Ammara hanya termenung memandang buku teks Biology dihadapannya tanpa riak.
Lambat lagi ke masa Sir Song ni nak habis?
Satu apa pun Ammara tak faham. Dia cakap laju sangat macam bullet train dekat Jepun tu. Sudah lah cakap laju, cakap pun macam apa. Tak faham langsung Ammara!
Tu lah kau, Ara. Siapa suruh ambil Sains tulen? Ini lah padahnya!
Tetapi itu lebih baik daripada ambil akaun.
Ammara mendengus. Dia rela push up 50 kali tanpa henti daripada menelaah buku. Lari padang 5 round pun dia sanggup!
Kalau nak dibandingkan, kelas belajar dengan kelas karate, sudah tentu lah dia pilih kelas karate! Confirm!
Kelas karate pula waktu petang nanti. Haiishh... Kenapa lah tak waktu pagi je? Senang sikit! Tak payah susahkan diri pergi sekolah!
Hek eleh, Ara. Kau cakap macam kau stay dekat sekolah dari awal sampai balik pula.
Sudah namanya Ara mesti lah selalu ponteng. Sampaikan Ammara pun tak ingat bila kali terakhir dia stay sekolah sampai balik. Dah lama!
Amaran? Banyak kali Cikgu Azharul bagi amaran. Denda? Dah banyak kali dia buat. Contohnya, cuci tandas guru, lari padang 6 rounds nonstop, tolong mak cik cleaner, tolong Pak Abu bersihkan kolam ikan, bertapa dekat library sampai pukul 7 malam, bersihkan taman tanpa pertolongan Pak Abu, susun buku-buku dalam stor, kemas bilik sukan, ah! Banyak lagi lah!
Demerit? Agaknya dah cecah 100 kot demerit nya. Tapi kenapa pihak sekolah tak buang aje Ammara dari sekolah ini?
Sebabnya simple saja.
Dia ini anak Dato' Tengku Zulkarnain!
Tak ada cikgu yang berani sentuh Ammara kecuali Cikgu Azharul. Pengetua pun takut nak sentuh Ammara!
Kriiiingggggg.......
"Okay, class. Don't forget to do the homework. "
Ammara bergegas menggalas beg. Habis sekolah? Belum lagi. Sekarang ini waktu rehat. Dia nak pergi ponteng!
Sir Song sudah keluar dari kelas. Sekarang ini, Ammara cuma mahu semua pelajar kelas 4 Bestari pergi rehat. Baru lah boleh mulakan operasi! Ye dak?
"Ammara.... "
Alamak! Bala sudah mari!
"Apa? " Ammara membalas garang. Siap jeling lagi.
Mukhriz tersenyum. Ini lah salah satu sebab kenapa dia sukakan Ammara. Ammara ini special. Lain daripada perempuan yang lain!
" Jom rehat! " ajaknya dengan senyuman yang tak lekang.
Ammara pandang Mukhriz atas bawah. Eww.... Macam mana lah semua perempuan boleh suka dekat mamat ni? Including si minah senget, Diane. Rabun betul!
" Tak. Nak. " balas Ammara satu persatu. Nadanya penuh angkuh.
" Alaaa... Jom lah. "
Mukhriz masih tidak berputus asa. Bayangkan kalau dia berjaya menawan hati Ammara, anak Tengku, sudah tentunya dia akan dinaik taraf daripada buaya darat ke alligator darat!
PAP!
Ammara menghentak buku teks Biology diatas meja. Dia pandang Mukhriz tajam. Dia cukup pantang dengan orang yang tak reti faham bahasa!
" Aku cakap tak nak kan? Kau tak faham bahasa ke? "
Ammara menyoal perlahan. Matanya tak lepas merenung wajah Mukhriz tajam. Nadanya berbunyi seakan dia memang benci.
Gulp!
Mukhriz menelan air liur. Dia gosok tengkuknya. Perlahan-lahan dia terus beredar.
Ammara terus bangun berlari ke padang. Tembok tinggi itu dipandang tanpa gerun.
Dengan aksi, dia memanjat tembok itu tanpa teragak-agak.
Satu sahaja destinasi dia!
_______
Ammara bersandar pada sepohon pokok yang amat besar.
Dia mengeluarkan sketchbook dari dalam beg galasnya. Alatan melukis dibawa keluar.
Dan dia mula melukis.
Satu lagi kemahiran Ammara. Dia amat gemar melukis. Dan hasil karyanya sangat mengagumkan.
CLACK!
Terasa seperti ada batu kecil dibaling tepat kearah kepala Ammara. Yang peliknya, batu kecil itu dibaling dari arah atas.
Ammara hanya biarkan. Dia sambung melukis lagi.
CLACK! CLACK!
Eik? Hujan batu ke ni?
Ammara masih cuba tidak hiraukan.
CLACK! CLACK! CLACK! CLACK!
Ammara mendengus kasar. Pensel 2B diletak kasar.
" Mambang mana yang kacau aku ni? "
Dengan sekelip mata, ada seorang lelaki sedang mendarat tepat dihadapan Ammara.
Ammara terkejut. Dia terus berdiri. Lelaki ni lompat dari mana ni? Lompat dari langit ke?
" Kau kata aku mambang? "
Share this novel