BAB 13

Romance Completed 11182

“AKu tak tahu apakah ini mimpi atau kenyataan, tapi yang jelas aku tak pernah membayangkan kalau kau berani melakukan perbuatan tadi pada aku,”ucapku dan Ryan mulai menatapku mengharapkan aku cuba memahaminya meski tanpa bicara.

“Demi Allah Rania, aku amat mencintamu. Maaf kalau kau tak selesa dan tindakan ku itu biadap. Tapi aku mahu kau tahu yang aku benar-benar tulus mencintaimu.” jelas Ryan. Melihat kedua matanya yang mulai mengeluarkan air mata membuat hatiku luluh dan tidak mahu melukainya.

Lantas, bagai ada ada satu kuasa datang dalam diriku, aku segera memeluknya lalu membisikkan kata “I LOVE YOU TOO” ke telinganya.

Satu bulan sudah berlalu sejak aku dan Ryan secara rasminya bergelar pasangan kekasih. Syukur hubungan kami ini diterima baik semua orang. Mama dan Papa merestui hubungan kami. Hinggalah pada satu hari Ryan diundang oleh kedua orang tuaku untuk makan malam, dan malam itu dia ditembak dengan pelbagai soalan daripada papa terutamanya soal nikah.

“Jadi bila Ryan nak hantar rombongan meminang?” tanya papa sewaktu kami sedang makan malam dan tanpa teragak-agak Ryan menjawab dengan penuh keyakinan dan tenang.

“Kalau saya, bila-bila pun boleh pakcik, minggu depan pun boleh. Tinggal tunggu jawapan dari Rania sahaja” ujar Ryan lalu menjeling padaku. Aku pula tersenyum tersipu malu.

“Rania , kamu pula macam mana? Kalau Ryan ajak bernikah kamu nak tak?” tanya papa.

“Hurmm, Rania tak mahu pa..” jawabku membuat semuanya tergamam lebih-lebih lagi Ryan yang serta merta mempamer wajah kecewa.

“Rania tak mahu tunggu lama-lama nanti Ryan diambil orang!” jawabku berseloroh sekaligus mengundang tawa semua yang ada di situ.

Selepas dua minggu persiapan yang serba ringkas dan pantas, akhirnya hari yang dinanti telah tiba. Busana pengantin yang sarat dengan batu Swarovski terletak indah di tubuhku. Mama memandangku dengan tatapan mata yang mulai berkaca. Ya aku tahu apa yang ada di fikiran mama, aku hanya membalasnya dengan anggukan dan senyuman, tidak mahu airmata merosakkan mekap yang sudah tercalit indah di wajah mama dan juga pada wajahku.

“Aku terima nikahnya Rania Estrella Binti Ahmad Budiman dengan mas kahwin sepersalinan kelengkapan solat dan sebuah Al-Quran.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz akhirnya aku menjadi isteri kepada Ryan Adam, kawan baikku sendiri. Hari ini aku bukan sahaja memiliki sahabat baik bahkan juga kekasih dan suami yang tulus mencintai aku. Doaku agar hubungan indah yang tersemi ini kekal mekar hingga ke syurgawi.

Siapa sangka orang yang memegang kunci hatiku rupa-rupanya ada sentiasa di sisiku? Adakalanya saat mata tak mampu melihat cinta, kita perlu serahkan ia pada mata hati dan 100% pada Tuhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience