Angin sepoi-sepoi menampar lembut pipi mereka. Sungguh menenangkan. Berteduh pula dibawah sepohon pokok besar yang melindungi daripada sinaran cahaya matahari. Cuaca pula hanya mendung dan redup sahaja. Sangat mendamaikan.
Haziq sedang menggigit sandwich tuna. My favorite !
" Kau ni bawa barang macam pergi picnic aje. " komen Haziq sambil dengan enak mengunyah makanan di pegangan itu.
Kenapa Haziq bilang begitu? Lihat sahaja apa yang Ammara bawa dalam beg dia.
Sandwich, epal, air kotak, tikar, coklat, biskut dan macam-macam lagi!
Mereka sekarang ini sedang duduk beralaskan tikar yang dibawa Ammara! Gaya macam picnic aje!
Sandwich yang dimakan Haziq ialah milik Ammara. Sudah Haziq macam kebuluran, Ammara bagi aje lah. Lagipun, dia ada banyak dekat rumah.
Semua barang itu Ammara rembat tanpa pengetahuan Saleha, bondanya sendiri!
Ammara mengeluh. Mengikut plan asal, dia nak lepak dekat taman lain. Tetapi terserempak pula dengan mambang ni, dia pergi tarik Ammara pergi taman ini!
Taman yang buat pertama kalinya mereka berjumpa.
" Tak sangka aku kau ponteng lagi! " ujar Haziq seakan terpaku. Dia menyudahkan sandwich tuna itu.
Ammara buat muka toya. Biasalah. Ini Ara kot!
" Esok kau ponteng lagi eh? "
Ammara angguk. Esok ada subjek Chemistry. Miss Wong dah warning awal-awal suruh hafal formula-formula. Esok ada pop quiz. Ammara hafal? Tak mungkin! Ponteng ajelah!
" Aku nasihatkan kau. Berubah lah.. Kau tu muda lagi.. Jangan nak ponteng-ponteng bagai.. " nasihat Haziq seakan memberi tazkirah. Dia membuat riak serius
Ammara mencebik. Dia pandang lelaki dihadapannya atas bawah. Serious lah? Kau ni tak sedar ke kau ni form 5?
" Kau tu tahun ni SPM, buat lah cara nak ambil SPM. " balas Ammara pedas sambil menjeling tajam. Cakap dengan cermin betul lah!
Haziq tayang sengih sambil menggaru lehernya. "Aku tak apa. Walaupun kaki ponteng, tapi aku genius. Sekolah target aku dapat straight A's kot! "
Hek eleh... Nak tipu tu agak-agak lah! Genius mende nya?
" Muka macam penagih darah, cakap genius? " omel Ammara perlahan.
" Hah? Apa dia, Subaidah? Kau cakap muka aku macam penagih? " soal Haziq sambil membesarkan matanya. Gila! Pertama kali Haziq jumpa perempuan yang cop muka dia macam penagih dadah.
Ammara tersentak. Rasa janggal pula bila Haziq panggil dia 'Subaidah'. Rasa bersalah sangat. Patut tak aku bagitahu dia?
" Apa nama penuh kau? " Tanya Ammara mahu mengubah topik.
" Tak payah sibuk nak tahu. Kau nak skodeng aku dekat Insta eh? " Haziq sepetkan matanya dengan senyuman nakal.
Bulat mata Ammara. Kaki Haziq ditendang kuat. " Kau fikir aku nak sangat ke ah skodeng Insta kau?! " Apa Haziq fikir dia siapa? Artis? Instafamous? Penyanyi? Yang ada followers cecah 250k?
Terburai tawa Haziq. Ammara berkerut. Apa masalah mamat ni? Mental ke? Ada kecelaruan identiti?
" Okay lah.. Kau panggil je aku Ziq. Kau? Subaidah Rosmah tu panjang sangat lah... " Kata Haziq setelah tawanya surut.
Ammara telan air liur. Rasa menyesal pula kasi nama tu dekat si Haziq. Tak sangka mamat ni masih ingat nama penuh yang sengaja direka-reka.
" Panggil je Subaidah— "
" Cik Ammara! "
Ammara tersentak. Alamak! Bodyguard upahan mom dah sampai! Masalahnya, macam mana dia tahu aku dekat sini?
" Apa Cik Ammara buat dekat sini sorang-sorang? " soal Tajul yang sudah mendekati Ammara.
Ammara tayang muka blur. Sorang-sorang? Dia toleh ke sisi. Hilang! Haziq telah hilang!
Seketika dia berfikir. Oh, faham lah dia yang Haziq sedang berada diatas pokok ini. Kerana Ammara terasa dirinya diperhatikan oleh sepasang mata tajam dari atas.
Tetapi tak mungkin! Terlalu cepat Haziq memanjat pokok besar itu dalam kadar yang segera! Macam Flash!
Siapa sebernanya kau ni, Ziq?
" Puas saya cari spot Cik Ammara untuk ponteng. Dekat sini rupanya. " ujar Tajul lagi.
Ammara tepuk dahi. Mesti Haziq sedang memasang telinga sekarang ini. Dan, tahulah Haziq yang Subaidah Rosmah bukan nama sebenar dia!
" Jom balik! "
Tajul mengemas beg Ammara. Kemudian dia menarik tangan Ammara untuk beredar.
Ammara toleh. Dan Ammara melihat kelibat Haziq diatas pokok. Ammara gigit bibir.
'Maafkan aku, Ziq.'
____
" Tajul.... "
" Hrmm? "
Ammara memandang Tajul disisi. Ammara sekarang ini selamat berada didalam kereta mewah!
Tetapi bukan Tajul yang drive ye. Tapi Pak Usin. Tajul masih underage.
Percaya tak bodyguard upahan Tengku Saleha ni masih berusia 16 tahun? Sebaya dengan Ammara sendiri!
Tajul terpaksa berhenti belajar demi menyara kehidupannya bersama ibunya. Jadi, dia menjadi bodyguard kerana mahir berlawan. Tengku Zulkarnain dah berkali-kali offer untuk membiayai kos persekolahan Tajul sekiranya Tajul mahu bersekolah. Tapi Tajul sama sepertinya. Tak suka sekolah!
" Mom yang suruh cari eh? "
Tajul mengangguk. Serentak Ammara gigit bibir. Rambutnya digaru. Dia menggerutu.
Mampus lah bila dia balik nanti!
" Why? " Ammara tak faham! Selama ini, tak pernah pun! Lagipun masa sekolah tak habis lagi! Jangan-jangan mom suruh masuk sekolah balik tak? No way!
" Cik Ammara kan ada kelas tuition nanti. Lupa ke cikgu tutor akan datang? "
Ammara tepuk dahi kuat. Mom adakan kelas tuition?! Biar betik?! Mom ni sengaja nak seksa dia ke apa?
Mom pun tahu yang dia tak suka belajar! Dia allergy dengan belajar!
" Tak payah nak bercik-cik sangat lah dengan aku ni, Tajul. Macam lah tak biasa. " Ammara menyandarkan tangan pada tingkap kereta. Dia mengherotkan bibirnya ketepi penuh jengkel.
Tajul ketawa hambar sambil garu tengkuknya.
" Bukan apa, cik. Kalau saya panggil cik secara formal selalu, nanti terbiasa. Tak pasal-pasal Puan Tengku mengamuk pula.. " Balas Tajul jujur. Kadang-kadang aje Tajul memanggil Ammara tanpa 'cik' tanpa pengetahuan Saleha sendiri. Dan kadang-kadang juga dia panggil Ammara selain daripada gelaran 'Ammara'
Apa? Ammara pun ada nama panjang lah!
Nama panjang Ammara? Biar lah menjadi rahsia... Kerana bagi Ammara, nama itu special.
Ammara tersentak. Cakap pasal mom mengamuk...
" Mom tengah mengamuk ke sekarang? " soalnya perlahan dalam nada yang amat berhati-hati. Ammara gigit bibir bawah gementar.
Tajul tersenyum keterpaksaan.
_________
Ammara picit dahinya sendiri. Dia sudah dapat agak yang mom pasti akan marah.
" Ara... Malu mom bila cikgu call cakap Ara dah lesap! "
Ammara menggeleng perlahan. Tak habis-habis dengan malu! Semenjak, mom berkahwin dengan orang kaya, mom sudah banyak berubah! Sedarlah, kekayaan yang mereka miliki bukanlah milik mereka!
" Mom.. Apa tuition tuition ni? Mom pun tahu kan Ara tak suka sekolah? " bantah Ammara bengang. Pedulikan malu mom. Mom tak pernah fikir pasal dia!
Saleha berdecit. " Ara, cuba lah Ara tandingi El yang baru form 1. Sudah lah dia rajin belajar, pandai pula tu. "
Tengok? Pergi kondem dia dengan El pula! Ammara memang tak kisah sebab memang terbukti El lagi pandai daripada dia. Tapi tak payah lah nak paksa dia tandingi El! Ammara tak nak! Dan tak ingin pun!
" I hate studies!! " jerit Ammara geram.
" Ara jangan lupa sebab mom terima pinangan dad. " ujar Saleha keras.
Ammara menunduk. Ya, sebab. Sebab kenapa Saleha terima lamaran Zulkarnain.
" Ara tak pernah lupa, mom... Tak akan... "
Saleha menyungging senyuman sinis.
" Tapi diorang dah banyak bantu kita! Ara tak akan belajar kalau mom nak Ara lawan dengan El! I don't want it! " jerit Ammara kemudian terus berlari.
Saleha tercengang.
" Ara!! Mom tak habis cakap lagi!! "
Melihat kelibat Ammara yang telah lesap, Saleha berpeluk tubuh dengan wajah masam. Dia mendengus.
Share this novel