Bab 5

Romance Series 3828

Aku membuka mata perlahan-lahan dan melihat sekeliling.Ah,aku dekat bilik sakit!Macam mana aku boleh berada di sini?Aku teringat kejadian sebentar tadi.Sakit kepalaku muncul semula.Aku meramas kepalaku dengan kedua-dua belah tanganku.Aku terdengar bunyi pintu bilik terbuka.

"Awak dah sedar?"satu suara mengejutkan aku.Aku hanya diam.

"Saya lega awak sedar,"N berkata sambil duduk di sebelah katil.Aku memalingkan muka ke arah lain.

"Saya tahu yang awak tak selesa bila saya ada di sini.Saya cuma risau jadi datang jenguk awak,"N berkata dengan nada kecewa kepada aku.

"Awak benci saya ka?"dia bertanya kepada aku.Aku hanya diam saja.Dia mengeluh.
saya
"Tak apa.Saya tahu awak tak nak jawab.Saya hanya datang untuk beri awak ni,"dia meletakkan bungkusan beg plastik di sebelah aku.Macam mana dia sempat beli ni?Aku melihat jam di dinding dan perasan waktu untuk semua pelajar pulang telah tiba.

"Saya pergi dulu,"dia berkata kepada aku sambil bangun dan menuju ke arah pintu.Patutkah aku halang dia?Jikalau aku halang dia,kami akan kembali berkawan dan melanggar perintah ahli keluarga kami tetapi jikalau aku biarkan dia aku akan kehilangan dia.

"Tunggu!!"aku menjerit untuk menghalangnya.Dia beralih dan aku lantas memeluknya.Dia terkejut dan kaku.

"Saya langsung tak bencikan awak!Saya nak bersama awak walaupun keluarga kita melalui perbalahan yang teruk,"aku berkata kepadanya.Air mataku mengalir deras.Aku tak mahu kehilangannya.

"Terima kasih,Aira,"dia membalas pelukanku.Lama juga kami berpelukan.Dia meleraikan pelukan dan menyeka air mataku dengan jarinya.Dia tersenyum ke arahku.Sesungguhnya pilihan aku ni mungkin boleh membawa kami berdua dalam masalah yang besar.Tapi aku akan pastikan keluarga kami berhenti berbalah dan menghilangkan tembok penghalang hubungan diantara aku dan N.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience