BAB 9

Romance Series 5941

Ammara mengerling memandang jam dinding pada board kelasnya.

9.54

Cepat lah pukul 10.00... Cepat lah rehat!

Ammara mahu berjumpa dengan Haziq cepat-cepat! Sungguh dia rindu akan lelaki itu! Rindunya membuak-buak meskipun baru semalam mereka menghabiskan masa suka-ria di arcade.

Ammara tersenyum sendiri. Alahai... Dia rasa dia sudah dilamun cinta! Adakah ini yang dirasakan oleh mereka yang mencintai seseorang?

Oh! Ammara sudah angau!

Sampai semalam waktu tidur, dia termimpi-mimpi si Haziq. Penangan Haziq cukup hebat. Hanya dengan fikirkan Haziq, Ammara sudah mula tersengih sorang-sorang.

Cakap lah yang Ammara ni gila ke apa. Ya! Dia gilakan Haziq! Si anak cleaner!

Ammara tak pentingkan taraf dan darjat. Kerana dia pun fake juga.

Ini lah kali pertama Ammara jatuh cinta. Ammara pegang dadanya yang tiba-tiba berdegup kencang.

Tidak pernah Ammara rasa sebegini! Sehingga sewaktu mandi pun, dia tersengih sendiri. Dia benar-benar angaukan si anak cleaner tu.

Kriinggggg......

Ammara bergegas menyimpan barang kedalam beg nya.

" Thank you teacher... "

Ammara terus keluar dari kelas. Mencari kelibat Tajul.

Tajul ini pandai dan licik juga ye dalam bab-bab menipu dan putar-belitkan cerita. Dan juga pandai menjaga rahsia.

Sampai sekarang, mom tak tahu yang dia setiap hari ponteng!

Tajul bagitahu para cikgu, yang Ammara ada kelas Karate lah, kelas berenang lah, kelas tuition lah, kelas seni lah.

Hohoho, Ammara cuma ada kelas Karate aje ye! Kelas tuition? Mom memang baik, bagi chance dekat dia untuk buktikan yang dia lagi hebat daripada El! Tapi Ammara tak nak pun. El lagi hebat, dia tahu itu.

" Kau dah bagitahu dekat cikgu? " soal Ammara. Dia terserempak dengan Tajul yang memang dicari-cari!

" Dah. Saya cakap yang Cik Ara ada kelas piano pula. " jawab Tajul. Walaupun sudah banyak kali Ammara mengarahkan, gugurkan perkataan 'cik', Tajul tetap mahu menggelarnya cik. Takut murid-murid lain perasan pula.

" Bagus! " Senang betul Ammara ada bodyguard yang kamceng dengan dia. Mestilah, mereka kan sebaya? Tak akan lah tak kamceng, ye tak?

" Cik Ara nak ponteng lagi ke? " soal Tajul. Ammara mengangguk.

" Tempat yang sama or...? "

" Yes, tempat yang sama!  " jawab Ammara girang. Haziq ada mesej dia semalam melalui aplikasi Whatsapp.

Apa? Mereka sudah bertukar nombor phone lah! Dalam phone Haziq, ada gambar mereka berdua. Dalam phone Ammara juga ada gambar mereka berdua!

Sudah dua minggu usia perkenalan mereka. Dan Ammara sikit pun rasa tak menyesal.

Dengan Haziq, dia jadi manja. Dengan Haziq, dia mampu untuk ketawa. Dengan Haziq, dia seperti disayangi dan dihargai. Dengan Haziq, jantungnya berdetak laju. Dengan Haziq, dia jadi malu-malu kucing. Dengan Haziq, dia jadi tak keruan. Dengan Haziq, dia tahu erti cinta.

Semuanya kerana Haziq, si anak cleaner!

" Okay. Hati-hati Cik Ara! " pesan Tajul.

Ammara tersenyum sambil mengangguk. Dan Ammara terus berlalu.

_____________

Ammara pergi ke pokok besar, tempat kali pertama mereka bertemu, tempat mereka selalu lepak.

Eik? Tak ada pun?

Ammara mendongak. Tak ada juga dekat atas pokok.

Kenapa dia lambat eh?

Ammara panjat pokok itu. Teringin juga nak jadi Tarzan.

Ingat Ammara tak tahu ke macam mana nak panjat pokok? Haziq dah banyak kali ajar dia cara panjat pokok.

Usai berada diatas, mata Ammara terancap pada sepucuk sampul berwarna putih di tepinya. Juga patung elephant biru di atas sampul itu.

Itu.....

Itu milik Haziq.

Ammara terus membuka sampul itu. Eleh, Haziq ni! Nak acah romantik lah tu kasi surat dengan hadiah!

Ammara tersenyum-senyum sendiri.

Senyumannya mati tatkala membaca surat itu.

'Kepada Ara,

Waktu kau baca surat ni, aku telah pun berada jauh dengan kau. Jauh sangat. Maafkan aku kerana telah mungkir janji kita. I broke our promise. I'm sorry. Ada sesuatu yang perlu aku uruskan.

Aku takut nak bagitahu kau semalam. Aku tak sanggup tatap muka kau tatkala aku memberitahu perpisahan kita.

Patung gajah tu aku hadiahkan dekat kau. Supaya kau akan sentiasa ingat aku bila kau pandang patung tu.

Please lah jangan pernah lupakan aku. Sebab aku tak akan pernah lupakan kau, gadis pertama yang telah berjaya takluki hati aku.

Tingkah kau membuatkan aku tercuit. Hati aku jadi tergedik-gedik nak miliki kau seperti mana kau telah miliki hati aku.

Ya, Ara. Aku sayangkan kau. Aku cintakan kau. Kau, perempuan luar biasa yang pertama aku jumpa. Dan kerana kau luar biasa, hati ini telah kau miliki.

Mungkin kau suka aku.. Mungkin tak.. Hati kau, belum tentu aku telah miliki.

Ingat lah Ara. Biarpun bertahun-tahun telah berlalu, aku tetap sayangkan kau. Sayang aku pada kau tak akan pernah berubah. Hanya kau yang aku akan cinta setiap masa.

Hanya kau yang terpahat di hati aku. Kisah antara kita... Aku harap kau tak pernah lupa kisah antara kita.

Aku tahu kau akan benci aku bila aku pergi. Tetapi aku terpaksa. Aku pun tak inginkan perpisahan ini.

Bila aku dah settle kan semua masalah aku, aku akan cari kau. Aku akan cari kau, Ara.

Ketahui lah Ara. Percaya lah Ara. Hanya kau yang aku cinta. Ikhlas dari hati aku sendiri.

              Yang ikhlas mencintaimu,
                             Haziq'

Setitis demi setitis air mata mengalir. Ammara memejamkan matanya rapat.

Haziq...

Kenapa kau tinggalkan aku saat hati kita berkongsi rasa yang sama?

Aku juga cintakan kau, bodoh!

Kenapa kau tinggalkan aku?

Begitu tega kau tinggalkan aku terkontang-kanting saat diriku mahu dibelai dengan cintamu!

Kenapa kau sanggup tinggalkan aku tanpa berjumpa depan-depan? Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau bakal pergi?

Aku tak tahu... Semalam ialah pertemuan terakhir kita..

Kau kejam, Ziq! Kau jahat!

Ammara memeluk erat patung elephant biru itu seperti tidak mahu dilepaskan. Ammara menangis teresak-esak.

Haziq...

Aku tak akan lupakan kau!

-TAMAT-

Share this novel

Wahidah Cahaya
2020-06-17 12:15:44 

dah habis baca dah...


NovelPlus Premium

The best ads free experience