BAB 2

Romance Completed 11182

Buat apa berkahwin dengan seorang yang kaya tapi penganggur dan penagih? Tanpa teragak-agak, aku terus angkat kaki! Aku sungguh letih untuk bermula semula, aku tahu cinta prlu dicari dan tiada benda yang senang untuk dimiliki namun sampai bila aku harus bermula, jatuh dan bermula semula? Mengapa aku malang dalam bercinta? Wait! Aku penat bercinta, aku mahu kahwin!

Aku bosan dilabelsebagai wanita mata keranjang, eh adakah gelaran ini? Player dan suka bertukar pasangan oleh teman-teman dan jirang tetanggaku, mereka sewenangnya melabel aku wanita yang tidak pandai menghargai apa itu cinta, sakit memang sakit disalahertikan.

Tapi lantaklah, kerana yang jelas, mereka tidak tahu apapun tentang keburukan dan kebaikanku, atau siapa diriku yang sebenar melainkan Allah.

Kadang aku berfikir, apakah sudah tiada lelaki baik untukku di dunia ini? Ya aku tahu yang aku berfikiran negative namun jauh di sudut hatiku aku percaya bahawa suatu hari nanti pasti akan ada seorang lekaki yang tulus cintanya datang dan melamarku dan membawaku jauh dari belenggu ketidakpastian ini. Aku mahu sebuah keluarga dan aku mahu bahagia.

Kad undangan perkahwinan silih ganti ku terima dank u hadiri, tinggal satu lagi kad undangan yang belum ku terima sehingga ke hari ini, iaitu undangan perkahwinan daripada Akhil dan Rosie.

Akhil adalah cinta pertamaku, manakala Rosie adalah sahabatku. Padaku kedua-dua manusia ini sangat hebat dan wajar jadi actor dan aktres terbaik. Berpura-pura baik di hadapanku namun ternyata punya hati yang busuk. Aku akui yang Rosie memiliki segalanya, cantik, kaya dan serba serbi sempurna jika dibandingkan dengan diriku,

Dia umpama Kristal sementara aku ini bagai batu kerikil yang tersusun rapi di halaman rumahnya, sungguh menyedihkan. Nak tak nak, aku perlu datang ke pernikahan mereka untuk mengucapkan tahniah kemenangan mereka yang berhasil membuatku bodoh dan berdansa bahagia atas kesedihan dan tangisan ku.

Baju kebaya ku basah lencun, selepas pulang dari majlis resepsi Akhil dan Rosie yang berlangsung begitu mewah dan megah di hotel lima bintang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience