Bab 8

Romance Series 3828

Aku menunggu dengan gementar di hadapan cafe berdekatan taman perumahanku ini.Ini kali pertama N dan aku keluar temu janji.Aku tak pakai hoodie hari ni.Tapi aku pakai topi chiffon dan mengikat rambutku.Fungsi topi ni adalah untuk menutup wajahku.Tapi,mana N ni?Aku mengeluarkan telefon untuk menelefon N tapi tiba-tiba ada tangan memeluk aku dari belakang menyebabkan telefonku terlepas dari pegangan.Nasib baik tangan itu menyambut telefonku daripada terjatuh.

"Suprise,"suara tersebut membisikkan perkataan itu di telingaku.Wajahku memerah apabila nafasnya menampar lembut telingaku.Kemudian dia mencium telingaku pula.

"N!Kita dekat public area ni,"aku berkata kepadanya sambil cuba meloloskan diri dari pelukannya.Aku melihat beberapa orang di sekeliling hanya tersenyum lucu melihat gelagat kami berdua yang dah terlebih 'sweet' ni.Dia meleraikan pelukan.

"Dekat public area,tapi kita boleh buat kat tempat sunyi nanti kan?"N membisikkan kata-kata tersebut di telinga ku.Wajahku teras amat panas.Mesti dah terlebih merah sebab ayat dia yang terlebih dos ni!Dia hanya ketawa nakal di sebelahku.Aku mencubit lengannya.Dia mengaduh sakit.

"Awak nak bawa saya ke mana ni?"aku mengalihkan topik.Dia hanya memimpin tanganku dan membawa aku ke suatu tempat.Setelah beberapa minit berjalan kami sampai di tempat yang ingin dikunjungi.

"Awak suka?"dia hanya melihat aku kaku di tempatku dengan mataku bersinar.Gila tak suka?Siapa tak suka pergi funfair?Lagi-lagi dengan teman istimewa mereka!

"Jom,"dia menarik lembut tanganku ke kaunter tiket.Seusah membeli tiket,kami pergi bermain pelbagai jenis permainan.N memenangi sebuah anak patung untuk aku.Aku rasa gembira sangat.Kami juga pergi ke rumah hantu.Aku aje yang menjerit sakan.Aku asyik peluk N saja sebab takut sangat.Dia hanya ketawa melihat gelagat aku.

Kami juga mencuba suatu permainan yang dinamakan 'Gua Cinta'.Sebenarnya,N yang ajak aku masuk tapi aku malu!Kebanyakannya hanya pasangan kekasih saja yang masuk!Aku dan N pula ni amatur lagi.Akhirnya aku mengalah.Dalam sepanjang kami menaiki bot melalui gua itu,aku saja menyandarkan kepala di bahunya.Dia juga menyandarkan kepalanya di atas kepalaku.Aku hanya malu saja.

Akhir sekali,kami menaiki roda ferris.Matahari mula terbenam dan kami melihatnya bersama.Aku berasa seronok sangat hari ni.Tempat yang kami duduk berhenti di puncak bermaksud ada orang nak naik.Tapi seronok juga bila berada di puncak.

"Awak seronok?"N bertanya kepada aku.Aku mengangguk laju.Aku melihat N merenung aku.

"Awak cantik sangat hari ni bila tak pakai hoodie,"dia berkata kepada aku.Dia menanggalkan topi di kepalaku ini.Aku hanya tersenyum.Dia merapatkan wajahnya.Aku menolaknya sedikit.

"N,public area,"aku menjongketkan sebelah kening padanya.Dia hanya buat muka merajuk.Turun saja dari roda ferris,kami berjalan beriringan menuju ke taman.Taman ni sunyi aje.

"Terima kasih,N.Hari ni hari yang amat gembira sekali,"aku berkata kepadanya apabila kami duduk di kerusi di taman ni.

"Everything for you,"dia berkata sambil merangkul pinggangku dan menarik aku rapat dengannya.

Aku melihat wajahnya semakin dekat.Aku menolak wajahnya sekali lagi."N..,"aku berkata kepadanya.Dia merajuk.

"Tiada sesiapa pun di sini.Tenanglah,"dia berkata kepada aku.Aduhai N,kenapa awak ni macam budak-budak kadang-kadang?

"Saya malu,"aku berkata kepadanya.

"Yang dekat sekolah tu?"dia tersenyum nakal ke arahku.Aku hanya malu.Aku mengalah.Apabila aku mengalih untuk melihat dia,dengan pantas dia mencium aku.Aku terkejut.Dia memeluk aku dengan erat.Aku membalas ciumannya.Dia masih lagi tidak melepaskan aku.Aku cuba untuk meloloskan diri tapi pelukan dia diketatkan lagi dan dia mencium aku dengan lebih kuat.Aku cuba untuk menolak badanya.Tapi sikit pun dia tak berganjak!Beberapa minit kemudian,baru dia melepaskan aku.Mukaku berasa panas.Kali ni dia buat lebih lama berbanding sebelum ni!Dia hanya tersenyum nakal.

"Balas dendam sebab tak nak beri saya buat tadi,"dia berkata sambil mengenyitkan mata.Dia tersenyum nakal.Aku berasa malu macam nak lari aje!

Dia memeluk aku dengan erat.Kami bersama melihat bintang di atas langit malam yang indah.Aku menyandarkan kepala di dadanya yang bidang dan mendengar degup jantungnya yang semakin lama tidak sekata.Aku harap kami dapat melalui cabaran yang menanti apabila hubungan ini terjalin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience