"Did you do that?"
Ammara mengherotkan bibirnya ketepi penuh jengkel sambik silang tangan. Dia melontarkan pandangan kearah lain. Pertanyaan itu dibiarkan sepi tanpa jawapan seperti angin yang lalu.
"I'm asking you, Ammara!" bentak Cikgu Azharul sambil hentak meja kuat.
Ammara mengalihkan pandangan memandang Cikgu Azharul merangkap guru disiplin itu. Riak wajahnya tidak menunjukkan bahawa dia takut tetapi riak wajah angkuh.
"Yes, I did that. Got any problem with that?" balas Ammara. Nadanya sungguh bongkak.
"Give me your hand." Arah Cikgu Azharul keras. Rotan panjang sudah diletakkan diatas meja.
"Cikgu tak nak tahu ke kenapa saya tolak minah senget ni dalam longkang?" Ammara menjeling Diane yang sedang duduk disisinya.
"Cikgu..... Ammara memang benci saya...." Terhinjut-hinjut bahu Diane dek menangis. Dia menekup mukanya dengan tangan sambil menangis teresak-esak.
Ammara mendengus sambil buat rolling eye. Wah! Diane ni memang pakar betul dalam bab-bab Drama Queen! Tadi waktu maki-maki tarik rambut aku tak ada pula menangis macam ni?
"Apa sebab aku nak benci kau ah, perempuan?" Soal Ammara sambil merenung Diane tajam. Dia sudah tidak peduli dengan cikgu disiplin yang betul-betul berada dihadapannya. Dia anggap cikgu disiplin didalam bilik itu bagaikan invisible atau transparent.
"Sebab kau ingat aku rampas Mukhriz daripada kau....." Melihatkan air mata Diane yang sudah menitis Ammara lagi ternganga.
Kau rampas Mukhriz daripada aku?! Minah ni dah amnesia ke apa yang tadi dia maki-maki, tarik rambut aku pasal dia ingat aku rampas Mukhriz?! Wah, hebat permainan kau!
"Cikgu... Tengok rambut saya ni.. Dia tarik rambut saya.. Sakit...."
Ternganga habis mulut Ammara lagi dengan lakonan Diane yang terlalu murahan. Kau yang tadi memandai serabutkan rambut kau acah aku yang tarik rambut kau! Aku tolak kau masuk dalam longkang aje! Perempuan ni memang nak kena!
"Woi, perempuan! Agaknya kau dah tertukar memori ni. Nak aku hentuk kepala kau dekat dinding? Kasi amnesia terus! Lagipun aku tak hadap lah Mukhriz kau. Pikir aku heran sangat ke dengan lelaki muka buaya tu ah?!" jerit Ammara geram. Mana tak geram kalau minah kepala senget pandai mereka-mereka cerita. Dan dia sememangnya tak ambil kisah dengan keberadaan Cikgu Azharul didalam bilik ini.
"Senyap!!"
Cikgu Azharul menepuk meja kuat. Merah padam wajah cikgu itu seperti menahan marah.
"I don't care, Ammara. Kamu akan dapat demerit, kena denda. And call your mother. She absolutely will be happy if she heard about this again." ujar Cikgu Azharul sinis.
Dalam air mata yang sedang mengalir, Diane tersenyum sinis tanda mengejek.
Semakin jengkel dan menyampah Ammara. Oh, please lah! Call mom aku? Gila! Nanti dia membebel dekat aku!
Giliran Ammara pula ukir smirk. Dia bingkas bangun. Terkilan semua orang melihat senyuman itu.
"Bravo! Call my mother and I make sure you'll say bye-bye to your job as a teacher!" sinis Ammara sambil smirk. Dia menggerakkan tangan kanannya sedikit lagak 'bye-bye'.
Alasan mengapa Cikgu Azharul tidak memarahi Diane ialah Diane ini anak murid kesayangan. Mentang-mentang lah Diane selalu mendapat markah penuh dalam subjek sejarah yang diajar oleh Cikgu Azharul, cikgu itu pilih kasih.
"Jangan ingat kamu anak orang kaya, kamu boleh buat suka hati?"
Macam lah Cikgu Azharul tak tahu Ammara ini anak orang kaya lagi ternama. Siapa lah yang tak kenal dengan Tengku Zulkarnain?
"Yes, saya anak orang kaya. Anytime anywhere I can make you lose this job. Also I can make you...." Ammara melakar senyuman. Kemudian dia mengetik jari. "Dissappear."
Bergerak-gerak rahang Cikgu Azharul dengan ugutan Ammara. Ah, dia tak patut memandang rendah Ammara. Macam mana kalau pengetua pecatkan dia? Sudah lah Tengku Zulkarnain selalu menderma kepada pihak sekolah.
"Kau fikir kau orang kaya kau boleh buat apa-apa je?!" jerit Diane geram. Wajah cantik Ammara dipandang penuh benci. Mata Diane sudah membara dengan amarah.
Ammara tersenyum mengejek. Oh, nak cakap pasal kuasa pula ye? Dan-dan kau nak jadi orang miskin yang baik hati dan aku orang kaya yang jahat? Fikir ini drama cliché ke?
"Save your tears, dear. It doesn't suit you at all." ujarnya sarkastik sambil meletakkan tangan kanan pada pinggang.
Ammara terus keluar dari bilik disiplin. Tidak betah mahu duduk disitu lama-lama. Mahu muntah aje dia rasa!
Ammara mencebik. Baru tolak sikit je, dah complain macam-macam. Belum lagi aku belasah sampai lunyai. Ini Ara lah!
Ammara memandang jam pada tangannya. Dia tepuk dahi. Baru pukul 11?
Ah, ponteng aje lah!
_______
"Kenapa Ara asyik-asyik gaduh ah?!"
Ammara menggaru telinga kirinya. Dah memang dapat agak pun ibunya akan membebel dan memarahi dia atas kejadian di sekolah tadi. Expectable sangat.
"Ara, kenapa Ara asyik malukan mom ah?" Suara Saleha sudah mula mengendur. Dia memandang satu-satunya anak yang paling dia sayang dengan wajah yang berbaur kecewa.
Petang tadi, cikgu Azharul telah menelefon dia dan telah memaklumkan bahawa Ammara telah bergaduh dengan salah seorang pelajar perempuan. Siap masuk longkang lagi. Mana nak letak muka dia apabila anaknya buat perangai?
"Malu? Buat apa mom nak malu? I didn't do anything embarrassing!" Ammara masih mahu menegakkan benang yang terang-terangnya kering. Petang tadi, ianya self defense. Tolak masuk dalam longkang self defense kan namanya?
"You didn't do? Then why Cikgu Azharul called me? " Saleha menjegilkan matanya. Degil betul!
"Because he is nut !" jerit Ammara geram. Rasanya, lelaki itu tidak layak digelar cikgu sekalipun. Gelaran cikgu itu terlalu mulia untuk seseorang seperti lelaki itu.
Saleha mengeluh perlahan seraya memicit dahinya yang seakan berpinar. Cakap dengan anaknya boleh buatkan dia naik gila!
"Please Ara... Next year Ara SPM. Tolong lah fokus. Cuba belajar macam El. El tu baru form 1 tapi rajin study. " pinta Saleha dengan nadanya sungguh mendayu, seakan berharap. Bukan niat dia mahu melebihkan El, tetapi dia mahu menyedarkan anaknya, Ara. Tak padan dengan tahun depan SPM! Kerja asyik gaduh je!
Ammara hanya diam. Dia memang tahu, El sangat rajin belajar. Kalau tidak tak akan lah dapat straight A's dalam UPSR tahun lepas? Memang tidak dapat dinafikan atau disangkal El memang pandai. 360° berbeza daripada dirinya. Ammara memang pandai. Pandai berlawan dan ponteng ada lah!
"El tak balik lagi ke? " Tidak membalas ujaran ibunya, dia membalas dengan bertanya. Tak akan lah ibu dia tak tahu? Dia dan belajar mana lah ngam! Macam minyak dan air!
Saleha ketap bibir hanya mampu menahan sabar dengan wajah selamba Ammara. Haiiih, anak siapa lah ni?
"Dia ada projek dengan kawan dia. Ara, kamu stay rumah je. Jangan memandai nak keluar dari rumah. Kalau workers tangkap Ara keluar, tahu lah mom apa nak buat dengan Ara! " ugut Saleha.
Ammara membuat muka toya. Tak ada modal lain ke asyik ugut dia dengan ugutan tu? Dah lapuk dek zaman lah, mom! Fikir Ammara takut ke? Ini Ara lah!
"Bik Tom!" teriak Saleha memanggil satu-satunya pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat di villa ini.
Terkedek-kedek Bik Tom berlari anak saat terdengar namanya dipanggil. Siapa lagi kalau bukan 'mem' besar yang acah?
"Ye, Puan Tengku? "
Yer, gelaran itu yang wajib semua pekerja villa ini panggil Saleha, isteri kepada Dato' Tengku Zulkarnain.
"Buatkan green tea untuk Tengku Ara. " Sebaris arahan mampu membuatkan Bik Tom menunduk, kemudian dia berlari ke dapur.
Ammara pula buat rolling eye mendengar 'Tengku Ara'. Agaknya mom dah lupa kot yang dia bukan sebernanya berdarah Tengku?
"Mom nak shopping. Ara nak ikut? " Wow! Tadi macam harimau dengan Bik Tom sekarang macam kucing? Hebat transformasi mom sehinggakan Ammara terkagum sinis!
Ammara menggeleng. Shopping? Eww... Not her taste! El boleh lah diajak shopping, confirm rambang mata budak form 1 tu.
" Okay lah. Ara nak pesan apa-apa tak ?" soal Saleha lagi. Ammara menggeleng lagi.
"Bye sweetheart." Saleha mencium pipi kiri Ammara kemudian dia berlalu dengan seorang bodyguard disisi.
Ammara pandang Saleha yang sudah mulai lesap daripada pandangan. Dia mengeluh.
"Tengku Ara, silakan." Bik Tom muncul dengan segelas air green tea ditangan.
" Bik! Mom dah keluar lah! Tak payah lah panggil Tengku. " cebik Ammara sambil berpeluk tubuh. Tengku, Tengku. Dia bukan Tengku! Tak suka lah gelaran Tengku ni!
Bik Tom hanya tersengih.
Share this novel