Completed
15858
Bab 1
Telefon bimbit Iphone 5s bergegar dalam kocek seluar Razlan Darwish Dato' Rasyid sambil mendendang lagu Sugar nyanyian band Maroon 5. Pantas sahaja tangan Razlan mencapai telefon itu dan melihat skrin. Panggilan dari rakannya, Johari dijawab malas.
"Kenapa call? Apa kau nak? Aku tak puaslagi rakam gambar dalam rumah ni.Jangan kau kata nak balik sekarang," kata Razlan yang masih memandang sudut menarik untuk merakam gambar di rumah banglo tinggal yang baru ditemuinya itu bersama Johari kira-kira dua yang lalu.
"Aku lapar. Dah habis satu rumah ni aku tengok, tak ada apa yang aku rasa menarik, Lan. Lagi pun aku rasa semakin lama kita di sini, semakin seram pulak aku rasa," Johari mengomel panjang supaya Razlan termakan dengan situasinya yang kasihan.
"Tunggu la sekejap. Ada satu bilik lama aku tak masuk lagi. Aku baru nak ke situ untuk ambil gambar.
"Kau tahan la perut kau tu sekejap, Joe. Dan aku nak pesan, kaujangan nak cakap bukan-bukan kat sini.
"Aku tak mahu ada apa-apa perkara buruk yang terjadi. Kita berhenti kat rumah ni pun sebab akau nak ambil gambar je. Jangan disebabkan mulut celupar kau tu, kita ada masalah nanti," tegas Razlan.
"OK. OK... Mana ada mulut aku celupar. Aku cakap apa yang aku rasa je.
"Iyalah. Kau kalau dah kusyuk ambil gambar memang lah tak rasa apa.
"Suka hati kau la. Aku nak tunggu kau di luar je. Tapi jangan lama sangat!" balas Johari seraya mematikan perbualan telefonnya.
Johari pun berjalan penuh berhati-hati untuk keluar dari rumah banglo yang usang itu. Menuruni tangga batu yang sudah pecah dan tidak rata untuk turun ke tingkat bawah mencabar kesabaran Johari.
Tidak semena-mena, langkah yang begitu hati-hati menyebabkan Johari terjelepuk lalu tergolek di tangga.
Gedebuk! Aduh!
"Aduh..." Johari mengerang sakit.
"Sial punya tangga! Aku dah jalan elok-elok pun masih jatuh juga! Dah lah Razlan tak nak balik lagi, perut aku dah lapar.
"Tangga tak guna ni pun satu. Dah nak runtuh. Menyusahkan aku saja. Tak fasal-fasal, kaki aku sakit. Celaka betul," maki Johari.
Biar pun sakitnya terasa, Johari tidak dapat menahan diri dari menyumpah seranah anak tangga itu kerana dirinya telah jatuh bergolek beberapa anak tangga. Ketika itu fikirannya tidak lagi memikirkan untuk menjaga percakapan sebaliknya terus memaki hamun sambil mengurut kakinya yang sakit.
Dia cuba bangun dan berjalan ke arah pintu.
Mujur tidak cedera teruk. Johari terhincut-hincut menahan kesakitan di kakinya itu. Namun, mulutnya masih berkumat-kamit menyatakan rasa sakit di kakinya.
Share this novel