Bab 12

Romance Series 3828

Mataku terbuka sedikit demi sedikit.Pandangan aku mula cerah.Aku mula mengingati apa yang terjadi.Terus aku bangun.N!Air mataku mengalir.

"Puan,dia dah sedar!"suara pembantu rumahku dari pintu bilik membuatkan ibuku mendapatkan aku.

"Aira?Syukurlah kamu tak apa-apa,"ibuku memeluk aku.

"Ibu.. mana N ibu....,"aku menangis sepuasnya.

"Kenapa kamu masih suka N tu?Lupakan dia!Dia akan tinggalkan kamu juga nanti!"ibuku berkata dengan kasar.

"Kamu dah besar!Kami beri kebebasan pada kamu tapi kamu mengkhianati kami!Sampai hati kamu?!"ayahku pula memarahi aku.

"Tak... N bukan macam tu.Dia bukan macam keluarga dia!"aku meninggikan suara kepada mereka.Mereka terkejut.

"Sejak bila kamu..,"tanpa rasa gentar aku memotong percakapannya."Sejak saya dikawal seperti robot oleh ibu dan ayah!"aku berkata kepada ayahku.Dia terkejut.

"Saya ada hak tersendiri untuk bercinta.Tetapi mak dan ayah sentiasa kawal saya seperti saya ni robot.Saya... saya cintakan N sepenuh hati.Dia tak pernah lukai saya.Dia juga merungkaikan sumpahan saya supaya saya jadi normal semula.Dia juga pernah berjanji akan mencintai saya sepenuh hatinya.Dia sanggup melanggar larangan keluarganya demi bersama saya.Dia tak pernah sama dengan keluarganya.Saya mula menunjukkan diri setelah saya bersama dengan N.Dia sangat baik,senyumannya manis,pandangan matanya memukau.Walaupun tak banyak bercakap,dia pandai berkata-kata dan membuatkan saya tenang.Beritahu saya,kenapa ibu dan ayah bencikan keluarga Harmonia?"aku mengalirkan air mata lagi.Kau melihat ibu bapaku mengeluh.

"Maafkan ibu dan ayah kerana terlebih mengawal kamu.Rasanya,kami dah keterlaluan.Tapi,berdasarkan apa yang kamu beritahu ibu tadi tentang N,ibu pasti ibu yang sudah tersalah menilai.Ibu pasti,yang dialah pilihan yang tepat.Ibu izinkan hubungan kamu berdua,"kata-kata ibuku membuatkan aku memeluknya.

"Boleh beritahu saya,kenapa keluarga kita saling berbalah dengan keluarga Harmonia?"aku bertanya kepada ibuku.Dia menarik nafas.

"Ia bermula dari masa moyang kamu lagi.Namanya Arin.Bila ibu melihat kamu,rupa kamu berdua saling tak tumpah.Wajah kamu dan dia,begitu secocok.Seperti kamu merupakan kelahiran semulanya.Sama juga dengan N.Rupanya saling tak tumpah dengan moyangnya juga,Shan. Ibu seperti melihat dua roh itu berada pada kamu dan N,"ibuku menuju ke arah rak buku dan menunjukkan gambar nenek moyangku,Arin.Begitu jugak datuk moyang N,Shan.Rupa kami amat sama.

"Macam mana pergaduhan ini berlaku?"aku bertanya kepada ibuku.

"Shan dan Arin merupakan pasangan yang saling mencintai.Hubungan mereka itulah yang merapatkan kami.Hubungan ini kekal sehinggalah kedua belah pihak bersetuju untuk mengikat tali pertunangan antara mereka.Tetapi sesuatu telah berlaku,"ibuku menghentikan perbualan.Dia menarik nafas lagi.

"Shan tersalah anggap yang Arin curang terhadapnya.Walaupun Shan marah,dia masih lagi tak percaya bahawa Arin curang.Lelaki yang Arin jumpa merupakan sepupunya.Setelah salah faham di selesaikan,berlaku masalah lagi,"

"Kemudian?"

"Apabila Shan dan Arin sudah berkahwin,Shan curang terhadapnya.Arin ke luar negara kerana urusan kerja.Namun dia balik lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.Apabila dia pulang,dia ternampak Shan tidur bersama perempuan lain,di bilik mereka.Arin begitu kecewa dengan Shan lalu meminta Shan untuk menceraikannya.Shan menceraikannya tanpa banyak soal.Katanya dia sudah mual dengan Arin.Sejak itu,keluarga masing-masing saling menyalahkan.Sehingga sekarang,perbalahan masih belum selesai,"ibuku berkata sebelum melepaskan keluhan berat.

"Ibu,percayalah,walaupun rupa N dan Shan serupa, tak semestinya perangai mereka juga sama.Sebelum kami menjalinkan hubungan,N langsung tak berminat bersama gadis lain.Semasa gadis lain nak memikat dia,dia suruh saya berpura-pura jadi teman wanitanya.Tetapi hari tu jugalah dia meluahkan perasaan kepada saya,"aku terasa ingin ketawa apabila teringat momen itu.Juga merupakan momen aku mendapat ciuman pertamaku!

"Baiklah,ibu percaya.Ibu restu hubungan kamu berdua,"ibuku berkata membuatkan aku tersenyum.

Ding-dong!

Kedengaran bunyi loceng rumah berbunyi.Kami bertiga dalam bilik dikejutkan pula dengan ketukan pintu dari pembantu rumah.

"Emm,puan,tuan,cik muda,ada orang datang,"dia berkata membuatkan kami sekeluarga keluar ke pintu.Bertapa terkejutnya aku melihat gerangan yang berdiri di muka pintu ni.

"N?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience