Bab 4

Romance Series 3828

Aku sedang menulis di lirik lagu yang aku karang sendiri di atas meja di dalam kelas.Aku lihat meja sebelah dan melihat N masih belum sampai.Entah kenapa sejak akhir-akhir ni,aku terlebih rajin mengarang lagu yang merupakan salah satu hobi kegemaranku.Aku terlalu khusyuk menghayati lirik lagu ni dan mencari irama yang sesuai untuk lagu ni.Tiba-tiba...

"Wargghh!!!"suatu suara yang amat aku kenali menyergah aku dari belakang.Pen di tanganku tercampak entah kemana dan aku hampir terjatuh tetapi tangan itu sempat mengampu badanku daripada jatuh.

"N!!Jangan buat orang terkejut boleh tak?"aku menampar lembut lengannya.Dia hanya ketawa dan duduk di tempatnya.Nasib baik tiada sesiapa lagi sebab aku datang awal.Selalunya aku lewat.Mak aku macam baru lepas tengok hantu aje bila dia nampak aku sudah siap dengan uniform di badan apabila dia sedang menyediakan sarapan.

Alasannya,saja nak rasa apabila bangun awal.Padahal,aku nak jumpa N awal sikit pagi ni!Hehehe.Aku tahu tahu yang dia selalu awal ke sekolah.

"Awal ye awak datang.Selalunya lewat,"dia berkata kepada aku yang masih sibuk melihat buku nota di tangan.

"Awak pun datang lewat masa kali pertama kita jumpa,"aku masih teringat momen tu.Aku tengok dia berjalan relaks aje tak kalut macam aku.Sakit hidung aku sehari sebab terlanggar badan teguh dia tu.

"Masa awak terlanggar saya pun saya tak perasan sebab awak kecil sangat,"katanya sambil menjelirkan lidahnya kepada aku.Aku ingat lagi haritu dia membuli aku dengan mengambil bekal makanan aku lalu dibawanya tinggi-tinggi.Jenuh aku kena melangut, terlompat-lompat dan terjinjat-jinjat untuk mengambil semula.Dia dah la tinggi macam tiang lampu!

Aku menarik muka.Aku memalingkan muka ke arah lain.Aku bukannya suka bila orang cakap aku pendek.Humph.

"Aira,"suara N memanggil aku.Aku memaling dan melihat wajahnya serius semacam saja.

"Kenapa?"aku bertanya kepadanya.

"Saya ada benda nak beritahu masa waktu makan tengah hari nanti,"dia berkata kepada aku.Aku terkejut.Apa yang dia nak beritahu?Tanpa aku dapat bertanya lebih lanjut,ramai pelajar mula masuk ke dalam kelas.Aku hanya senyap dan berpura-pura seperti tiada apa-apa yang terjadi.Aku masih lagi tertanya-tanya apa yang dia ingin beritahu aku.

Waktu makan tengah hari telah tiba.Waktu yang aku paling tunggu-tunggu untuk mendengar apa yang N ingin beritahu aku.Kami keluar dari kelas bersama dan ke tempat yang kami selalu makan bersama.Suasana amat senyap untuk seketika.

"Aira,"dia memanggil aku.Aku seperti robot perlahan-lahan menoleh kepadanya.

"Saya nak beritahu awak sesuatu,"dia berkata kepada aku.

"A..apa dia?"aku bertanya kepadanya.

"Awak kenal keluarga Harmonia?"dia bertanya kepada aku.Harmonia...musuh ketat keluargaku.Tapi..apa kena mengena benda yang N ingin beritahu aku dengan keluarga Harmonia?

"Saya harap awak tak terkejut.Tapi...,"kata-katanya tergantung.Tapi apa?

"Aira,saya merupakan ahli keluarga Harmonia,musuh kepada keluarga awak.Nama penuh saya ialah N Harmonia,"dia berkata.Aku tersentak.N Harmonia?Musuh keluargaku?Orang yang aku cintai merupakan musuh kepada keluargaku?!Sungguh,aku berasa tidak tenteram sekarang.Aku memeluk kedua-dua belah lututku.Dia hanya melihat aku.Aku berasa berpinar-pinar kepalaku sekarang ni.Akhirnya,pandanganku menjadi gelap.

"Aira!"aku dapat mendengar sayup-sayup suara N memanggil namaku.Sekarang ni aku berfikir,adakah hubungan aku dan N hanya setakat ni saja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience