Bab 9

Romance Series 3828

Aku ditolak secara kasar ke arah dinding.Apa hal perempuan ni?Kau nak aku karate ke?Aku menjeling tajam dia.Dua orang rakannya menahan aku di dinding.

"Apa yang kau nak?!"aku berkata dengan kasar kepadanya.Dia tersenyum sinis.Dia ni..budak haritu masa N confess dekat aku!

"Kau!"dia menunding tepat ke arah mukaku."Jauhkan diri daripada N aku!"amboi,suka hati kau aje cakap macam tu?Eh,dia tak suka kau lah!Kalau ya pun,tentu dia tak buat kau percaya kami couple hari tu!

"Kau suka hati aje cakap dia kau punya?Heh,merepek.Dia cintakan aku dan aku cintakan dia!Kalau tak,kenapa dia tak putuskan hubungan kami kalau dia suka kau?"aku menyilangkan tangan di dadaku.Baru kau gelabah ya?

"Heh,dia cuma simpatikan kau aje.Tengok lah kau ni,pakai hoodie dan sembunyikan rupa kau.Tapi,kau memang dah hodohkan?"dia berkata kepada kepada aku.Aku mengetap bibir dengan geram.

"Kalau kau nak tengok sangat rupa aku,kau akan menyesal,"aku berkata kepadanya.

"Tengok tu!Terbukti yang kau memang hodoh,"dia berkata kepada aku.

"Walaupun aku mungkin hodoh,tapi,kecantikan bukanlah segalanya.Jadi,janagan banggakan sangat rupa kau tu.Muka berminyak,kasar macam kertas pasir.Ada hati nak cakap orang lain?"aku berkata dengan sinis kepadanya.Dia mengetap bibirnya dan mukanya merah menahan marah.

"Kau!"dia melayangkan penumbuk kepadaku.Namun aku menahannya.Dia terkejut.Aku mengcengkam penumbuknya.Dia mengerang kesakitan.

"Kau dengar sini.Kau dah salah pilih lawan,"aku berkata sambil melepaskannya.Dia masih lagi hendak menyerang aku,tapi aku lebih pantas mengelak dan menendang dia dari belakang.Badannya terhempas di dinding.

"Pukul dia!"dia mengarahkan konconya.Mereka bergegas untuk menyerang aku.Salah seorang daripada mereka mengacukan penumbuk kepadaku.Aku lebih pantas mengelak dan memukul belakangnya.Seorang lagi cuba melakukan perkara yang sama.Aku mengacukan penumbuk tapi dia mengelak dan aku tertumbuk dinding.Dia menggunakan kesempatan ni untuk menyerang aku.Tapi aku menahan dan mencampakkan dia ke arah dinding.Tetapi dia menarik hoodieku semasa dia dicampak.Rupaku ditunjukkan.Mereka semua terlopong melihat aku.Aku berjalan ke arah perempuan tersebut.

"Ja...jangan!"dia menutup matanya.

"Kau dengar sini.Aku tak ada masa nak layan orang macam kau.Baik kau jangan ganggu aku dan N,"aku menjelingnya tajam menyebabkan dia menggigil ketakutan.Aku berlalu pergi sambil menaikkan semula hoodieku.Aku melihat tanganku yang berdarah.Aku berlari ke tempat biasa.

"Aira!Kenapa lama sangat?"dia bertanya kepada aku.Matanya terbeliak apabila melihat darah menitis dari tanganku.Dia bergegas ke arahku.

"Apa dah jadi?Kenapa tangan awak berdarah?''bertalu-talu soalan ditanyakan kepada aku.Dia mengambil sapu tangan kecil dari dalam poketnya dan membalut tanganku.

"N,janganlah risau sangat.Cuma sikit sahaja luka ni,"aku berkata kepadanya.

"Sikit awak kata?Darah keluar terlalu banyak!Mari kita ke bilik rawatan!"dia menarik tanganku yang satu lagi ke bilik rawatan.Dia membalut lukaku dengan teliti.Oh,N...aku hanya menggelengkan kepala.

"Apa yang dah jadi?"dia bertanya kepadaku.Aku menerangkan segalanya.

"Haihh,memang habis betul diorang tu,"N mengeluh

"Kita akan cari jalan.Buat masa ni,pandai-pandailah mereka selesaikan,"aku berkata N.Dia mengusap kepalaku.

"Please be careful next time,"dia berkata kepadaku.Aku tersenyum.

"Okay,"aku berkata kepadanya.

"Okay je?"dia menunjukkan pipi kanannya.Oh c'mon.Aku mengucup pipi kanannya.Puas hati?

"Thank you.Hehe,"dia tersenyum manis ke arah aku.Oh,N...kenapa awak ni gatal sangat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience