Bab 6

Romance Series 3828

"Kau selalu bersama ku~Kau lah yang satu~,"aku bernyanyi kecil sambil berjalan ke sekolah.Aku sedang menyanyi lagu yang aku karang sendiri sambil menyesuaikan irama yang sesuai.Tiba-tiba seseorang memeluk aku dari belakang.Aku menoleh dan melihat gerangan ini.

"N!Kenapa awak peluk saya?Lepaslah!"aku cuba meronta untuk melepaskan diri dari dalam pelukannya.Namun semakin kuat dia memeluk.Apa hal dia ni?

"Shh,buat-buat mesra.Ada perempuan kejar saya dari belakang,"dia berbisik kepadaku.Wajahku terasa panas.Bukan tindakan dia yang tiba-tiba suruh aku berlakon tapi sebab nafasnya yang hangat menerpa di telingaku.Nafasku rasa tak teratur sekarang ni.

"N!!!"aku kedengaran suara seorang perempuan dari belakang.Dia kemudiannya muncul di hadapan aku dan melihat aku dipeluk oleh si 'dia'.Mukanya menunjukkan riak wajah cemburu.

"Siapa ni?Girlfriend awak ke?"dia bertanya sambil menunjukkan riak kurang senang di wajahnya.

"Ya,dia girlfriend saya.Right sayang?"dia berkata kepada aku.Sayang?Aku rasa macam dah nak pengsan sekarang ni.N menguatkan lagi pelukan macam tak nak aku lepaskan aku.Sesak nafas aku."N,leraikan pelukan.Saya tak boleh nafas!"aku berkata kepada dia.Dia meleraikan pelukan tapi kemudiannya merangkul pinggangku pula.

"Dia girlfriend awak?Si budak hodoh pakai hoodie ni?Awak biar betul!Mana bukti?"perempuan itu berkata dengan tidak puas hati.Aku mula la nak meletup!

"Walaupun dia pakai hoodie dan rupanya macam ni,dia lebih cantik dari segi dalaman berbanding awak.Awak nak saya tunjukkan bukti?Baiklah saya tunjuk,"dia berkata sambil menarik aku rapat ke wajahnya.A-apa yang dia nak buat ni?!?!N,awak sedar tak apa yang awak buat?!?!Batinku menjerit kalut.Aku dapat rasakan kehangatan bibirnya menyapa lembut bibirku.Perempuan itu hanya terlopong melihat aku dan N.Akhirnya N melepaskan aku.Mukaku berasa amat panas dan aku memegang bibirku.Itu ciuman pertamaku!

"Bukti dah dapat,jadi boleh tak kalau awak jangan kacau saya?"N berkata kepada perempuan itu.Akhirnya dia lari dan menghilangkan diri.Aku masih lagi terkejut dengan kejadian tadi.

*N POV*

Aku mengalihkan muka ke arah lain.Alamak,harapnya Aira tak marah dengan aku.N!Perempuan mana tak marah bila kau dah rampas ciuman pertama mereka!hati aku yang lagi satu menjerit kalut.Aku melihat ke belakang dan melihat Aira.Mukanya amat merah.Tapi bila tengok dia macam ni,comel pula.Tapi aku masih lagi rasa bersalah.

"Awak...okey?"aku bertanya kepadanya.Dia hanya berjalan dari belakang.Dia seperti patung bernyawa yang berwarna merah saja aku tengok.Dari tadi aku tengok dia asyik memegang bibirnya.Bibirnya yang kecil dan berwarna plum tu buat aku rasa tak terkawal.

"Ke...na..pa a..aw..awak b..buat ma..macam tu ta...tadi?"dia bertanya kepada aku sambil suaranya terketar-ketar.Aku nampak dia gelabah sangat.Tapi gelabah pun masih comel.

"Saya hanya nak buat-buat mesra saja untuk dia pergi.Tapi saya terdesak dan tak dapat kawal diri,"mukaku berasa sedikit panas apabila berkata kepadanya.Suasana senyap untuk seketika.

*Aira POV*

Sel-sel otak aku mula bercantum.Terdesak,tak dapat kawal diri,panggilan sayang yang bunyinya seperti ikhlas,ambil berat tentang diriku.Akhirnya sel-sel otakku mula bercantum dan memberikan satu ramalan.N sukakan aku ka?Aku menjerit dalam hati.Mukanya juga kelihatan sedikit memerah selepas berbuat perkara tadi.

Akhirnya kami sampai di kelas 5-2.Aku terus masuk dan duduk dan terus membuka buku pelajaran.Apabila guru masuk masuk dan memulakan pembelajaran,kami perlu mengulang kaji untuk ujian.Apabila cikgu sedang meronda,dia mengetuk kepalaku dan menegur aku apabila dia meronda di sebelahku.

"Buku yang kamu pegang tu terbalik,Cik Namikaze,"dia berkata kepada aku.Aku melihat sekali lagi buku itu.Memang ianya terbalik!Terus aku membetulkan kedudukan buku ini.Aku berasa malu sekarang ni.Aku dengar suara ketawa di sebelah.Apabila aku menoleh,aku melihat N menahan tawanya.Apabila mata kami bertemu,aku pantas menoleh ke arah lain.Mukaku berasa panas.Apa yang akan jadi diantara kami selepas ni lepas babak bercium sebentar tadi?Malunya!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience