BAB 8

Romance Completed 11182

Kayaknya Adi bakalan nikah duluan, dan gue gak akan bisa jalan barang lagi sama sahabat gue yang satu itu. Pikirku di tengah-tengah hujan yang mulai menjamah bumi.

15 minit berlalu namun kelibat Ryan masih juga belum kelihatan. Aku mulai merasa bosan dan dahaga. Aku melangkah keluar ke gerai berhadapan dengan pejabat itu untuk membeli minuman. Baju yang ku pakai mulai basah tapi tak mengapa asalkan aku dapat menghilangkan dahaga.

Ku hirup air soda lemonade dengan lagaknya dan di sebalik hujan aku melihat ada seseorang yang berlari mendekatiku. Bajunya juga basah, wajahnya yang tampan penuh dengan manik air hujan, ku amati dengan teliti dan sah ternyata dia adalah Ryan.

“Kenapa kau tak tunggu je kat depan pejabat tu? Kau ni memang suka main hujan ke? Kalau kau demam macam mana?” tanya Ryan bimbang.

“Aku dahagalah, vending machine depan pejabat tu rosak jadi terpaksalah aku ke sini,” jelasku.

“Kau kesejukan ke Rania? Nah ambil ni, pakai jaket aku ni. Maaf tau Rania, gara-gara aku kau lencun” ujar Ryan merasa bersalah, lalu menyarungkan jaketnya ke bahuku. Bersama-sama kami ada beberapa orang pelajar kolej ku kira turut menumpang teduh di gerai itu dan aku dapat mendengar butir bicara mereka yang sempat bertanya padaku, “husband akak ke? Sweetnyalah alahai,” ucap mereka sambil tertawa kecil. AKu hanya tersenyum dan menjawab pada mereka bahawa Ryan bukanlah suamiku.

“Kalau bukan suami, mesti boyfriend akak kan?” aku hanya tersenyum tanpa memberi sebarang jawapan. Ryan yang datang semula padaku selepas membeli air minuman kehairanan melihat telatah kami.

“Ada apa tu Rania? Apa yang lucu?” tanya Ryan. Aku menggelengkan kepalaku.

“Tak ada apalah” jawabku bohong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience