BAB 12

Romance Completed 11182

“Kalau kau tanya aku, jawapan aku adalah, aku mahu berkahwin dengan lelaki yang ikhlas mencintai aku Ryan dn ikhals mengajakku berkahwin,” jawabku jujur dan nyata ia membuatkan Ryan cukup terkejut.

“Adakah itu wishlist nombor satu kau Rania?” tanya Ryan

“Ya, aku dah bosan bercinta pastu putus, tak serius. Aku mahu perhubungan yang serius. Penat untuk bermula semula dan penat untuk disakiti. Contohnya, kalau ada makwe yang ajak kau bernikah, apa tanggapan kau pada makwe tu Ryan?” Tanyaku membuat Adi tersenyum malu.

“Kalau perempuan tu memang kebetulan perempuan yang aku suka dan ajak aku nikah, 1000% aku bersetuju! Sebab aku bukan sekadar mencari teman tapi mencari calon isteri dan ibu kepada anak-anak ku. Kalau sudah suka sama suka dan sayang, apa tunggu lagi? Baik segera bernikah kan?” jelas Ryan membuatku semakin kagum padanya. Namun aku menghela nafas dan merundukkun kepala.

“Bertuah betul makwe yang kau suka tu Ryan. Kau tak nak tunggu aku ke? Jom kita nikah sama-sama je nak?” selorohku dengan nada manja. Tak semena-mena Adi mendekatiku, semakin dekat dan dekat, kini hidung kami saling bersentuhan, lalu kejadian yang tak pernah kubayangkan menjadi nyata.

Ryan mengucup dahiku lalu membisikkan kata, ‘I Love You’ kepadaku. Bagai jatuh jantungku mendengarnya dan bagai terkena panahan hipnotis oleh kucupan itu, aku tak bisa berkata apa-apa, yang jelas saat ini aku tengah merasakan sesuatu yang luar biasa indahnya yang sudah lama aku dambakan.

“Ryan kemudiannya mengucupp lembut bibirku” dan aku hanya diam membisu merelakan saja? Apakah ini bermakna yang aku juga menyukainya? Ryan masih memelukku, kdapat kurasakan degupan jantungnya seakan-akan dia takut kehilanganku. Aku masih diam membisu, Ryan melepaskan pelukannya, kutatap wajahnya yang tertunduk, Aku ingin berbicara sesuatu padanya, namun bibirku kelu untuk berkata-kata dan aku hanya mampu menatap Ryan.

“Maafkan aku Rania” ucapnya tiba-tiba.

“Maaf kalau aku melampau batas. Aku tak tahu lagi bagaimana cara untuk buat kau sedar yang aku cintakan kau sejak dulu lagi, sengaja ku tak luah dan pendam kerana aku tak mahu ia menjejaskan persahabatan kita dan seterusnya buat aku kehilangan kau,” kata-kata Ryan itu membuat hiba datang di hati dan airmata mulai bergenang. Ryan msih tertunduk, seketika kemudia aku menyeka air mataku dan mulai mengalihkan bicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience