BAB 7

Romance Completed 11182

“Terima kasih Ryan, kau memang kawan aku yang baik” aku memeluknya

“Agak-agak siapalah lelaki yang akan berkahwin dengan aku ye?” soalku cuba berbual kosong

“Bagaimana kalau orang tu adalah aku?” tanya Ryan membuatku serta ,erta melepaskan pelukan. Terkejut aku mendengar kata-kata itu dan belum sempat aku menjawab soalan itu Ryan terlebih dahulu memberhentikan motornya.

“Jom, kita dah sampai, lupakan saja apa yang aku cakap tadi tu!” ajaknya lalu menarik tanganku masuk ke dalam pejabat majlis agama islam. Ryan memang macam tu, tanya aku soalan dan belum sempat aku menjawab soalan itu dia cepat-cepat memintaku untuk melupakannya. Pelik!

“Hah? Kau bawa aku ke tempat macam ni? Aku dahlah selekeh kau nak bawa aku ke tempat macam ni, malulah” aku menarik tangannya keluar dari pejabat majlis agama itu.

“Aduh chill-lah! Aku bukannya nak ajak kau kahwin pun, aku singgah kejap sebab ada urusan di sini,” jawab Ryan selepas melihatku bingung seketika .

“Hah? Sejak bila kau ada urussan kat sini? SIapa yang nikah? Kau kena tangkap khalwat ke Ryan ?” tanyaku bertalu-talu.

“Ya, satu hari nanti aku pasti akan bernikah tapi bukan sekaarang atau pun tahun depan, tidak dalam masa terdekat ini,” jawabnya.

“Habis tu? Dah kenapa kau kena jumpa orang tu kat sini? Malulah banyak orang kat sini” tanyaku lagi

“Ah! Adalah, boleh tak kau jangan kepochi dulu. Dah, kalau kau taknak ikut aku masuk ke dalam kau tunggu aku disini. Tak lama, lepas ni aku nak ajak kau ke tempat yang best puunya, okay?” tanyanya.

“Whatever! Dah pergilah cepat jangan lama!” gertakku. Ryan pun pecut masuk ke dalam untuk berjumpa dengan orang sedang menantikannya. Lantas pelbagai fikiran negative dan pesimis menerawang di mindaku. Nampak gayanya Ryan akan berkahwin terlebih dahulu daripada aku dan aku takkan boleh lagi berjalan dan lepak dengan kawan baik aku ni. Mesti aku kesunyian selepas ini, fikirku di tenag hujan yang mulai merintik membasahi bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience