BAB 7

Romance Series 5941

" Just duduk tegak. " arah Ammara keras. Riak wajahnya serius. Dia tak ada masa untuk main-main.

Haziq terus duduk tegak. Senyuman tipis dan menawan terlakar pada wajahnya. Ammara mengangguk. Tahu pun macam mana nak buat pose...

Ammara mula melukis hidung mancung Haziq. Sungguh terperinci lukisan Ammara.

" Kau lukis apa? "

" Hidung kau. "

Haziq kerutkan dahi.

" Eik? Bukan patutnya lukis muka dulu ke? " Dia selalu tengok pelukis jalanan lukis bahagian muka dahulu sebelum bahagian lain.

" This is my style. Just keep quiet. " arah Ammara malas. Lantak pergi lah dia nak lukis bahagian mana dulu. Hak dia!

Haziq buat aksi zip mulut.

Kemudian, Ammara beralih kepada kedua-dua pasang mata itu.

" Kau tengah lukis part mana? "

" Mata. "

Beberapa saat kemudian,

" Jangan kedip mata banyak kali tak boleh ke? " soal Ammara geram.

Haziq pura-pura terkejut. " Kedip mata banyak kali pun tak boleh? Law mana kau ambik ni woi? "

Ammara mengeluh geram. Dia tahu Haziq sengaja. Jangan cakap Ammara over sebab Haziq tadi kedip mata banyak kali! Geram betul Ammara!

Haziq membuka luas biji matanya tanpa berkedip. Luas sangat sehingga mampu menandingi saiz lima puluh sen kelabu lama.

Ammara berdecit seketika. Dia picit dahinya. Aii... Bila berdepan dengan Haziq, dia perlukan panadol dan ubat sakit kepala. Boleh naik gila dia dengan mambang sewel itu!

" Kau tak nak aku lukis muka kau, okay fine. " Ammara berura menyimpan alat lukis. Cepat-cepat dihalang oleh Haziq.

" Eh, sorry lah. Jangan lah quit. Aku gurau je.. "

" Gurauan yang terlampau over. " Sekali lagi, Ammara putar bola matanya keatas.

" Okay. Aku janji tak akan main-main dah waktu kau melukis. Kau teruskan lukisan kau. " Kata Haziq serius. Dia siap tayang jari kelengking.

Ammara taut jari tersebut. Jari mereka bersatu.

" Pinky promise! " teriak Haziq girang.

Ammara tayang muka blur.

" Apa promise?  "

Haziq menggeleng sambil sembunyi senyum.

" Nothing! Just proceed with your drawing! "

Ammara mengangguk perlahan.

Dia menyambung melukis bahagian mata Haziq.

Dan semasa dia melukis, Haziq tidak langsung bergerak. Hanya mulut yang rancak berbual-bual dengan Ammara.

" Aku nak balik dah. Bye.  " Ammara mula mengemas peralatannya.

Haziq berkerut. Dia pegang tangan Ammara. " Kau dah siap lukis dah ke? "

Ammara menggeleng. Haziq melepaskan pegangan.

" Awal gila kau nak balik! Lek lu! " Haziq tayang muka sporting sambil silang kaki.

" Aku ada training lah kejap lagi. "

" Training apa? "

" Karate. "

Haziq membulatkan matanya terkejut.

" Kau terror karate? "

" Nak kata terror tu, tak lah. Baru brown belt. " jawab Ammara merendah diri.

" Perggghhhh!!! Awek tomboy macam kau ada karate? Caya lah!  " Ammara menjeling Haziq tajam. Tomboy?

" Ish, nak balik ah! "

" Eh, tunggu! Jom lah selfie!  " ajak Haziq.

Ammara mengangguk. Dia tak kisah. Ammara mengeluarkan phone miliknya.

" Nah, ambik gambar aku dulu. " arah Ammara sambil hulurkan phone nya kepada Haziq. Haziq mengangguk.

Ammara bukan lah seorang yang suka mengambil gambar. Cuma bila dengan Haziq, pasti dia akan menurut.

Kau jampi apa dekat aku, Ziq?

Ammara tersenyum nipis sambil pegang pokok besar disebelahnya.

" One two three..."

Snap!

" Nah. " Haziq memberi phone Ammara semula.

Ammara menekan gambar itu. Butang matanya.

" Haziq!!!! " jeritnya nyaring.

Ini gambar Haziq selfie! Siap tayang muka jerk! Bukannya ambil gambar Ammara! Kurang asam!

Dari jauh kelihatan Haziq yang sedang berlari sambil ketawa kuat.

" Hahahaha!!!! "

Tanpa sedar, Ammara turut tergelak.

Haziq... Haziq....

______

" Ammara... The Ice Queen... "

Ammara yang baru hendak melangkah setapak ke tandas terus terhenti. Dia berpaling.

" Kau nak apa, Diane? " soal Ammara malas. Ini tak lain tak bukan mesti pasal Mukhriz!

Diane mengukir senyuman sinis. Dia bergerak menghampiri Ammara.

" I know who you are now... " balasnya menyindir.

Ammara terkedu. Lalu dia mengeluh perlahan. Dia tahu apa yang Diane maksudkan. Dan dia tidak dapat menafikan siapa dirinya sebernanya.

" So? It won't change anything if you know. " Ammara masih kekal biasa lagi bersahaja. Wajah poker dipamerkan.

Semakin meleret senyuman sinis Diane. " I'm impress that you still can show that shameless face of yours. "

Ammara menarik nafas dalam-dalam cuba mencari kekuatan. Jangan nampak lemah Ara hanya kerana Diane tahu status sebenar diri kau.

" Even if I'm fake, what can change the fact about me?  " soal Ammara angkuh. Dia perlu berlagak angkuh didepan manusia bernama Diane.

" Sudah lah tak sedar diri menumpang! Eh, ramai lelaki semua suka kau sebab kau kaya je! Dan bila dorang tahu yang kau ni sebernanya—"

Ammara terus menendang perut Diane laju dengan teknik 'snap kick'. Diane mengadu sakit seraya memegang perut itu.

" Kalau kau jeles tahap gaban pun, jangan meroyan macam orang gila. Macam mana Mukhriz tak lari daripada kau?  " sinis Ammara.

Dia terus berlalu tanpa mempedulikan Diane yang masih mengerang kesakitan.

________

" Kau dah settle kan lukisan aku? " Haziq terus melompat dari atas pokok seraya Ammara semakin menghampiri pokok besar.

Ammara tidak menjawab sebaliknya terus duduk mencangkung.

" Eh, jual mahal kau! " seloroh Haziq dengan riak tegang. Sengaja mahu berseloroh.

" Ziq....  "

Haziq terpaku melihat beberapa mutiara jernih mengalir menodai pipi Ammara.

Ara... menangis?

" Hey... Kenapa ni? " soal Haziq dilanda risau. Dia duduk mencangkung di sisi Ammara. Kenapa Ammara menangis?

" Salah aku ke aku jadi anak orang kaya secara tiba-tiba? " Tersedu-sedan Ammara bertanya.

Haziq terkedu dengan soalan yang tidak diduga. Ya, memang dia tahu Ammara anak orang kaya kerana bodyguard Ammara berkali-kali mencarinya disini.

" Tak, bukan salah kau. " jawab Haziq jujur. Kemudian dia mengerutkan dahinya.

Kejap...

Apa maksud Ammara dengan 'tiba-tiba'?

" Apa maksud kau dengan 'tiba-tiba'? " soal Haziq.

Semakin kuat Ammara meraung. Haziq garu kepalanya sendiri. Erkkk... Tu salah dia pula ke?

" Aku tahu siapa aku... Tapi tak payah lah nak hina aku! " Ammara menangis lagi.

Haziq terus meletakkan kepala Ammara pada bahu kanannya. Dia mengelus lembut rambut Ammara.

" Aku tak tahu siapa buat kau menangis... Tapi kau jangan ambil kata-kata diorang semat dalam kepala. Just anggap diorang macam parasite. Yang tak habis-habis menumpang dekat rumah orang... " ujar Haziq perlahan.

" Aku yang parasite... Menumpang..." Ammara mengalirkan air mata. Dia terus duduk berhadapan Haziq.

Haziq menelan air liur. Ish kau ni Ziq! Asyik tersalah cakap aje!

" Mana Ara aku yang cekal? Suka berdebat dengan lelaki macho macam aku? Sepak lelaki punya anu bila first time jumpa? Yang panggil orang mambang waktu first time perkenalan? Mana dia? "

Ammara tergelak kecil mendengar ayat Haziq. Dia seka air matanya.

" Orang tengah menangis, kau pula buat lawak!" ujar Ammara.

" Dah tu? Kau nak aku ikut sama menangis sekali dengan kau berjemaah?  " sinis Haziq sarkastik.

Ammara terdiam.

" Lebih bagus kalau kau gelak daripada menangis. Sebab aku bukan jenis yang akan tenangkan kau tapi aku jenis yang cakap berdasarkan pengalaman. Tenangkan orang bukan pengalaman aku.  " kata Haziq selamba.

Ammara ketawa lagi.

" Janji dengan aku. "

Haziq menyua jari kelengkingnya. Ammara terpinga-pinga.

" Janji apa?  "

" Janji yang kau tak akan pernah menangis lagi atas sebab orang hina kau. Okay?  "

Melihat riak serius Haziq, Ammara ukir senyuman.

" Kau pun kena janji dengan aku.  "

" Janji apa lak? "

Ammara membuat riak wajah sayu.

" Janji yang kau tak akan pernah tinggalkan aku. Janji?  "

Haziq tersenyum.

Jari mereka saling bertaut.

" Janji. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience