Ammara memandang sekeliling taman.
Sudah tiga hari sejak Ammara jejak kaki di taman ini lagi..
Semuanya kerana mom yang menghantar bodyguard ke sekolahnya untuk awasi dia supaya tidak ponteng lagi!
Yup, Tajul yang mengawasi dia.
Ammara sudah anggap Tajul seperti kawannya. Jadi, dia cuba berkompromi dengan Tajul.
Tajul akhirnya bersetuju dengan syarat Saleha tidak tahu pasal ini dan Ammara perlu pulang ke sekolah sebelum tamatnya persekolahan.
Ammara tak kisah! Dia mahu berjumpa dengan Haziq!
Ya.. Dia sudah tidak berasa sedap hati apabila tidak berjumpa dengan Haziq..
Jantung Ammara tiba-tiba berdegup. Adakah ini cinta?
Ah, jangan mengarut lah Ara! Ara si Ice Queen jatuh cinta? Oh, please lah...
Tetapi Haziq lah lelaki pertama yang layan Ammara lain daripada yang lain. Layanannya tidak sama langsung dengan layanan lelaki-lelaki lain.
Layanan daripada seorang mulut manis.
Haziq bukan begitu.
" Haziq!! " laung Ammara. Dia tak ponteng ke hari ni?
" Kau nak apa, Ammara? "
Ammara mendongak. Aha! Dia ada dekat atas pokok rupanya!
" Kau... marah ke? " soal Ammara takut-takut.
ZUPP!!
Haziq melompat turun dari atas pokok. Dia merenung tajam Ammara.
" Buat apa nak marah? Dah lah tipu nama pun tak jadi! " Haziq meledakkan tawanya kuat.
Ammara kecilkan mata. Dia gelak? Bibir Ammara tersenyum. Bagus lah kalau dia tak marah...
" Apa nama penuh kau? " soal Haziq usai tawanya reda.
Ammara tersenyum.
" Ammara. "
Ammara tak nak bagi nama penuh dia kepada Haziq. Kerana, dia tidak bersedia.
" Macam tak kena je Subaidah Rosmah dengan Ammara... " Haziq menongkat dagu acah berfikir.
Ammara tergelak kecil. " Memang lah! Aku sengaja je bagi nama yang tak kena! "
" Kau tak bawa apa-apa makanan ke hari ni? " Mata Haziq seakan bersinar.
Ammara mengetap gigi sambil tepuk dahi. Itu yang dia fikirkan dari tadi?
" Otak kau memang penuh dengan makanan ke? " Tanya Ammara menyindir.
Meletus tawa Haziq. Dia ketawa berdekah-dekah.
" Tanpa makanan, kau tak boleh hidup, bro. Haha! "
Ammara buat rolling eye. Entah apa yang kelakar sangat dia pun tak tahu!
Ammara memasukkan tangannya kedalam beg galas. Setelah mencapai satu objek, dia membaling kepada Haziq.
" Aku bukan ulat nak makan epal! " rungut Haziq sambil pandang jelik epal yang dibaling oleh Ammara.
Ammara sekali lagi putarkan bola matanya keatas. Tak habis-habis dengan lawak tak jadi!
" Ah, anggap je lah kau ni Snow White ye? " sindir Ammara sarkastik.
" Eiii... Beracun ke? "
Mata Ammara membutang.
" Kau fikir aku ni witch ke nak racun kau? "
" Aku kan Snow White! " Haziq tayang sengih yang menampakkan sebaris giginya yang putih.
" Erkkk... Aku tarik balik apa yang aku cakap tadi... Kau tak sesuai pegang watak Snow White! " Kata Ammara cepat-cepat sebelum Haziq naik perasan lagi!
" No! Kau yang bagi epal ni so kau lah queen yang jadi witch tu! " ujar Haziq manja persis kanak-kanak kecil.
" Ke... Kau teringin nak jadi Prince yang kiss Snow White? " Haziq tersenyum nakal sambil menjungkit-jungkit keningnya.
Ammara buat muka toya.
" Aku lagi rela jadi one of seven dwarfs. " Jadi witch yang jahat pun dia sanggup daripada jadi Prince yang bergandingan dengan Snow White!
" Sesuai lah tu dengan kau yang kemetot. " komen Haziq seakan membuat keputusan.
Ammara membulatkan matanya. K—Kemetot?!
" Apa kau cakap..? "
Haziq tersengih. Eh, ada orang marah lah pula!
" Jangan lah marah, ketot. Chill.. " Kata Haziq lagi menambah minyak kedalam api yang sedang marak. Dia tayang muka tak bersalah.
" Kau ni kan Ziq!! "
" Ah!! Dwarf marah!! "
Ammara mengejar Haziq yang berlari laju.
______
" Kau buat apa tu? " sergah Haziq.
Ammara yang begitu asyik melukis, terkejut dengan sergahan lelaki itu. Eh, mana suara tu?
Oh! Rupanya mambang ni tengah duduk atas pokok!
" Kau memang suka ke duduk dekat atas pokok? " tanya Ammara. Aduh, tak suka lah mendongak macam ni.
" Ha'ah. Aku dapat tengok sekeliling taman dengan lebih jelas. Rasa macam Tarzan. " Seloroh Haziq di hujung ayat.
Ammara mengangguk setuju. " Yup, macam beruk. Sesuai lah dengan kau. "
" Apa kau cakap, Ara?! " soal Haziq sambil menjegil matanya.
Teburai tawa Ammara. Dia ketawa terbahak-bahak. Hanya dengan Haziq sahaja, dia mampu ketawa. Hanya dengan Haziq.
" Ish, tiba-tiba je gelak! " Haziq kecilkan matanya sambil merenung Ammara tajam. Wajah Haziq hanya cemberut dek dahinya yang sudah berlapis dengan kerutan.
Haziq terus lompat dari atas pokok dengan penuh gayanya. Kemudian Haziq meraup rambutnya cool. Ammara mencebik. Bajet!
" Kau lukis taman? "
Ammara mengangguk. Ya, dia sedang melukis taman ini.
Haziq mencebik. " Daripada kau lukis taman ni, baik kau lukis aje muka hensem aku. " Kemudian Haziq tayang wajah kacak.
Ammara buat rolling eye. Sepanjang dia berkenalan dengan Haziq, dia sudah naik masak dengan perangai lelaki itu yang suka perasan hensem.
" Kau nak aku lukis muka kau ke? " soal Ammara yang telah menuang air pada botol kecil. Dia sudah bersedia mahu mengecat lukisannya dengan water colour!
Haziq tersentak. Dia garu lehernya sendiri. Dia main-main je tadi.. " Kau serius ke? "
Ammara mengangguk. " Setakat muka dua puluh sen macam kau, tak ada hal lah. No problem. "
Haziq membeliakkan biji mata. Dia menunjukkan ke arah dirinya. Muka aku dua puluh sen?
" Nasi lemak lagi mahal. " rungut Haziq. Ish, muka kacak aku dicop dengan harga dua puluh sen? Ammara ni buta ke apa?
Ammara ketawa kuat. Inilah kali pertama, dia ketawa seperti ini. Bukan, ini bukan kali pertama dia ketawa. Haziq lah orang pertama yang berjaya buat Ammara si Ice Queen ketawa!
" Cepat ah lukis! "
Eh? Ingatkan tak nak. Ammara tersenyum senget.
Haziq sudah duduk dihadapan Ammara. Dia membuat aksi yang mengada-ngada tahap minta penampar daripada sang Ammara.
" Kau larat ke nak stay pose tu dalam masa sejam? " tanya Ammara pedas.
" Dah tu nak buat pose apa? " soal Haziq dengan wajah blur nya.
Eh eh, dia tanya aku pula? Aku bukan cameraman!
" Buat lah pose Camen Rider ke Ultraman ke Doraemon ke Sinchan ke.. Memang sesuai lah dengan kau! " sindir Ammara sarkastik. Aku dah pegang pensel 2B ni! Aku sanggup tangguhkan hasil karya lukisan taman aku ni tau untuk kau! Main-main pula kerjanya!
" Kau nak cakap aku ada baby face ke? Awww.... Thank you so much Ara. I'm speechless! Haks! "
Ammara tepuk dahinya sendiri. Haziq ni dah 17 tahun tapi macam budak-budak! Mahu termuntah Ammara dengan lakonan Haziq yang acah terharu. Speechless lah konon... Dey macha! Sejak bila aku cakap muka kau baby face?
Share this novel