Bab 7

Romance Series 3828

Aku masih kaku di tempatku ini.Aku menjeling dan melihat N disebelah sedang minum air kotak dan memandang ke sebelah lain.Masing-masing seperti orang asing selepas apa yang telah terjadi.

"Aira,"aku terdengar suaranya memanggil aku.Aku menoleh dan melihat dia sedang merenung aku.Anak matanya menikam mataku.

"Ada apa-apa ke,N?"aku bertanya kepada dia.Dia hanya senyap saja kemudian merapatkan diri ke arah aku.Dia menyandarkan kepalanya di bahuku.Aku terkejut.Beberapa minit kemudian aku terdengar dengkuran halus keluar dari mulutnya.Lah,tidur rupanya dia ni!Aku menggelengkan kepala.Aku mengubah posisi tidurnya dan membiarkan dia tidur di atas pahaku.Aigoo,comelnya bila dia tidur!!

Aku mengelus lembut rambut panjangnya yang berwarna hijau ni.Kemudian tanganku beralih pula wajahnya yang tampan ni.Aku mengusap pipinya yang lembut itu.Tanganku kemudiannya beralih pada bibirnya.Terus aku teringat masa dia mencium aku.Ish,apa hal kau ni Aira?!Suka hati pegang muka orang macam ni!Aku ingin mengalihkan tangan aku tapi kemudiannya tangan dia menyambar tanganku.Alamak,dia dah sedar!Aku mulalah kalut.Dia membuka matanya merenung aku tepat ke dalam anak mataku.Tanganku di tangannya dia bawa ke bibir lalu dia mengucup perlahan tanganku ni.Aku terkejut dengan tindakannya.Dia bangun dan duduk berhadapan dengan aku.

"Aira,"dia memanggil aku lagi.Wajahnya dirapatkan ke wajahku dan aku dapat merasakan bibirnya menyapa lembut bibirku.Aku memejamkan mata dan membalas.Lama kemudian baru dia melepaskan aku.

"Aira,"dia memanggil aku lagi.Aku hanya melihat wajahnya dengan penuh tanda tanya.

"Ya?"aku bertanyakan kepada dia.Dia memengang tanganku.

"Saya cintakan awak,"aku tersentak.Ayat tersebut keluar dari mulutnya sendiri.Aku menarik tanganku dari gengamannya dan menampar lembut pipiku.Sakit!Maksudnya...

"Awak tak bermimpi,Aira,"dia seperti faham dengan tindakan aku.Dia hanya ketawa kecil dan wajahnya sedikit memerah.N,cintakan aku.Dia berdiri dan menyuruh aku untuk berdiri sekali.Dia menurunkan hoodie aku dan menampakkan rambut panjangku.Aku dah tak pakai rambut palsu dah.Cuma aku ikat rambut untuk menampakkan rambut aku pendek.Dia menarik ikat rambut aku untuk menampakkan rambut panjangku yang bewarna coklat ni.Tangannya mengelus lembut rambutku.

"Saya cintakan awak dari kali pertama saya jumpa awak lagi.Masa tu,kita masih kecil.Saya selalu keluar bermain bersama awak kemudian ibu bapa saya melarang saya untuk berjumpa awak lagi setelah keluarga kita berbalah,"dia bercerita panjang lebar kepadaku.Baru aku teringat,masa aku kecil dahulu,aku dan dia selalu bermain bersama.Suatu hari,dia tidak munculkan diri.Aku setia menunggunya sampai aku berumur 12 tahun dan kemudiannya berputus asa.Aku mula melupakan persahabatan kami.

"Beberapa tahun kemudian,saya jumpa awak semula di sekolah ni.Dan secara tak sedar,saya duduk di sebelah awak.Saya cuba untuk menegur awak tapi awak seperti telah melupakan saya,"dia berkata dengan sayu kepadaku.Hatiku mula berasa bersalah.

"Aira,sebab itu saya sentiasa bersama awak.Saya sanggup korbankan sendiri nyawa saya sendiri demi awak.Sudikah awak menjadi teman hidup saya?"dia melutut di hadapanku dan menghulurkan tangannya.Aku berasa amat terharu sekarang ni.Aku tidak langsung pedulikan larangan ibu bapaku supaya tidak bersama musuh keluarga.Aku cintakan N seadanya.Aku mahu robohkan dinding penghalang antara kami.Aku menyambut huluran tangannya.

"Saya juga cintakan awak,N.Dari kali pertama saya tengok awak dan awak sentiasa berada di sisi untuk melindungi saya.Saya tak peduli tentang perbalahan keluarga kita.Saya mahu bersama awak,"aku memeluknya.Dia membalas pelukanku.Dia meleraikan pelukan dan memaut leherku.Wajahnya dirapatkan ke wajahku dan bibirnya sekali lagi menyapa lembut bibirku.Aku membalas ciuman dia.Lama kemudian baru kami berhenti.

"Saya berjanji Aira,saya akan leraikan sumpahan yang menghurung dirimu ini,"dia berkata kepada aku.Sungguh aku terharu dengan kata-katanya dan mengalirkan air mata.Dia mengesat air mataku dengan jemarinya.Aduh,drama betul hari ni.Tapi terbukti,hari ni merupakan hari yang indah dalam hidupku.

Kami pulang ke kelas bersama sambil berpegangan tangan.Ramai pelajar pelik melihat kami lagi-lagi pelajar perempuan dengan cemburu buta diorang tu.Kami masih lagi berpegangan tangan walaupun telah duduk.Rakan-rakan N mula bertanya apakah hubungan kami berdua.Dia kemudiannya mengumumkan kepada satu kelas bahawa dia telah menemui suri hatinya iaitu aku.Pelajar lain hanya pelik kerana kenapa dia memilih aku dan bukannya perempuan lain?Mudah saja jawapan dia beri.

Cinta tidak memerlukan sebarang syarat untuk bersama meskipun darjat mereka berbeza dari segi kedudukan,kekayaan,rupa dan sebagainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience