpi? Apa yang sedang berlaku ni?" bisik Razlan kepada dirinya sendiri. Buntu mencari jawapan apa yang terjadi sejak semalam.

Kehilangan Johari sejak petang semalam masih berlegar dalam fikiran Razlan.

Jika Johari masih tidak ditemuinya hari ini, Razlan mahu melaporkan kehilangan Johari di balai polis berdekatan. Kehilangan Johari terasa seperti satu misteri yang sangat pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience