BAB 9

Romance Completed 11182

“Rania , kalau hujan reda aku hantar kau balik terus boleh tak? AKu takut kalau ajak kau keluar lagi nanti kau deman pula, cuaca sejuk ni dan aku rasa cuaca ni akan sampai malam, tak apa kan? Kau tak marah kan?” tanyanya meminta kepastian.

“Ya, aku oun nak balik juga, letih. Hujan ni buat aku rasa nak tidur. Kita tunggu hujan reda dan nanti kita terus gerak balik,” jawabku. Ryan tersenyum lalu menyandarkan kepalanya di bahuku, serasa saat ini aku seperti punya seorang

Usai hujan reda, Ryan terus menghantarku pulang.Aku mempelawa dia masuk ke rumah untuk minum teh tapi dia menolak kerana tak lama lagi dia akan ke udara untuk segmen petang berssama rakan setugasnya Wilkin.

Selesai mandi, aku terus memasang radio untuk mendengar segmen kelolaan Ryan. Suara macho Ryan ke udara, ya suara macho dan lunak yang bukan sahaja telah memukau ribuan pendengar terutamanya perempuan bahkan juga aku sendiri yang merupakan peminat setia program Ryan dan Wilkin ini.

“Hai hai hai selamat petang kepada semua pendengar program petang bersama Ryan dan Wilkins! , terutama buat anda semua para jiwa muda yang setia mendengar Kool.Fm sejak pagi tadi lagi. Seperti biasa saya ditemani oleh jejaka kacak, partner in conti siapa lagi kalau bukan Ryan Adam y’all yang mengganggu ketenteraman saya yang tengah nak layan lagu tangkap leleh tapi mamat ni nak lagu keras, jadi anda kenalah dengar celoteh kami juga ppilihan lagu yang amat kontra daripada kami! Suara ceria Wilkins nyata membangkitkan mood ceria di petang hari yang mendung ini.

“Hai juga buat lelaki kacak mat salleh celup yang nombor dua kacak selepas saya, amboi mengganggu ya, eh hello sikit bro aku ni terpaksa je temankan kau di konti, kesian kat Wilkins ni yang tak boleh bersendirian di konti. Disebabkan kesian kat kau aku sanggup tolak pelawaan minum petang daripada makwe yang aku suka sebab tak nak kau nangis kat konti ni,” seloroh Ryan membuatku senyum seketika sebelum aku penasaran memikirkan siapakah agaknya gerangan makwe yang dimaksudkannya itu.

“Apa? Seriuskah? Sory ya, aku tak pernah memaksa kau temankan aku di konti ya, ikutkan hati aku nak kunci je bilik ni taknak bagi kau masuk. Ha Ha Ha, tapi Ryan aku terharu sangat dengan pengorbanan kau, jangan-jangan kau sebenarnya ada hati pada aku berbanding dengan makwe tu, aduh Ryan kau jangan buat aku takut,” gurauan Wilkins itu nyata mengundang tawa Ryan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience