Ammara memanjat tembok dengan gayanya. Dia tersengih bangga. Dah biasa sangat buat kerja macam ni. Sudah menjadi hobi!
" Ceh, sengih-sengih apa? " tegur Haziq yang sedang silang tangan, bersandar pada tembok sekolah Ammara.
Sudah beberapa hari berlalu semenjak janji dibuat. Haziq akan pergi ke belakang sekolah Ammara untuk berjumpa dengan Ammara. Dan mereka akan bersama-sama pergi ke taman. Ponteng!
Ammara mencebik. Sengih pun tak boleh!
" Tak payah nak buat muka kerang busuk sangat lah. Baik kita ponteng cepat! " ujar Haziq.
Baru sahaja mereka mahu pergi dari kawasan itu,
" Berhenti!! Jangan lari!! "
Kelihatan seorang lelaki yang sedikit berusia sedang berlari kearah mereka dengan memegang penyapu. Rasanya itu Pak Cik Cleaner!
" Cepat! "
Haziq pantas menarik tangan Ammara lalu mereka sama-sama berlari laju.
Mereka berhenti di lorong kedai-kedai.
" Siapa pak cik tu? Tak pernah nampak pun..." Ammara menggerutu. Nyaris-nyaris mereka hampir kantoi. Ammara tak takut sangat pasal denda. Dia takut akan mom!
" Ayah aku. " jawab Haziq.
" Hah?! "
Meluas biji mata Ammara. Dia ternganga. Biar betik?
" Itu ayah kau? " soal Ammara dengan nada tidak percaya.
Haziq mengangguk. Dia memandang Ammara dengan wajah selamba.
" Ayah aku cleaner. Asal? Tak sudi nak kawan dengan aku ke? Sebab aku anak cleaner? " soal Haziq.
Ammara menggeleng. " Mana ada tak sudi. Cuma aku pelik. " Ammara menongkat dagu.
" Apa yang pelik? " tanya Haziq dengan dahi yang berkerut-kerut.
" Ayah kau rajin kerja. Kau pula tak rajin lah nak kesekolah! " perli Ammara mengusik.
Haziq mengacip gigi geram. " Kurang ajor kau ye.. "
" Haha! Aku gurau je! Lek lu! " Ammara meniru suara Haziq. Haziq sekadar menjeling.
" Jom masuk Arcade! " ajak Haziq sambil menunjuk kearah Arcade didepan mereka.
" Tak nak lepak dekat taman ke? "
" Tak nak. "
" Asal pula? "
" Alaaa... Jom lah... "
Haziq menarik tangan Ammara masuk kedalam.
" Ish! Asal aku tak dapat-dapat lagi benda tu?! " keluh Ammara lalu menghentak machine itu kuat.
" Oi oi... Kalau rosak, kau nak ganti ke mak cik? " soal Haziq menyindir. Ammara menjeling.
" Dah banyak duit aku habis sebab main benda alah ni! Tapi satu habuk pun aku tak dapat! " Ammara merungut tak puas hati. Siap tendang machine itu lagi.
Haziq menggeleng-gelengkan kepalanya.
" Kau nak yang mana? Meh aku dapatkan. " Haziq sudah berdiri didepan machine itu.
" Nak elephant biru tu.. " Ammara seakan merengek.
Haziq memasukkan duit lalu cuba mendapatkan patung elephant biru itu.
Dan....
" Berjaya! " jerit Ammara teruja. Laju dia mengambil patung elephant biru itu lalu dipeluknya erat.
Tiba-tiba Haziq merampas elephant biru itu. Ammara terkejut.
" Kenapa kau rampas?! "
" Aku tak cakap ini kau punya. " ujar Haziq selamba. Ammara gigit bibir geram menahan bengang.
" Ish! Fake hope! Jahat lah kau! " Ammara berpeluk tubuh.
Haziq tersenyum tipis. " Jom lah main game lain! "
Mereka bergerak ke machine menari.
" Aku tak pandai menari lah... " ujar Ammara risau.
" Jangan risau. Kau cuma kena pijak-pijak benda alah tu je. " Haziq menunding kearah lantai.
" Okay lah..."
" Yipi! Jom duel! "
" Kau menang lagi... Tak aci lah! " rungut Ammara tak puas hati sambil seka peluh pada dahi. Dia mendengus.
" Hohoho... Aku kan terror? " Haziq menjungkit kening triple jerk.
" Jom main basketball pula! " ajak Ammara lalu menarik Haziq ke machine basketball.
Kena masukkan bola sebanyak mana yang mungkin kedalam basket itu.
" Ready? "
" Always ready! "
" 1, 2 go!! "
Dengan tangkas, mereka memasukkan bola-bola itu kedalam basket. Ammara melontar. Dan... Yes! Masuk!
Perlu memasukkan bola sebelum masa tamat!
Pertarungan mereka begitu sengit. Sudah banyak point yang mereka kutip.
15-15
" AAARGHHH!! " jerit Ammara melepaskan geram sambil membaling bola berat itu kedalam basket.
Masa sudah mahu habis!
DETT!
19-18
Ammara melonjak kegembiraan. Yes! Dia menang!
" Aku bagi chance je tu.. " ujar Haziq tak puas hati. Ammara menjeling. Yelah tu!
" Jom main tembak-tembak lak!"
Dan mereka bersuka-ria pada hari itu. Ammara. Dia sangat seronok bermain di arcade itu bersama dengan Haziq.
Share this novel