Prolog

Romance Series 3828

Kring!!Kring!!

"Bisinglah!"aku menutup jam loceng di sebelah aku ni.Kemudian aku melihat pukul berapa sekarang.7.05 pagi?Tidur dululah.Aku berbaring sebentar.Nanti,aku dah lewat!!!Aku terus melompat dari katil dan masuk kedalam bilik air.Lima minit kemudian,aku keluar dan bersiap memakai seragam sekolah yang tersedia di dalam almari.Aku terus memakai rambut rambut palsuku yang pendek itu dan menyelitkan lebihan rambut ke dalam dan kemudiannya memakai hoodie.Aku mengambil cermin mataku dan memakinya lalu turun ke bawah.

"Aira,sarapan dulu!"kata ibuku apabila melihat aku mengambil sekeping roti bakar mentega dan berlari keluar.

"Aira lambat sangat dah ni,mama!Bye!"aku sekadar berkata begitu dan berlari ke sekolah.

Namaku Namikaze Aira.Aku seorang gadis yang biasa-biasa sahaja.Aku berumur 17 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Tinggi Magis.Aku pun terpaksa pakai rambut palsu dan hoodie sebab aku dah disumpah masa umur aku 5 tahun.Huhu,malangnya.Aku terpaksa menutup wajahku ini kerana sesiapa yang melihat rupa sebenar aku akan ditimpa malang!Nak tahu kenapa aku disumpah?Bukan ahli keluarga yang lain?Kerana,dalam banyak-banyak ahli keluargaku,aku yang paling cantik.Bukan nak berlagak ya.Dah memang kenyataan.Keluarga yang menyumpah aku bernama Harmonia.Sedang aku berlari ke sekolah,aku terlanggar seseorang.

"Aduh,"aku mengaduh sakit.Sakitnya hidungku!Ni orang ke dinding?Aku melihat ke atas dan melihat seorang lelaki tinggi berambut hijau panjang di hadapanku.Dari pakaian dia ni macam dia satu sekolah dengan aku.

"Maaf!Saya dah lambat ni!Ni nombor telefon saya kalau nak saya buat apa-apa,"aku menyerahkan sekepin kertas yang tertulis no.telefonku padanya.Dia menyambut huluran itu dan aku terus berlari ke sekolah.Akhirnya,sampai pun aku di sekolah.Aku memasuki kelas 5-2.Nasib baik cikgu tak masuk lagi.Aku duduk di tempat dudukku.Kemudian aku terlihat lelaki yang aku terlanggar tadi masuk ke dalam kelas yang sama denganku.Paling parah,dia duduk sebelah aku!Kenapa aku tak perasan tadi?Pelajar perempuan yang lain,mulalah berebut nak bercakap dengan dia.Sampai tertolak-tolak mejaku yang kat sebelah ni.Kemudian seorang pelajar perempuan menolak kerusiku dan aku hampir terjatuh!Ahh!!Aku memejamkan mata.Bersedia untuk digelakkan Aira!

Aik?Kenapa aku tak jatuh?Aku dapat rasa lenganku dipegang oleh seseorang.Perlahan-lahan aku membuka mata dan melihat lelaki di sebelahku ini merangkul pinggangku dan memengang lenganku.Anak matanya menikam anak mataku.Wajah dia dekat sangat!Semua orang melihat kami sekarang ini.

"Cik Namikaze,Encik N,kamu bermain cinta dalam kelas ya?"alamak suara cikgu.Aku mengalihkan pandangan ke tepidan melihat cikgu kami bercekak pinggang.Aduh,malangnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience