BAB 1

Romance Completed 11182

MASA SEKARANG

Entah sejak bila perasaan ini datang…

Apakah ini semua kerana takdir? Atau inisemua sudah tertulis dalan suratan hidupku? Entah berapa kali ku semai benih cinta namun hasilnya tidak juga kunjung tiba. Selama ini aku hanya menjadi seorang wanita yang sederhana, polos dan adakalanya naif, tidak pernah mengharapkan benda extraordinary atau mengagumi perkara yang indah dari dunia ciptaan Tuhan ini kerana ku tahu dunia ciptaannya ini lebih indah dari segala apa.

Meski berhadapan dengan masalah yang sering terulang, seperti dejavu yang selalu terulang-ulang, setiap kali ia bersemi pastinya layu, bersemi dan layu tidak pernah mekar atau menghasilkan buah. Sering saja gagal. Ramai yang mengatakan aku ini adalah wanita yang tidak pernah menghargai sosok seorang lelaki, jadi bagaimana aku di mata Tuhan?

Perlukah aku harus bertahan di dalam ceritera yang membuatku tidak selsa, tenang atau selamat? Perlukah aku berpura-pura bahagia? Tidak! Aku bukan wanita seperti itu, aku tidak hipokrit dan tidak sewenang-wenangnya dibutakan oleh rasa cinta. Hanya kerana aku keseorangan tidak bermakna aku desperate hingga membiarkan diri sendiri merana.

Setahun selepas berpisah dengan Akhil, aku mencuba untuk membuka hatikupada Tim, namun sayangnya, ternyata Tim menduakanku!

Lantas aku tinggalkan dia, hubunganku dengannya bertahan selama dua bulan sahaja, Selepas Tim, aku mencuba untuk membuka hatiku untuk lelaki lain, hinggalah aku bertemu Megat .

Hubunganku dengan Megat pula bertahan lima bulan lamanya dan aku merasakan akhirnya hubungan ini menjadi dan aku mahu akhirninya dengan sebuah ikatan perkahwinan namun mujur hasrat ku itu mati serta merta saat aku mengetahui Megat rupanya seorang penagih dadah tegar, tidak bekerja dan hanya mengharapkan wang ehsan dan belas dari ayahnya yang kaya raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience