Bab 13

Romance Series 3828

Betapa terkejutnya aku melihat N muncul di muka pintu rumahku.Dia hanya tersenyum lemah dan badannya lebam seperti dipukul.Dia juga datang dengan keadaannya sehelai sepinggang sahaja.Kemeja di badan sudah kotor dan terkoyak sedikit di bahagian lengan.Sedikit darah di bahagian bahu membuatkan aku terkejut.Betapa teruknya ibu bapanya marah sehingga begini jadinya.

"N,awak okey tak?"aku bertanya sambil memegang pipinya yang sedikit merah.Mungkin kesan ditampar oleh ibu bapanya.Dia tersenyum lemah sambil memegang tanganku.Dia mengucup lembut tanganku.

"Jangan risau.Saya boleh bertahan,"dia berkata dengan lemah.Kemudian dia melutut di atas lantai kerana menahan kesakitan dan penat dia berkejar ke sini.Dia mengerang kesakitan.Aku membantu dia masuk ke dalam.Ibuku menyuruh pembantu rumah mengambil kotak kecemasan.

"Maafkan saya sebab datang pada waktu tak sesuai,"N berkata kepada ibu bapaku setelah dia duduk.

"Kamu tak perlu minta maaf.Aira begitu risaukan kamu.Mujurlah kamu muncul.Meskipun kamu sudah cereda parah seperti ini,"ibuku berkata sambil melihat ke arahku yang sedang merawatnya di sebelah.Selesai saja merawatnya,aku duduk di sebelahnya.

"Saya tahu yang mungkin tuan dan puan tak benarkan saya dan Aira menjalinkan hubungan.Tetapi,hanya dia sajalah yang saya cinta.Tolonglah,boleh tak tuan izinkan hubungan saya dan Aira?"N melutut di hadapan ibu bapaku.Walaupun terasa terharu,aku terasa ingin ketawa juga.Ibu bapaku sudah restu,jadi tak lah aku nak mengalirkan air mata.Aku mencuit bahu N.

"Emm,N,ibu bapa saya sudah restukan bila saya bercakap dengan mereka tadi.Jadi awak tak perlu cakap lagi,"aku berkata kepada N.

"Betul,N.Saya lihat Aira dan kamu begitu menyayangi. Tak mungkin kamu akan tinggalkan dia,"ayahku pula berkata setelah lama mendiamkan diri.N melihat aku dengan pandangan tidak percaya.Tanpa sedar,dia memeluk aku.Eh?Ehhh?!Aku perlahan menaikkan tangan.

"Nampaknya kita perlu satukan cepat dua merpati sejoli ni kan,bang?"ibuku berkata membuatkan aku terkejut dan lantas meleraikan pelukan.Ibu bapaku hanya tersenyum-senyum.Ahh,malunya!

"Boleh sangat... apa kata kita satukan diorang lusa jugak? "ayahku bersuara membuatkan mataku terbeliak.

"Ayah!"wajahku terasa panas. Aduhai!

"Saya setuju. Lagi cepat lagi Bagus,"N pulak bersuara.

Lagilah panas muka aku. Aku menunduk manakala N ketawa kecil.

.

.

.

"Saya sahkan kamu berdua sebagai pasangan suami dan isteri,"

Aku menarik nafas panjang bila N menaikkan kain yang menutupi wajahku ini. Dia tersenyum sebelum mengelus lembut pipi gebu aku. Wajahnya didekatkan dan akhirnya dia mengucup bibirku lembut. Aku merangkul kemas lehernya. Ramai orang bertepuk tangan untuk kami. Aku tersenyum.

"I love you.... Aira Harmonia...." N mengucapkan lafaz cintanya pada aku.

"Love you too N Harmonia...."aku membalas sambil tersenyum bahagia. Betapa bahagianya aku sekarang ni. Tahun berlalu pantas, akhirnya kami disahkan menjadi pasangan suami dan isteri.Tetapi.....mampukah ibu bapa N menerima aku semula?

Tiga bulan kemudian.....

"Abang...abang dah balik?"aku melihat N yang baru balik dari kerja sambilannya. Terharunya aku bila dia sanggup bekerja keras demi menampung hidup kami berdua.

"Ya...abang beli makanan. Jadi sayang tak perlulah masak,"aku lega bila dia kata begitu. Kebetulan aku juga rasa tak berapa sihat hari ni...aku asyik pening dan muntah-muntah saja. Cuma N tak tahu saja....

"Sayang? Sayang okey tak? Muka sayang pucat.."dia memegang pipiku. Aku menggelengkan kepala.

"Tak apalah sayang...urk," aku menolak badannya dan terus ke dapur. Terus aku muntahkan segala isi perut. N menggosok belakang badan aku perlahan.

"Sayang kita pergi klinik okey?"aku sekadar menganggukkan kepala. Dia memapah aku ke kereta dan ke klinik.

.

.

.

"Saya dapat kesan penyakit puan," inilah yang aku tak suka. Aku mula takut. N memeluk aku.

"Tahniah, puan mengandung dua minggu! Saya acah je tadi...."aku tersentak. Me...mengandung?! A...aku tak tahu nak cakap apa sekarang ni...

"Mengandung? Sayang mengandung?!" N bertanya pada aku. Aku sekadar menggelengkan kepala tanda tak tahu. Dia menarik aku ke dalam pelukannya.

"Abang akan jaga anak kita ni Aira...." dia mengusap kepalaku perlahan. Aku tersenyum.

"Abang...depan doktor ni..."aku menolak sikit tubuh sasanya. Dia tersengih. Doktor itu pulak buat tak nampak. Haish macam-macam!

Aku harap hati ibu bapa N akan lembut bila tahu aku mengandungkan anaknya....aku mahu anak ni hidup bahagia. Begitu juga rumah tangga kami...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience