BAB 4

Romance Completed 11182

“Hello! Sorry, tolong sikit ye, aku ni cantik gorgeous meletup ramai yang nakkan aku . Huh!”

“Yelah tu, memang betul pun! Saah seorangnya termasuklah aku. HAHAH Okay gurau dan mohon abaikan apa yang aku cakap. Okaylah, aku sbuk ni nanti free aku mesej atau call ya. Bye Rania. Jaga diri ya” ujarnya Termasuk gue Sa.. Haha, lupain! Ya udah gue lagi sibuk ni, see you Rania , bye” ujarnya mengakhiri mesej.

Adakalanya aku merasa bimbang akan statusku yang sekarang ini, bujang trang trang, ya! Sekarang ini aku sedang single. Aku takut dan risau andai tidak ada lelaki yang menyukai dan mencintaiku apatah lagi mahu meminangku. No, itu pastinya mimpi buruk untukku.

Adakah aku akan parah single sampai ke tahap tu? Tidak! Aku tak mahu meniti usia tua sendirian. Dah kenapa aku ni? Apakah akku cuba mempersoalkan kerja Tuhan dan tidak yakin pada-Nya? Bukankan setiap daripada kita sudah diciptakan berpasang-pasangan?

Aku sangat takut untuk memikirkannya, akhirnya aku cuba melupakan perang perasaan ini dan akhirnya berganjak lesu ke tempat tidur dan mulai terlena, sungguh aku berharap masih ada lelaki yang terbaik tinggal untukku. Amin.

Pagi itu aku bangun dengan menonton berita di kaca TV tentang seorang wanita yang sanggup menggunting kemaluan kekasihnya , dek kerana cemburu apabila mengetahui sang kekasih bercinta dengan adik kandungnya sendiri. Yak! Jijiknya!

“Ya Allah! Kasihan dan dalam masa yang sama brutal betul perempuan tu, minta dijauhkanlah Rania dari perangai macam tu,” ujar mama yang turut berasa seriau melihat berita itu.

“Eh mama ni dah kenapa cakap macam tu? Pagi-pagi lagi dan dok menyakat orang, takkanlah Rania desperate sampai ke tahap tu?” getusku menghampiri mama sambil membetulkan pakaianku.

“Betullah apa yang mama cakap tu, kamu jangan sampai buat benda yang tak elok malukan keluarga tau tak?” mama memberikan amaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience