" Kau kata aku mambang? "
Ammara sudah menjarakkan diri dari si 'mambang' itu.
" Kau siapa? " Ammara memberanikan diri bertanya. Walhal hati sudah menahan debar didada. Dia masih berteka-teki, sama ada lelaki ini manusia atau sebaliknya.
" Kau rasa? "
Lelaki itu menarik senyuman senget. Senyumannya pula sungguh menyeramkan!
Tegak bulu roma Ammara dibuatnya. Huiiih... Menggigil-gigil! Siang-siang pun ada hantu ke? Ammara menarik nafas dalam-dalam, cuba mencari kekuatan lalu dihembuskan semula. You can do it, Ara!
" Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Pulang ke tempat asal kau. " ujar Ammara serius.
Takut? Ya dia sangat takut! Tapi dia perlu berlagak selamba. Kalau boleh, nak aje Ammara tumbuk 'mambang' ni. Tapi hantu kan? Mana boleh tumbuk hantu! Nanti tembus!
Lelaki itu mendekatkan wajahnya dengan wajah Ammara.
Gulp!
Ammara meneguk air liur melihat wajah menyeramkan itu sedang mendekatkan wajahnya. Ammara mengundur kebelakang sehingga terhantuk dengan pokok.
Ammara pejamkan matanya rapat. Seperti redha je dengan apa yang akan berlaku.
Tiba-tiba kedengaran tawa lelaki itu terburai.
Eikk?
Ammara cepat-cepat mencelikkan matanya semula. Mambang itu sedang ketawa kuat!
Hantu boleh ketawa ke?
Ammara blur seminit. Tak, apa yang terjadi sebernanya ni?
" Agak-agak lah kau ni! Siang-siang pun ada hantu? Haha!! " Lelaki itu ketawa berdekah-dekah.
Ammara mengecilkan matanya. Oh! Aku kena tipu?
" Siapa kau ah?! " Ammara bercekak pinggang garang. Sudah lah kena tipu, digelakkan pula.
Jatuh saham dia kalau El nampak ni!
" Aku? Mambang! " Jawab lelaki itu sarkastik, sinis.
Ammara ketap bibir. Kau perli aku ye?
Pap!
Lelaki itu menahan sakit sambil memegang alat sulit miliknya. Berkerut-kerut dahi itu mengadu sakit pada alat sulitnya.
Ammara tersenyum puas. Hah! Rasakan!
" Kau pehal gila? " soal lelaki itu menahan marah. Geram betul dia dengan perempuan dihadapan dia ni! Suka hati aje sepak alat sulit orang! Camner kalau aku tak boleh kencing?
Ammara menghenyakkan punggung diatas rumput, bersandarkan pokok. Dia mengambil sketchbook dan pensel, tanpa menghiraukan si mambang ini.
Lelaki itu duduk bercangkung dihadapan Ammara. Dia merenung wajah Ammara tajam. Dan Ammara? Hanya menyambung melukis. Jangan dilayan lelaki yang jatuh dari langit!
" Kau ponteng eh? " tebak lelaki itu dengan senyuman sinis pada wajah. Macam mana dia tahu? Ammara kan sedang pakai baju kurung sekolah! Obvious sangat!
Ammara mengangkat mukanya. Dia pandang lelaki itu atas bawah dengan riak kosong.
" Cakap dengan cermin ke? "
Lelaki itu ketawa kuat. Sumpah! Dia tak pernah lagi berjumpa dengan perempuan seperti perempuan dihadapannya ini! Sudah lah tadi kecut perut ingat dia hantu, then sepak alat sulit orang, ponteng sekolah, cakap pun benda menarik!
Ammara mencebik. Lelaki ini memang gila! Tiba-tiba aje gelak! Betul apa? Lelaki itu pun sedang pakai baju sekolah. Dengan lencana sekolah lagi dikemeja.
" Aku form 5. Boleh lah ponteng. Bosan gila doh dekat sekolah. Kau pula? " Lelaki itu memulakan perbualan. Dia kini melabuhkan punggung diatas rumput.
Berkerut dahi Ammara. Mamat ni dah gila ke apa? Ada shock dekat kepala ke? Form 5 kan tahun ni SPM!
" Crazy..." gumam Ammara.
Lelaki itu tergelak kecil. Bukannya dia tak dengar Ammara bergumam.
" Asal kau ponteng? " Eh eh, terlebih mesra pula mamat ni!
" Apa aku dapat kalau aku bagitahu? " Ammara bermain tarik tali. Dia meletakkan pensel.
Lelaki itu tersenyum. Oh! Jual mahal! I like!
" My name plus my number phone." balas lelaki itu sambil menjungkit-jungkit keningnya nakal. Senyuman senget diberikan.
Ammara menayang muka toya. Fikir aku kebulur sangat ke nak nama kau dan nombor telefon kau?
" Kau jatuh dari mana doh? " Tidak menjawab, dia bertanya. Ini Ara lah! Mana pernah jawab soalan yang dia rasa tak perlu dijawab!
" Pokok lah, bengong. Tak akan lah langit kot?"
Ammara terkedu. Dia pandang pokok yang disandarnya. Tinggi kot pokok tu! Macam mana dia panjat?
" Cer citer asal kau ponteng. " desak lelaki itu.
Ammara mengeluh. Dia dah jawab, kau kena jawab lah!
" Malas lah nak duduk kat sekolah. Kalau duduk pun, nanti aku gaduh. Then, masuk bilik disiplin. Baik aku ponteng! " omel Ammara. Teringat pula dekat Diane. Geram!
Lelaki itu terkelu. Wow, perempuan ini memang special.
" Dah lah. Aku nak balik. " Ammara memasukkan barang-barangnya kedalam beg galas. Kemudian dia berdiri.
" Moga kita tak berjumpa lagi. " Ammara tersenyum. Lelaki itu turut berdiri.
" Nama aku Haziq. Kau? " Lelaki bernama Haziq itu menghulurkan tangan mahu berjabat tangan.
Ammara memandang tangan yang dihulurkan Haziq itu lama.
" Subaidah Rosmah. Panggil Subaidah. " jawab Ammara selamba. Mana boleh bagi nama sebenar dekat lelaki yang tak dikenali kan?
" Nama budak tomboy, Subaidah? Weird.... Macam nama orang tua... " Ammara sekadar menjeling.
" Dah kan? Bye, aku nak blah." Ammara terus berlalu pergi.
Haziq tersenyum melihat kelibat Ammara yang mulai lesap.
" Subaidah... I will remember you. "
Share this novel