Ammara meletakkan beg galas pada kerusi. Kemudian dia menghenyak punggung.
Muka diletakkan pada meja juga dengan tangan.
I guess I'm the first, huh?
Dia yang pertama masuk ke dalam kelas.
Tak faham dia dengan perangai mom! Paksa datang sekolah awal! Bukannya dapat duit pun kalau datang awal!
Ammara baru bercadang nak datang lewat. Kalau kena masuk bilik disiplin, dia tak kisah. Sebab Cikgu Azharul cuti sakit!
Ah! Aman hidup Ammara sekejap tanpa kehadiran cikgu puaka tu! Terasa dunia ini dia yang punya!
Buat masa sekarang, Madam Chew yang bertapak dekat bilik disiplin.
Erkk... Rasanya dia lagi teruk daripada Cikgu Azharul.
Tapi tak apa.
Kalau kena meringkuk dalam bilik disiplin sampai balik pun dia sanggup!
Yelah, kan ada air-cond!
Ammara terasa ada sesuatu dalam bawah laci meja dia.
Ai... Ada orang nak prank aku ke?
Dia menyumbat tangan dia dalam laci itu. Macam kertas aje.. Eh, ada lagi lah!
Terlongo Ammara melihat ada sepucuk surat dan sekuntum bunga mawar merah.
Makhluk mana pula yang bagi ni?
Ammara garu kepalanya. Tiba-tiba rasa gatal pula dekat kepala.
Dia membuka surat itu. Perghhh!! Ada bedak!
Ammara mencebik. Acah romantik konon! Belajar pun tak habis lagi. Boxer pun mak beli. Eh, mak bapa hantar sini bukannya kasi surat cinta!
'To Ara,
Saya sebernanya dah lama suka awak. Tapi saya selalu perhatikan awak dari jauh. Yelah, awak macam anti dengan lelaki aje.'
Ammara buat muka pelik sekejap. Errkk... Aku ni anti lelaki? Kalau ya, asal aku dengan dad elok je?
'Saya ni miskin tak macam awak, anak Tengku. Takut lah nak tegur awak...'
Ammara tepuk tepi dahinya. Nak cakap pasal darjat pula... Kalaulah dia tahu...
'Saya harap awak sentiasa sihat. Btw kalau awak nak cari saya, saya ada dekat blok C tingkat atas. Kalau sudi, letak lah surat yg awak tulis dekat block C.
Regards
Your secret admirer'
Ammara melipat surat itu. Erkk... Agak awkward sedikit.
So, lelaki tu form 5?
Ini memang bukan kali pertama dia terima love letter daripada secret admirer. Cuma Ammara pelik.
Ada juga orang suka dekat dia? Padahal dia ni dah lah bajet gangster. Tak mesra, tak ramah, tak pandai bergaul. Cakap pun tidak, kerja asyik masuk bilik disiplin aje. Homework pun always tak buat!
Lantas, macam mana orang boleh tersuka dekat dia?
Ammara pegang mukanya sendiri. Dia meraba-raba di setiap inci mukanya.
Ke sebab muka aku?
Ammara tergelak kecil. Cek! Muka aku tak ada lah lawa mana! Walaupun hakikat lebih cantik daripada si minah senget Diane, aku tetap tak ada lah lawa mana.
Tiba-tiba ada tangan muncul merampas surat itu lalu mengoyak-ngoyak surat itu.
Ammara melopong. Mambang mana pula kali ni kacau aku?!
Dia menjeling Mukhriz tajam. Selamba badak aje dia koyak then buat muka tak bersalah?!
" Apa kau buat? " soal Ammara perlahan. Cuba mengawal kemarahan. Kalau tidak, pasti ada juga yang balik dengan muka berlebam.
" Saya tak nak awak pandang lelaki lain. Pandang saya aje. " jawab Mukhriz, muka serius. Bunga ros diatas meja dibaling.
Ammara ketawa sinis. Dia ingat aku nak pandang dia ke?
" Ah, thanks sebab koyak. Tak perlu lah aku rasa bersalah sangat nak buang surat tu. " ujar Ammara selamba. Well, sekurang-kurangnya dia tak akan rasa serba salah sangat nak buang surat tu. Ada juga orang yang tolong koyakkan!
Mukhriz mengeluh. Mengapa begitu sukar untuk dia mengambil hati Ammara yang dingin?
________
" Kau nak apa jumpa aku ni? " soal Ammara malas. Dia dah get ready kalau-kalau si minah senget didepannya nak menyerang.
Tiba-tiba ajak berjumpa time rehat. Eh! Aku nak ponteng lah!
Kalau isi yang Diane cuba disampaikan menarik, dia tak akan buat apa-apa. Tapi kalau isi itu ulangan radio buruk yang tak bermanfaat, Ammara tak akan teragak-agak nak patahkan tulang Diane.
" Stay away from Mukhriz! He's mine! " Tegas sekali bicara Diane. Dengan renungan mata persis seorang psycho yang obses.
Ammara putarkan bola mata ketepi. Dia buat muka toya. Laaa.... Tak habis-habis lagi rupanya pasal kes si Mukhiz ni. Dah expired dah pun, mak cik!
Isi memang tak bermanfaat!
" Always stay away from him. You don't tell, also I do. Don't worry lah. Aku tak ingin pun dia. "
Cukuplah berperang! Ammara naik rimas! Balik-balik hadap muka Diane aje! Awek lain tak kecoh pun pakwe dia suka Ammara. Tak ada lah meroyan macam Diane. Tak berani mungkin. Takut kena tumbuk dengan Ammara lah tu!
" Dah tu pagi tadi apa?! " Suara Diane sudah naik seoktaf.
Ammara mengetuk-ngetuk dagu acaj berfikir. Hrmm... Pagi tadi? Aha! Pagi tadi Mukhriz sibuk nak duduk sebelah dia waktu subjek add math!
Ammara smirk. Eikk... Tak kan jeles pula?
" Relax, babe. Kalau kau yakin dia akan setia. Tak payah nak jealous tahap gaban sangat lah. " Tenang Ammara bicara. Siap seluk tangan dalam poket. Senyuman tipis penuh sinis terlakar. Cool tak?
Panas hati Diane seakan Ammara cuba mengutuk dirinya. Seakan mahu ejek dia. Ammara memang dah melampau!
" Tak guna kau, Ara!!! "
Diane mula bertindak menampar Ammara. Tetapi reflex Ammara lebih cepat, dia dengan tangkas mengelak.
Kemudian, dia pergi kebelakang Diane lalu melipat tangan itu dan menyelit kakinya pada kaki kanan Diane supaya dia tidak boleh bergerak. Ammara semakin kuat melipat.
" Arghhh!!! " Diane menyeringai sakit. Mahu tercabut tangan dia saat dilipat tanpa belas kasihan.
Ammara menyelit kuat lagi kakinya sehingga Diane terduduk lemah. Diane meronta-ronta minta dilepaskan. Tetapi pergerakan Diane terbatas kerana Ammara telah mengunci kedua-dua belah tangan Diane dengan melipat.
Ammara kekalkan muka poker. Dia tersenyum sinis. Terasa erangan sakit Diane seperti lagu pada cuping telinganya. Seronok pula bila Diane erang sakit!
Ammara menendang belakang badan Diane sehingga tubuh Diane terpelanting pada dinding. Hampir-hampir terkena dengan fire extinguisher yang berada disitu. Kalau terkena, mahu triple sakit dia!
" Ahhh!!! "
Ammara perlahan-lahan menapak ke Diane. Dengan riak wajah yang creepy, dia memijak badan Diane dengan sebelah kakinya.
" Ja—Jangan! " Diane merayu. Dalam pada masa itu, dia mengadu sakit.
Ammara tidak pedulikan rayuan itu. Sebaliknya, dia seronok memijak badan Diane. Kedua-dua belah tangan Diane, Ammara pegang dan mengunci dengan tangannya sendiri.
" Aaaarghhh!!!!! Sa—sakit! "
Seakan tersedar, Ammara berhenti memijak. Ammara tergamam melihat Diane yang terkulai lemah.
Ammara mengundur kebelakang seperti takut.
I—
I did it again...
Ammara mencapai beg galas lalu terus berlari laju.
________
Ammara berjalan-jalan di lorong kedai-kedai. Ya, dia ponteng lagi.
Ammara memicit dahinya. Tak sangka, dia biarkan dirinya tidak terkawal.
Dia nyaris-nyaris membunuh Diane.
Bunuh... Perkataan itu Ammara cuba hapus dari kosa kata hidupnya.
Seboleh-bolehnya Ammara mahu menjauhkan diri daripada perkataan itu. Perkataan yang jika dia buat, dia akan digelar 'pembunuh'.
Tetapi, melihat keadaan sekeliling. Melihat keadaan keluarga... Keadaan El.. Perkataan itu semakin menghantui dirinya.
" Eh, yo Subaidah! "
Ammara angkat kepala kerana tahu siapa si empu badan.
Haziq yang sedang menjilat ais krim sedang mengangkat tangan kepada Ammara. Dia tersenyum lebar dengan reaksi bersahaja.
Ammara tepuk dahi.
Bala lagi.....
Share this novel